Terengganu Anjur Hari Istimewa Buat Penyokong

Sebagai tanda penghargaan kepada para penyokong sepanjang musim 2023, Terengganu FC bakal menganjurkan Hari Penghargaan Terengganu FC 2023. Pengumuman program ini diumumkan pengurusan Peteh menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka hari ini. Penganjuran Hari Penghargaan Terengganu FC 2023 bertujuan menghargai sokongan penyokong yang setia di samping kelab sepanjang musim ini. Selain itu, […]

Dua Pemain JDT Bakal Sertai Perak?

Khabar angin mengenai berita perpindahan pemain utama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke kelab lain mula bertiup kencang apabila terdapat ura-ura yang mengaitkan beberapa pemain ke Perak. Berita ini mula tular sejak beberapa hari lalu selepas difahamkan terdapat percaturan yang mahu dilaksanakan oleh skuad Harimau Selatan bagi memantapkan musim baharu. Menerusi satu perkongsian oleh wartawan […]

Watak Penting Perak Kekal Berbakti Buat Yusri Che Lah

Biarpun melalui musim yang kurang memberangsangkan, namun ianya bukanlah penyebab untuk Perak FC mengundur ke belakang. Ini kerana persiapan untuk musim hadapan sudah dirancang lebih awal. Antara persiapan awal yang dibuat oleh pasukan Perak adalah mengekalkan pemain yang beraksi dengan baik musim ini bagi menghrungi saingan musim hadapan yang lebih mencabar. Jurulatih Perak, Yusri Che […]

“Sekiranya Perpindahan Ini Berlaku, Sesuatu Yang Mengejutkan” – Yusri Che Lah

Musim 2023 bukanlah musim yang terbaik buat Perak FC selepas onak dan duri dilalui pada awal musim, kini di bawah kendalian Yusri Che Lah, keadaan Perak semakin bertambah baik dari hari ke hari. Perlawanan terakhir Liga Super di Stadium Negeri Perak semalam menyaksikan Perak terpaksa menelan kepahitan apabila tewas tipis 0-1 kepada pasukan di tangga […]

Liga Super: Sabah Tamatkan Tentangan Hebat Perak

Sabah FC melebarkan siri kemenangan mereka kepada lima kemenangan dalam semua kejohanan apabila menewaskan Perak FC 1-0 hari ini. Skuad Badak berharap dapat meneruskan momentum cemerlang selepas layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC. Sementara skuad Seladang pula mahu bangkit selepas dibelasah Selangor FC 4-0 dalam aksi Liga Super pada musim lepas. Menyedari kekuatan […]

Gaduh Di Luar Stadium, Penyokong Bola Sepak Terima Hukuman

Perbuatan sia-sia sebilangan penyokong bola sepak Malaysia mengundang padah apabila masing-masing menerima hukuman yang setimpal. Kejadian yang difahamkan berlaku di perkarangan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menyaksikan kemusnahan awal berlaku selain beberapa individu cedera parah. Menerusi beberapa keping gambar yang tular di laman sosial, kelihatan sebuah kenderaan jenama Honda remuk pada bahagian belakang […]

Liga Super: Selangor Perkukuh Kedudukan Ke Asia, Tewaskan Perak

Aksi Liga Super 2023 bersambung dengan menyaksikan pasukan Selangor FC berjaya mengukuhkan kedudukan kedua liga dengan menundukkan Perak FC di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Anak-anak buah Tan Cheng Hoe bermula garang apabila berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ketiga permainan menerusi Sharul Nazeem yang menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru Yohandry Orozco. Tersentak dengan […]

Borneo FC Tamatkan Perjuangan Hebat Perak

Pendahulu Liga 1 Indonesia, Borneo FC menceriakan penyokong mereka di Stadium Segiri Samarinda dengan mengalahkan kelab Liga Super, Perak FC 3-2. Perlawanan persahabatan yang berlangsung hari ini merupakan sebahagian daripada pemeteraian kerjasama kedua-dua pasukan yang dibuat pada akhir Oktober lalu. Biarpun turun tanpa kelibat Wan Zack Haikal dan Sunday Afolabi, The Bos Gaurus menurunkan barisan […]

