Liga Super: Sabah Mudah Atasi Cabaran Perak

Sabah kembali mencatat kemenangan dalam Liga Super di hadapan para penyokong mereka di Stadium Likas hari ini. Ini selepas anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee membenam Perak 3-1. Dengan The Bos Gaurus masih dihantui kekalahan besar 4-0 di tangan Selangor beberapa hari lepas, Sabah tahu anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim boleh menjadi mangsa belasahan […]

Shukor Adan: Pergaduhan Penyokong Cemar Imej Bola Sepak Negara

Beberapa hari lepas, arena bola sepak negara kecoh dengan insiden pergaduhan penyokong kasual semasa perlawanan Liga Super membabitkan Perak dan Selangor. Bagi bekas kapten Harimau Malaya, Shukor Adan, tindakan segelintir penyokong ini mencemarkan imej bola sepak Malaysia yang sedang menuju ke era profesional. Ini kerana pergaduhan sebegini bukan saja mengancam keselamatan penonton lain terutama yang […]

Perak Akan Sekat Kehadiran Samseng Bola Sepak

Kemeriahan aksi El Clasico Malaya membabitkan Perak dan Selangor di Stadium Perak semalam sedikit tercemar dengan pergaduhan kumpulan penyokong kedua-dua pasukan. Susulan itu, pengurusan The Bos Gaurus mengumumkan bakal menyekat samseng-samseng bola sepak daripada memasuki stadium. Dalam satu kenyataan media hari ini, pengurusan Perak menyifatkan insiden tersebut mengugat keselamatan penyokong yang hadir. Justeru, pengurusan pasukan […]

Percaturan Tan Cheng Hoe Pulihkan Mental Pemain Selangor Berhasil

Kemenangan besar 4-0 Selangor ke atas Perak bukan saja membantu Red Giants merampas semula tempat kedua Liga Super. Malah, ia dilihat tonik terbaik buat para pemain terutama pemain-pemain B-22 negara yang baru pulang dari kempen Sukan SEA 2023. Bagi jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, beliau mengakui pemain-pemain ini hilang motivasi selepas gagal mencapai matlamat layak […]

Lim Teong Kim Sedih Lihat Nasib Pemain Perak

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim bersimpati dengan nasib para pemainnya selepas dibelasah teruk oleh Selangor. Pengendali berusia 59 tahun itu kelihatan sudah buntu untuk terus memacu kudrat The Bos Gaurus apabila pasukan pelawat berjaya merobek gawang gol mereka sebanyak 4 kali. Menerusi satu kenyataan kepada Astro Arena, beliau mengakui bahawa kualiti yang dimiliki […]

Penyokong Perak & Selangor ‘Berperang’

Bersesuaian dengan gelarannya sebagai perlawanan El Clasico Malaya, perlawanan membabitkan Perak dan Selangor sentiasa panas terutama dengan gelagat penyokong. Dan hari ini, penyokong kedua-dua pasukan bergaduh semasa separuh masa pertama perlawanan di Stadium Perak. Berdasarkan rakaman video yang dimuatnaik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pergaduhan tersebut tercetus apabila sekumpulan penyokong Perak menyerbu tempat duduk […]

Liga Super: Selangor Mudah Benam Cabaran Perak

Selangor merampas semula kedudukan kedua Liga Super apabila membelasah Perak 4-0 hari ini. Perlawanan hari ini yang diadakan di Stadium Perak dianggap istimewa dan digelar El Clasico Malaya disebabkan persaingan sengit Gergasi Merah dan Seladang satu ketika dahulu. Walaupun sedar lawan mereka berstatus pasukan gergasi, anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim dilihat tidak gentar lebih-lebih […]

Liga Super: Kelantan Tewas Mengejut Kepada Perak Di Laman Sendiri

Kebangkitan yang diharap penyokong Kelantan dalam perlawanan Liga Super menentang Perak hari ini masih tak kunjung tiba. Ini selepas anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim menewaskan The Red Warriors (TRW) 3-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan berusaha mencari gol pembukaan. Bagaimanapun, tuan rumah yang lebih mengancam barisan pertahanan […]

