Perak Lancar Jersi Baru Dengan Harga Mengalahkan Pasar Malam

Pasukan Liga Super, Perak FC telah melancarkan jersi home yang akan digunakan bagi saingan musim 2024/2025. Lebih menarik lagi, jersi tersebut boleh didapatkan dengan harga yang sangat rendah. Jenama Cheetah sekali lagi menjadi pilihan Perak untuk musim ketiga berturut-turut selepas digunakan pada separuh musim 2022 dan juga diteruskan untuk musim 2023. Jersi home Perak tetap […]
Dua Kelab Liga Super Berebut Pemain Kyrgyzstan

Dengan tetingkap perpindahan Liga Super musim 2024-2025 sudah dibuka, pasukan-pasukan sudah mula sibuk merekrut pemain baru. Terbaru, dua kelab Liga Super dilaporkan berminat mendapatkan khidmat kapten pasukan Kyrgyzstan Bawah 23 Tahun (B-23), Adilet Kanybekov. Perkara ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Dua pasukan yang dikatakan berminat mendapatkan bekas pemain muda Besiktas itu ialah […]
PAFA Dapat Sinar Baharu

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akhirnya boleh menghela nafas lega. Ini selepas rayuan menghalang pembatalan pendaftaran badan induk bola sepak negeri Perak itu telah diterima dan diluluskan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Perkara ini disahkan menerusi satu surat yang dikeluarkan disahkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang bertarikh 9 Februari 2024. Surat tersebut telah diserahkan […]
Hadi Fayyadh Mahu Utamakan Minit Permainan Jika Sertai Kelab Baharu

Hadi Fayyadh masih belum memutuskan sama ada terus kekal bersama Perak atau bakal berpindah ke kelab lain bagi musim 2024. Penyerang berusia 24 tahun itu masih memikirkan pilihan terbaik buat dirinya dalam berkembang menjadi penyerang yang lebih tajam bagi musim hadapan. Hadi masih lagi bergelar pemain Perak setelah mempunyai baki kontrak selama setahun sejak menyertai […]
Perak Cungkil Bakat Muda Menerusi Akademi Bola Sepak Perak FC

Perak bergerak selangkah ke hadapan apabila menubuhkan Akademi Bola Sepak Perak FC bagi mencungkil bakat-bakat muda dalam kalangan kanak-kanak Perak. Akademi tersebut baru sahaja dilancarkan pada 3 Februari lalu dan memfokuskan kanak-kanak yang berusia 7 hingga 15 tahun. Padang Taman Dr. Seenivasagam di Ipoh menjadi lokasi utama sesi latihan akademi tersebut dijalankan. Penubuhan akademi ini […]
Sukar Dapatkan Penaja, Pengerusi Perak “Mungkin Kerana Selalu Kalah”

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi tidak menafikan bahawa pasukannya kini bergelut untuk mencari penaja bagi saingan musim 2024/25. The Bos Gaurus mengakhiri saingan musim lalu dengan agak kurang memberangsangkan namun masih mampu untuk melangkah ke pentas separuh akhir Piala Malaysia. Tatkala saingan Liga Super musim baharu masih belum bermula, rata-rata kelab kini sedang […]
Perak Tetapkan Sasaran Masuk Akal Untuk Liga Super 2024/2025

Biarpun aksi Liga Super 2024/2025 hanya akan dimulakan pada awal Mei 2024, pasukan Perak FC sudah pun menetapkan sasaran realistik. Dalam satu sesi soal jawab bersama peminat semalam, CEO Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin telah ditanyakan mengenai sasaran bagi saingan Liga Super musim baru ini. Bobie telah menjawab soalan tersebut dengan mendedahkan sasaran Perak […]
Lim Teong Kim Kembali ‘Berbakti’ Di Malaysia

Bekas ketua jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim bakal kembali ke Malaysia setelah lama menyepi dari arena bola sepak tempatan. Jurulatih berusia 58 tahun itu kembali ke Malaysia pada awal tahun lalu untuk membimbing The Bos Gaurus namun hanya bertahan selama setengah musim. Hal ini susulan persembahan yang kurang memberangsangkan oleh pasukan utara tanah […]
17 Pemain Tinggalkan Perak

