Liga Super: Sri Pahang Bergelut Atasi Cabaran Perak

Sri Pahang FC memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah apabila menundukkan Perak FC 1-0 dalam aksi sebelah petang Liga Super di Stadium Darul Makmur hari ini. Beraksi pada sebelah petang buat kali keempat musim ini, skuad Tok Gajah berharap dapat kembali ke landasan kemenangan selepas dibelasah Sabah FC 4-0 pada 15 Julai lalu. Babak pertama menyaksikan […]

Hadi Fayyadh Sah Sertai PDRM

Penyerang muda Perak FC, Hadi Fayyadh Abdul Razak sah menyertai PDRM FC secara pinjaman sehingga akhir musim ini. Sebelum ini, sudah ada ura-ura yang mendedahkan pengurusan The Cops berminat membawa bekas pemain Fagiano Okayama itu. Kini, perpindahan tersebut disahkan menerusi laman media sosial rasmi Sang Saka Biru. Malah, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi turut mendedahkan […]

Perak & Christian Obiozor Berpisah

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal bermula beberapa saja lagi, Perak FC terus merombak barisan pemain mereka. Terbaru, The Bos Gaurus mengumumkan penyerang Nigeria, Christian Obiozor tidak lagi bersama pasukan. Pengumuman tersebut dibuat oleh Perak FC di laman media sosial rasmi mereka. Pengumuman ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana penyerang berusia 28 tahun itu gagal memberi […]

Rekod Kecederaan Teruk Pertahanan Baru Perak Menggusarkan

Semalam Perak FC mengumumkan perpindahan bek tengah Filipina berdarah Sweden, Jesper Nyholm. Tetapi kecederaan teruk yang pernah dialaminya satu ketika dahulu bisa menggusarkan penyokong Seladang. Semasa beraksi bersama AIK, Nyholm mengalami kecederaan patah tulang tibia dan fibula sekitar Mac 2018. Akibatnya, bekas bek tengah Muangthong United itu tersisih selama 845 hari. Disebabkan kecederaan serius itu, […]

Perak FC Sambar Bek Tengah Filipina

Melihat benteng Perak FC yang rapuh sejak kebelakangan ini, pengurusan The Bos Gaurus segera bertindak mendapatkan pemain baru menjelang tetingkap perpindahan kedua pada bulan depan. Hari ini, pengurusan Seladang mengumumkan perpindahan bek tengah Filipina, Jesper Nyholm. Kehadiran Nyholm, 29 yang berdarah Filipina-Sweden ini diharap mampu memperkuat benteng pertahanan Perak FC. Ramai menjangkakan jurulatih interim, Yusri […]

Bekas Pemain Kebangsaan & Perak Dikatakan Menyerang Isteri Orang

Dalam satu tangkap layar yang dimuat naik oleh individu yang tidak dapat dikenal pasti seperti yang ditularkan oleh beberapa laman penyokong bola sepak memaklumkan terdapat seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak telah menyerang isterinya di sebuah hotel. “Terima kasih pada semua yang membantu isteri saya sebelum ketibaan saya di Kuala Lumpur. Hanya Allah […]

Liga Super: Perak FC 1-2 PDRM FC

Biarpun masih diasak berkenaan perihal jurulatih Azzmi Aziz yang direhatkan, itu langsung tidak menghalang PDRM FC daripada mencatat kemenangan 1-2 ke atas Perak FC. Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah beberapa kali mendapat peluang menjaringkan gol. Malangnya, mereka banyak kali terperangkap dengan perangkap ofsaid yang dibuat The Cops. Peluang terbaik mereka hadir menerusi sepakan jarak […]

Nasib Pasukan Bawah Liga Super Samar-Samar

Selepas mengharungi 14 perlawanan Liga Super, empat pasukan iaitu Perak FC, Kuching City FC, Kelantan FC dan Kelantan United FC bergelut di kelompok terbawah. Dan bagi Asmawi Bakiri, beliau percaya ketiadaan pemain import berkualiti menyumbang kepada permasalahan yang dihadapi empat pasukan ketika ini. Ini kerana mengikut kebiasaan, pemain-pemain import berkualiti akan menjadi pendorong pencapaian pasukan […]