Pencuri Sanggup Curi Jersi, Adik Ini Menangis Rindukan Jersi Kesayangan

Seorang kanak-kanak terpaksa menelan hakikat perit bahawa jersi kesayangannya lesap sekelip mata. Menerusi satu perkongsian seorang ibu yang dikenali sebagai Amimaziah Asriazaimi, beliau bercerita mengenai detik jersi anak kesayangannya hilang di rumah sendiri. Katanya, jersi Perak FC tersebut hilang ketika ia dijemur di kawasan belakang rumah pada bulan Ramadan yang lalu. Perbuatan tersebut sukar diterima […]

Lim Teong Kim Perjelas Insiden Ketika Bertemu JDT

Sejak kontroversi Datuk Lim Teong Kim bersikap acuh tak acuh terhadap media selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini, pelbagai reaksi timbul termasuk daripada penyokong, media dan pengurusan pasukan Perak. Susulan itu, pengurusan The Bos Gaurus telah memohon maaf atas apa yang berlaku. Dan bagi memastikan isu ini tidak berlarutan, Teong Kim menggunakan […]

Bojan Hodak: Kurang Pengalaman Punca T. Saravanan Kena Kad Merah

KL City terpaksa bekerja keras mempertahankan kemenangan 1-0 ke atas Perak terutama selepas T. Saravanan dibuang padang. Bagi jurulatih City Boys, Bojan Hodak, beliau melihat apa yang berlaku itu berpunca daripada kekurangan pengalaman penyerang skuad B-22 negara itu. Penyerang muda KL City itu dikenakan kad kuning kedua sekaligus kad merah oleh pengadil selepas membuat terjahan […]

Liga Super: Perak Gagal Manfaat Kad Merah, Tewas Kepada KL City

Pertembungan Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan KL City menentang Perak. KL City di bawah kendalian Bojan Hodak turun mempertaruhkan barisan terkuat dalam usaha memastikan tiga mata berharga diraih di laman sendiri. Pasukan Perak tampak berjaya mendominasi bahagian tengah pada awal permainan menerusi Shafizi Iqmal sementara KL City pula memanfaatkan kelajuan pemain sayap, […]

Pengurusan Perak Kesal Dengan Tindakan Lim Teong Kim Kepada Media

Beberapa hari lepas, tular di media sosial tindakan jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim bersikap acuh tidak acuh kepada media susulan kekalahan besar 5-0 pasukan itu kepada Johor Darul Ta’zim (JDT). Dan hari ini, pengurusan Seladang melahirkan rasa kesal dengan tindakannya itu kepada media. Pengerusi kelab, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi mendedahkan kelab mengambil […]

Lim Teong Kim: Kamu Perlu Tanya Pengurusan, Bukan Saya

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim berharap agar para penyokong tidak meletakkan sepenuhnya kesalahan terhadap prestasi pasukan terhadap dirinya semata-mata. Pengendali berusia 59 tahun itu jelas tidak memiliki solusi terbaik untuk mengekang cabaran sengit daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila tewas 0-5 semalam. Mengulas lanjut, menerusi satu hantaran Tiktok oleh seorang penyokong, beliau sempat […]

Kamu Fikir Sendirilah Apa Kekurangan Kami – Lim Teong Kim

Selepas kekalahan 5-0 kepada JDT pada aksi ketujuh saingan Liga Super Malaysia 2023, pengendali Perak, Lim Teong Kim terpaksa akur dengan kekalahan keempat yang dicatat pasukan. Percaturan dan taktikal bekas Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) itu seakan tidak menjadi apabila pasukannya pula menjadi mangsa amukan Harimau Selatan. Beliau akui JDT merupakan sebuah pasukan […]

Lim Teong Kim Buat Arif Aiman Marah

Seperti diramal, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan status sebagai pasukan pilihan dengan membelasah Perak 5-0 di Stadium Perak hari ini. Tetapi apa yang menarik perhatian penonton ialah pertengkaran antara jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim dengan pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi. Insiden ini berlaku sekitar minit ke-74. Dengan bola terkeluar dari permainan, Arif Aiman […]