Perak FC melakukan rombakan bagi menghadapi musim hadapan dengan 17 pemain disahkan meninggalkan skuad Seladang itu. Berita perpindahan ini diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram rasmi pasukan yang didahului dengan ucapan jutaan terima kasih kepada pemain-pemain berkenaan yang berjuang bersama mereka sepanjang musim. “Jutaan terima kash diucapkan. Kami amat menghargai kesungguhan anda sepanjang berada bersama-sama […]
Nik Akif Syahiran Jadi Rebutan Dua Kelab Utara

Nik Akif Syahiran kini menjadi rebutan sebuah kelab utara manakala kelab semasa beliau, Penang turut mahu mengekalkan khidmatnya. Pemain tengah ini menjadi perancang utama Penang dibahagian tengah apabila telah melakukan 29 penampilan dalam semua pertandingan untuk musim ini. Konsistensi Nik Akif pada musim ini turut menarik minat daripada Perak menurut perkongsian wartawan sukan, T. Avineshwaran. […]
Azfar Fikri Jadi Pemain Kedua Sertai Perak

Selepas Tommy Mawat Bada, Perak FC pantas menambah seorang lagi pemain bagi memantapkan pasukan itu untuk musim 2024-2025. Hari ini, The Bos Gaurus mengumumkan perpindahan pemain muda Terengganu FC II, Nur Azfar Fikri Azhar di laman media sosial mereka. “Pemain tengah, Azfar Fikri sah menjadi milik Perak FC bagi musim 2024/2025. “Kaka” sebelum ini pernah […]
Perak Muktamadkan Perpindahan Tommy Mawat Bada

Perak FC mengorak langkah awal dalam membina skuad musim 2024-2025 dengan membawa masuk Tommy Mawat Bada. Perpindahan bekas bek kiri Negeri Sembilan FC itu diumumkan pengurusan The Bos Gaurus di laman media sosial rasmi mereka hari ini. “Perak FC hari ini mengumumkan Tommy Mawat Bada sebagai pemain baharu musim 2024/2025. Bekas pemain Malaysia bawah 23 […]
Wan Zack Haikal Ingin Kekal Bersama Perak

Pemain sayap Perak FC, Wan Zack Haikal menyatakan keinginan untuk kekal bersama pasukan itu pada musim hadapan. Ini kerana pemain berusia 32 tahun itu masih ingin menabur bakti bersama Perak dan membantu pasukan itu mendaki kedudukan lebih baik dalam Liga Super. Wan Zack juga melihat inilah peluang buat beliau membalas budi penyokong. Ini kerana mereka […]
Perak Tunaikan Hasrat Besar Yusri Che Lah

Persediaan Yusri Che lah membentuk pasukan baharu untuk musim hadapan kini disambut baik pihak pengurusan Perak. Ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah pastinya sudah mempunyai perancangan tersendiri dan kini Perak sudah memulakan rundingan untuk membawa beberapa pemain baharu. Perak kini sedang berunding dengan Terengganu untuk membawa masuk penyerang muda, Azfar Fikri yang pernah bermain untuk […]
Liga Super: Terengganu Pastikan Perak Tak Melawan

Terengganu berjaya menewaskan Perak 3-0 dalam aksi terakhir Liga Super 2023. Terengganu menurunkan Syed Nasrulhaq selaku penjaga gol utama pasukan pada malam ini dan posisi pertahanan kiri pula diberikan kepada pemain muda, Faris Rifqi. Perak pula tampil dengan kesebelasan terbaik mereka yang dibarisi pemain-pemain penting seperti Wan Zack Haikal, Azalinullah Alias, Luka Milunovic dan Seo […]
“Tiada Lagi Adam Nor & Haziq Nadzli Bersama JDT” – Zulhelmi

Dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Adam Nor Azlin dan Haziq Nadzli dijangka akan berhijrah ke pasukan lain musim depan. Menurut ciapan yang dimuat naik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau memaklumkan bahawa dua tonggak JDT itu bakal ke pasukan Perak untuk musim 2024/2025. Desas-desus khabar pemain Harimau Selatan yang bakal dipinjamkan ke The Bos […]