Piala FA: Piala FA: Penalti Dramatik Brundo Bawa Sri Pahang Atasi Perak

Usaha Perak memburu kemenangan pertama musim ini terus tidak kesampaian. Ini selepas tuan rumah tewas kepada Sri Pahang 2-1 sekaligus melayakkan pasukan dari pantai timur itu mara ke pusingan kedua Piala FA. Babak pertama menyaksikan tuan rumah banyak menguji barisan pertahanan skuad Tok Gajah . Bagaimanapun, kecekapan penjaga gol Perak, Bryan See Tian Keat diuji […]
Lim Teong Kim Anggap Padang Tak Rata & Bola Seperti Katak Sukarkan Perak Main Bola

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim tampil memberi penjelasan sebaik sahaja pasukannya terikat 0-0 dengan Kelantan United. Pengendali berusia 55 tahun itu masih gagal menemui rentak kemenangan semenjak mengambil alih pasukan yang kini hanya berjaya mencatatkan dua keputusan seri dan satu kekalahan. Beliau menganggap bahawa keadaan permukaan padang di Stadium Sultan Muhamad IV yang […]
Liga Super: Perak Bergelut, Seri Dengan Kelantan United

Ketumpulan barisan serangan Perak terus memeningkan kepala jurulatih mereka, Datuk Lim Teong Kim. The Bos Gaurus hanya meraih satu mata selepas diikat 0-0 oleh Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan gagal mencipta sebarang peluang yang menguji penjaga gol masing-masing iaitu Bryan See Tian Keat (Perak) dan Asyraaf […]
“Kita Mesti Panggil Bomoh Indonesia” – Lim Teong Kim

Entah di mana silapnya, jentera serangan Perak kelihatan tumpul dalam perlawanan Liga Super menentang PDRM yang baru berakhir sebentar tadi. Dan ini membuatkan jurulatih mereka, Datuk Lim Teong Kim secara berseloroh mahu mendapatkan bomoh Indonesia bagi menyelesaikan masalah ini. Perlawanan yang berkesudahan 0-0 ini menyaksikan kedua-dua pasukan berdepan kesukaran mendapatkan gol. Perak hampir saja memecah […]
Liga Super: Perak Bergelut Diikat PDRM

Hasrat Perak untuk melakar kemenangan pertama Liga Super tidak kesampaian hari ini. Ini selepas skuad Seladang diikat tanpa jaringan oleh PDRM di Stadium MBPJ dalam perlawanan tunggal liga hari ini. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang bagi memburu kemenangan pertama liga. Bagaimanapun, jentera serangan yang tumpul menghampakan kedua-dua pasukan. Bukan sekali jentera serangan Perak […]
Liga Super: Pesta Kad Merah Hukum Perak, Tewas Kepada Kedah

Kedah berjaya pulang dengan tiga mata selepas berjaya menewaskan tuan rumah Perak 4-1 dalam perlawanan sulung Liga Super di Stadium Perak hari ini. Sebaik sepak mula, The Bos Gaurus mendahului seawal minit ketiga menerusi Ikhwan Hafizo. Cubaan pemain tengah Kedah mengeluarkan bola segera dipintas pemain import Korea Selatan, Seo Sun-ung sebelum menghantar bola kepada Ikhwan. […]
Selepas Kedah, Syukor Burger Teruja Dapat Kerjasama Dengan Perak

Selepas bekerjasama dengan Kedah bagi menghasilkan burger stadium yang enak, Syukor Burger membina pula kerjasama dengan Perak. Ia merupakan berita baik bagi penyokong Perak yang mahukan burger yang enak bila menonton perlawanan skuad Seladang. Kerjasama ini diumumkan oleh pemilik Syukor Burger, Syukor Majid menerusi satu hantaran di Facebook hari ini. “Selain bersama Kelab Bola Sepak […]
Perak Sapu 3 Import Dari Korea

Dengan Liga Super bakal bermula dalam tempoh beberapa hari lagi, Perak dilihat mempertimbang semula pendirian hanya menggunakan tiga pemain import untuk saingan musim ini. Ini selepas mereka mengikat tiga pemain import dari Korea Selatan semalam. Tiga pemain tersebut ialah Lee Joo-han, Sim Hyun-ki dan Seo Sun-ung. Joo-han, 21, beraksi di bahagian tengah dengan Hyun-ki, 22, […]
Kabel Lampu Limpah Stadium Perak Dicuri

