Siaran Langsung Piala Malaysia: JDT vs Perak, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Juara bertahan Piala Malaysia, JDT berdepan tugas besar untuk ke final sekali lagi apabila berdepan cabaran Perak malam ini. Pasukan kendalian Tano Solari merekodkan kemenangan 4-1 di gelanggang lawan dan membawa momentuk terbaik di laman sendiri. Anak buah Yusri Che Lah sudah pasti mahu memberika tentangan terbaik untuk membenam cabaran lawan selain mencipta keajaiban. Kesebelasan […]

Wan Zack Kekal Bersama Perak

Selepas mempamerkan aksi berkualiti bersama Perak FC sejak kebelakangan ini, nama Wan Zack Haikal kembali meniti di bibir peminat-peminat bola sepak tanah air. Prestasi cemerlang yang ditonjolkan Wan Zack juga telah membuka mata banyak pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya bagi saingan musim hadapan. Difahamkan, Wan Zack telah memberikan persetujuan untuk kekal bersama pasukan Perak untuk […]

Kapten Perak Digantung Berdepan JDT

Perak FC bakal berdepan tugas sukar bila turun menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia 2023 malam ini. Ini kerana kapten mereka, Luciano Guaycochea tidak dapat diturunkan kerana menjalani penggantungan perlawanan. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi semasa mengikuti sesi latihan skuad Seladang semalam. Pemain […]

Wan Zack Haikal Buka Mulut Mengenai Pasukannya Musim Depan

Nama Wan Zack Haikal kembali menjadi sebutan penyokong bola sepak negara selepas berjaya mempemerkan aksi mengagumkan dalam beberapa aksinya bersama Perak FC sejak kebelakangan ini. Dengan berbekalkan aksi cemerlang bersama Perak, Wan Zack difahamkan menerima beberapa tawaran dari kelab Liga Super bagi menghadapi saingan musim hadapan. Bagi Wan Zack, prioriti beliau adalah Perak. “Alhamdulillah syukur. […]

JDT Salurkan Wang Kutipan Tiket Stadium Sultan Ibrahim Ke Palestin

Sebagai tanda keprihatinan kepada konflik Palestin-Israel, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal menyalurkan wang kutipan tiket mereka kepada Palestin. Perkara ini diumumkan oleh CEO Harimau Selatan, Alistair Edwards menerusi satu hantaran di Johor Southern Tigers. Penyaluran wang tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sehingga akhir musim ini dibuat atas titah DYAM TMJ, Tunku […]

Jordi Amat Berharap JDT Kekalkan Rentak Cemerlang

Kapten Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jordi Amat berharap rentak cemerlang yang dipamerkan bila menentang Perak FC dalam aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia dapati dikekalkan. Aksi pertama separuh akhir di Stadium Perak menyaksikan JDT meraih kelebihan agregat 4-1. Empat gol Harimau Selatan disumbang oleh Oscar Arribas, Arif Aiman Hanapi, Shahrul Saad dan Nazmi […]

Piala MFL: Perak Mangsa KL City Akhiri Kemarau Kemenangan

KL City berjaya menewaskan Perak 2-0 untuk meraih 3 mata berharga dalam aksi Liga Juara Piala MFL di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. Perak menurunkan Bryan See selaku penjaga gol pasukan dan lilitan kapten disarung oleh Kamal Arif untuk perlawanan ini manakala KL City menagih kudrat Julian untuk posisi penjaga gol. Perlawanan bermula seimbang antara kedua-dua […]

Azman Adnan Bongkar Rahsia Kejayaan Yusri Che Lah

Bekas penyerang negara, Azman Adnan telah membongkarkan rahsia kejayaan Yusri Che Lah bersama Perak musim ini. Menurut perbincangan Azman Adnan bersama Zainal Abidin Hassan dan Norshahrul Idlan dalam program Astro Arena, kekuatan motivasi Yusri Che Lah telah membantu pasukan Perak untuk bangkit menampilkan aksi cemerlang ketika ini. “Apa yang saya tahu tentang Yusri Che Lah […]