Kelantan FC Pasukan Terbaik Pemain B-21

Walaupun berdepan pelbagai kemelut musim 2023, Kelantan FC dilabel pasukan terbaik buat pemain-pemain berusia bawah 21 tahun. Ini berdasarkan satu analisis yang dibuat penganalisis data bola sepak Atlead Pass di akaun X beberapa jam lepas. Berdasarkan analisis yang dibuat, pemain B-21 Kelantan mendapat minit permainan sebanyak 4,800 minit. Ini mengatasi Perak FC di tangga kedua […]

Syihan Hazmi Pamer Adab Tinggi, Layan Peminat OKU Penuh Santun

Gelagat penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi menyantuni peminat Kelainan Upaya (OKU) menyentuh hati ramai. Pemain berusia 27 tahun itu merupakan watak penting di bawah kendalian Tano Solari selepas berjaya membantu pasukan untuk merangkul Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super 2023. Tindakan anak jati Kelantan ini yang melayan permintaan peminat […]

Penyokong Perak Dilayan Dengan Baik Di Stadium Sultan Ibrahim

Ketika aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak tempoh hari, para penyokong pasukan The Bos Gaurus telah menerima layanan istimewa di Stadium Sultan Ibrahim. Menerusi satu video yang dikongsikan salah seorang penyokong JDT, Aliff Shadiqin, penyokong Perak dilihat mendapat layanan baik ketika menuju masuk ke perkarangan stadium. Pasukan […]

Ramalan Awal Yusri Che Lah Benar-Benar Jadi Realiti

Ramalan awal yang difikirkan oleh ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah akhirnya menjadi realiti selepas pasukannya dihukum hebat pada aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023. Pertemuan berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), menyaksikan pasukannya bergelut untuk mempamerkan persembahan terbaik di gelanggang lawan. Pesta gol JDT bermula pada babak pertama selepas pemain sayap sensasi, […]

Azeem Fahmi Terima Penghargaan Tertinggi

Pelari pecut Malaysia, Muhd Azeem Fahmi merupakan sebahagian daripada 33 penerima Pingat Jasa Kebaktikan (PJK) Negeri Perak. Pengurniaan pingat ini dibuat bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-67 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini. Azeem merupakan atlet termuda yang pernah menerima PJK. Ini sebagai mengiktiraf pencapaiannya sebagai pemenang pingat gangsa acara lari 100 meter […]

Yusri Che Lah: Parking Bas Salah, Tak Parking Bas Pun Salah

Tiada mana-mana jurulatih yang mahu pasukannya melepaskan sehingga 8 gol dalam satu perlawanan. Namun bagi pengendali Perak FC, Yusri Che Lah, beliau mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai kekalahan besar yang menimpa pasukannya itu. Dengan tewas 12-2 secara agregat kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), ianya sudah pasti angka yang besar bagi peringkat separuh akhir. Yusri menjelaskan […]

Piala Malaysia: JDT Ke Final Selepas Berpesta Gol Tewaskan Perak

Juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan untuk mara ke final Piala Malaysia sekali lagi selepas menewaskan Perak FC 8-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. JDT menurunkan kesebelasan terbaik mereka dengan gandingan empat pemain di bahagian serangan iaitu Bergson, Fernando Forestieri, Arif Aiman dan Heberty. Manakala […]

Syafiq Ahmad Hanya Perlukan 5 Minit Kembali Meledak

Kemasukan penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad terus menceriakan kem pasukan untuk melangkah ke final Piala Malaysia 2023. Pemain berusia 27 tahun itu dimasukkan oleh ketua jurulatih, Tano Solari pada babak kedua untuk menggantikan Fernando Forestieri. Beliau tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki di hadapan gawang setelah masuk pada minit ke-57 perlawanan. Syafiq bijak […]