Persiapan Perak menghadapi Liga Super musim 2023 sedikit tergugat semalam. Ini selepas kabel lampu limpah stadium keramat mereka, Stadium Perak dipotong dan dicuri semalam. Akibat tindakan individu tidak bertanggungjawab ini, perlawanan pertama Liga Super Perak menentang Kedah pada 25 Februari ini berkemungkinan terpaksa diadakan pada waktu petang dan bukan waktu malam seperti dijadualkan. Susulan itu, […]
“Perak Seperti Arsenal, 5-6 Tahun Lagi Akan Jadi Pasukan Gergasi”

Beberapa hari lepas, skuad Perak yang dibimbing Datuk Lim Teong Kim tunduk 3-0 kepada KL City dalam Piala Menteri Persekutuan 2023. Walaupun atas kertas dibolosi tiga gol, hakikatnya, prestasi The Bos Gaurus tidaklah seteruk seperti yang disangka. Ini kerana sepanjang perlawanan, skuad Seladang mengawal bahagian tengah sekaligus memudahkan mereka merencana banyak gerakan serangan terhadap tuan […]
Penyokong Perak Teruja Taktikal ‘Anak Jantan’ Diterapkan LTK

Walaupun dibelasah Kuala Lumpur City FC (KL City) 3-0 dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan semalam, namun itu bukanlah satu sebab bagi penyokong Perak FC menekan butang panik menjelang aksi Liga Super 2023 yang bermula 24 Februari depan. Ini kerana, rata-rata penyokong Perak berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan anak buah Datuk Lim Teong […]
Piala Menteri Wilayah: KL City Muncul Juara Atasi Perak

Trofi Piala Menteri Wilayah Persekutuan kini secara sah menjadi milik KL City. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras hari ini menyaksikan pasukan KL City berjaya menewaskan Perak dengan keputusan 3-0. Separuh masa pertama perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan cuba mencari rentak permainan. Pasukan Perak di bawah kendalian Lim Teong Kim dilihat lebih agresif di transisi […]
Lim Teong Kim: Pemain Tempatan Juga Ada Kualiti

Tatkala sesetengah pasukan Liga Super berlumba-lumba mendapatkan pemain import, Perak pula hanya membawa masuk seorang pemain iaitu Christian Obiozor. Bagi jurulatih Datuk Lim Teong Kim, sebabnya mudah: pemain-pemain tempatan juga berkualiti. Dengan peraturan sembilan pemain import untuk Liga Super musim ini, ini bakal menyaksikan lambakan pemain import. Ia dibimbangi boleh menjejaskan kualiti pemain-pemain yang akan […]
Tiket Aksi KL City & Perak Dilelong Pada Harga RM1

Pra-musim KL City dan Perak bakal diteruskan menerusi kejohanan tahunan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 dengan kedua-duanya bersemuka pada Sabtu ini. Dan istimewa buat para penyokong, tiket untuk perlawanan tersebut dijual pada harga RM1! Nampak tak masuk akal tetapi itulah harga tiket perlawanan pada malam tersebut. Selain itu, penyokong juga bakal mendapat hadiah percuma berupa […]
Lim Teong Kim Kini Bergelar Datuk

Jurulatih Perak, Lim Teong Kim mendapat satu lagi pengiktirafan untuk jasa dan kepakarannya dalam dunia bola sepak. Beliau menerima darjah kehormat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) bersempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini. Pengurniaan anugerah tersebut disampaikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Dengan darjah kehormat tersebut, Teong Kim kini bergelar Datuk. […]
Jersi Perak Dilengkapi ‘Alat Pengesan’ Ketulenan

Semalam, Perak mengadakan majlis pelancaran jersi baru mereka bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2023. Rekaan jersi Perak bukan saja nampak menarik di mata tetapi turut mempunyai ciri istimewa iaitu ‘alat pengesan’ ketulenan. ‘Alat pengesan’ ketulenan yang dimaksudkan ialah kod QR pada jersi baru The Bos Gaurus. Pembeli yang mendapatkan jersi boleh saja mendaftarkan pemilikan jersi […]