Yusri Che Lah: Pemain Kelantan Tiada Keinginan Untuk Beraksi

Kemenangan besar 8-0 yang diraih Perak FC ketika melayan kunjungan Kelantan FC dalam aksi Liga Super semalam nyata memberikan kelegaan kepada pengendali Perak, Yusri Che Lah. Selepas kekalahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu, kemenangan ke atas Kelantan ini dianggap sebagai satu momen keyakinan buat barisan […]

Liga Super: Perak Kenduri Gol Tewaskan Kelantan

Kelantan meneruskan rentak kekalahan apabila tewas besar kepada pasukan Perak dengan jaringan 8-0 dalam saingan Liga Super. Perak membuka jaringan menerusi penyerang Luka Milunovic pada minit ke-14 permainan. Bekas pemain Kelantan, Wan Zack Haikal pantas menjaringkan gol kedua hasil bola muntah penjaga gol Kelantan selepas 3 minit jaringan pertama Perak. Luka Milunovic sekali lagi mencetak […]

Perak Meterai Kerjasama Dengan Borneo FC

Perak FC menjadi pasukan Liga Super terbaru yang menjalin kerjasama dengan kelab luar negara. Kerjasama ini dijalin dengan kelab Liga 1 Indonesia, Borneo FC. Kerjasama ini diumumkan kedua-dua pasukan menerusi laman media sosial rasmi masing-masing. Kerjasama ini dimeterai menerusi satu majlis ringkas yang diadakan hari ini. Borneo diwakili oleh presiden pasukan, Nabil Husein Said Amin […]

“Jika Kita Tak Jaringkan Gol, Kita Akan Dihukum” – Luciano Guaycochea

Kapten Perak FC, Luciano Guaycochea mengakui ketumpulan jentera serangan pasukan itu menyukarkan mereka mengejar Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) semalam. Aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menyaksikan Harimau Selatan meraih kemenangan selesa 4-1. Satu-satunya gol Perak dijaringkan oleh Guaycochea. The Bos Gaurus dilihat mempunyai peluang hampir sama dengan JDT. Daripada 14 percubaan mereka semalam, […]

Yusri Che Lah Tabik Pemain Perak

Biarpun tewas dengan jaringan 1-4 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia semalam, namun pengendali Perak FC, Yusri Che Lah berbangga dengan aksi pemain mereka. Dengan dibarisi rata-rata pemain muda, Yusri akui mereka kalah disebabkan pengalaman beraksi di pentas besar iaitu peringkat separuh akhir. “Faktor utama yang saya nampak adalah kita […]

Piala Malaysia: JDT Selangkah Ke Final, Mudah Belasah Perak

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) selangkah ke final Piala Malaysia 2023 apabila menewaskan Perak dengan keputusan 4-1. Aksi yang berlangsung di Stadium Ipoh, Perak itu menyaksikan Harimau Selatan menjaringkan gol awal menerusi tandukan pertahanan kiri, Oscar Arribas selepas menerima hantaran cantik oleh Heberty pada minit ke-7. Arif Aiman Hanapi menggandakan kedudukan pasukan pelawat apabila mudah […]

Siaran Langung Piala Malaysia: Perak vs JDT, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aku separuh akhir Piala Malaysia 2023 melibatkan pertembungan antara Perak dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tumpuan malam ini. Beraksi di laman sendiri, pasukan kendalian Yusri Che Lah mahu melakukan kejutan dengan inspirasi dari aksi Kedah berdepan JDT menjadi taruhan. Harimau Selatan juga mahu mengulangi pencapaian cemerlang musim lalu untuk mara ke final Piala […]

Yusri Che Lah Akan Guna Resipi Kedah Hadapi JDT

Piala Malaysia hampir ke kemuncak saingan dengan aksi separuh akhir pertama akan dilangsungkan di antara juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan bertandang ke Ipoh bagi menentang Perak FC malam esok. Di atas kertas, sudah tentu kelebihan menjadi milik JDT yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan domestik. Namun peningkatan mendadak pasukan Perak […]