Liga Super: Kedah Darul Aman 3-0 Perak FC

Aksi Liga Super LS14 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Kedah Darul Aman menentang Perak. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu menyaksikan pasukan tuan rumah mencatat kemenangan bergaya menewaskan Perak, 3-0. Babak separuh masa pertama berakhir dengan Kedah mendahului 1-0 dihadapan. Jaringan pemain import KDA FC, Amirbek Juraboev pada minit ke-26 permainan memastikan […]

Liga Super: Terengganu Mudah Atasi Cabaran Perak

Hasrat Perak melakar kebangkitan di bawah jurulatih sementara, Yusri Che Lah tidak kesampaian hari ini. Ini selepas Terengganu mudah melakar kemenangan 2-0 ke atas tuan rumah di Stadium Perak. The Bos Gaurus berharap pasukan kembali bangkit selepas merehatkan Datuk Lim Teong Kim memulakan perlawanan dengan langkah kiri. Cubaan Bryan See mengeluarkan bola gagal apabila ia […]

Kapten Baru Perak Dedahkan Bintang Brighton Selangkah Sertai Liverpool

Tidak ramai tahu kapten baru Perak, Luciano Guaycochea merupakan sepupu kepada pemenang Piala Dunia 2022, Alexis MacAllister. Dan pemain tengah Argentina berusia 31 tahun itu mendedahkan bintang Brighton itu semakin hampir berpindah ke kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool. Ini selepas Guaycochea ditanya tentang khabar angin perpindahan MacAllister ke Reds oleh wartawan Astro Arena, […]

Yusri Che Lah Percaya Kemampuan Ubi Muda Perak

Semua sedia maklum Perak ketika ini dilatih oleh jurulatih sementara Yusri Che Lah selepas merehatkan Datuk Lim Teong Kim. Dan walaupun sedar cabaran menentang naib juara Liga Super musim lepas, Terengganu di Ipoh esok, beliau masih percaya dengan kemampuan pemain-pemain muda Seladang. Yusri mengakui ramai pemain Perak terutama di barisan pertahanan berusia di bawah 25 […]

Penyokong Perak Sedih Lim Teong Kim Dilepaskan, Masih Mempercayai Proses

Sebahagian daripada penyokong sejati pasukan Perak merasakan keputusan untuk memecat pengendali pasukan, Lim Teong Kim adalah satu keputusan yang terburu-buru. Umum mengetahui bahawa Perak telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung dengan masa depan pengendali berusia 59 tahun itu. Setelah mengharungi 12 aksi Liga Super setakat ini, aksi terumbang-ambing The Bos Gaurus menjadi kayu ukur buat […]

Yusri Che Lah Ganti Lim Teong Kim Kemudi Perak

Selepas melihat pasukan terus terumbang-ambing dalam saingan Liga Super musim ini, pengurusan Perak memutuskan untuk merehatkan pengendali mereka, Datuk Lim Teong Kim. Bagi ramai penyokong Seladang, perkara ini sudah dijangka akan berlaku. Susulan itu, pengendali Perak II, Yusri Che Lah dilantik sebagai jurulatih sementara buat masa ini. Pengumuman ini dibuat The Bos Gaurus menerusi laman […]

Lim Teong Kim Bakal Tinggalkan Perak?

Dengan prestasi Perak yang terumbang-ambing dalam Liga Super musim ini, ramai mengagak kedudukan jurulatih mereka, Datuk Lim Teong Kim dalam keadaan bahaya. Dan hari ini, satu laporan mendedahkan pengurusan The Bos Gaurus bakal merehatkan bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich itu. Menurut satu ciapan yang dibuat editor MakanBola, Syafiq Freman di Twitter hari ini, keputusan […]

Lim Teong Kim Lega Perak Akhirnya Mampu Berubah

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim lega dengan perubahan mendadak yang dipamerkan oleh anak buahnya ketika menentang Sabah. Pengendali berusia 59 tahun itu bagaimanapun terpaksa akur apabila skuad bimbingannya masih gagal mencatatkan kemenangan pada aksi Liga Super ke-12. Beliau mengakui bahawa pasukannya sukar untuk menandingi kehebatan pemain Sabah pada babak pertama terutamanya menerusi kepantasan […]