Akmal Rizal Serah Nasib Kepada Penang

Pengendali Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyerahkan kedudukannya sebagai jurulatih untuk dinilai pengurusan pasukan itu. Ini selepas Sang Harimau Kumbang gagal merekodkan kemenangan buat kali kelima apabila kecundang 1-0 kepada Sri Pahang FC pada 20 Oktober lalu. Penyerang Ukraine, Mykola Ahapov muncul wira Tok Gajah dengan meledakkan gol kemenangan pada minit akhir babak pertama. […]

Liga Super: Mykola Ahapov Wira Sri Pahang Atasi Penang

Sri Pahang mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menewaskan cabaran Penang dengan jaringan 1-0 dalam saingan Liga Super. Skuad Tok Gajah dibarisi pemain seperti Azam Azih, Adam Nor Azlin, Manuel Hidalgo, Kpah Sherman dan Fadli Shas sebagai kapten pasukan. Akmal Rizal pula memberikan kepercayaan kepada para pemain seperti Nik Akif, Syamer Kutty, Aqil Irfan, Rodrigo dan […]

Penang Tempang Tanpa Rafael Vitor

Penang FC bakal beraksi menentang Sri Pahang FC tanpa kelibat kapten mereka dari Brazil, Rafael Vitor. Perkara ini disahkan sendiri oleh pengendali Sang Harimau Kumbang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Vitor terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan dalam aksi menentang KL City FC pada 29 September lalu. Akmal mengakui ketiadaan bek tengah berusia 31 tahun itu bakal […]

Penang Hampir Pintas Kedudukan Ulsan

Kelab Liga Malaysia, Penang FC mencatatkan peningkatan dan berpotensi untuk memintas kedudukan Ulsan. Skuad kendalian Akmal Rizal kini menghuni tangga ke-10 dengan dua kemenangan selepas 11 perlawanan yang diharungi. The Phanters bagaimanapun mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking kelab berdasarkan kemas kini laman Opta Analyst. Penang kini menghuni tangga ke-423 Asia ketika ini (3815 dunia) dengan […]

Piala MFL: Penang Hentikan Rentak Kemenangan Terengganu

Hajat Terengganu FC II untuk terus memburu kelompok empat teratas Piala MFL lebur apabila sekadar seri 2-2 dengan Penang FC II di Stadium Bandaraya. Terengganu II mahu meneruskan momentum kemenangan selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 4-0 pada 23 September lalu. Manakala Penang II pula ingin kembali meraih tiga mata selepas diikat 2-2 […]

Akmal Rizal Anggap Pengalaman Pisahkan Penang & KL City

Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengakui kekurangan pengalaman pasukan itu menyebabkan mereka dihukum KL City FC. Aksi terbaru Liga Super menemukan The City Boys dan Harimau Kumbang di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 September lalu. Pada awalnya, Penang mendahului menerusi gol awal Adib Ra’op. KL City kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan […]

Liga Super: Penang & Negeri Sembilan Kongsi Satu Mata

Sepakan jarak jauh Sebastian Avanzini memastikan Penang FC terpaksa berkongsi satu mata dengan Negeri Sembilan FC dalam aksi terbaru Liga Super. Kedua-dua pasukan mahu bangkit selepas tewas dalam aksi liga sebelumnya. Harimau Kumbang dibelasah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) 5-0 dengan Negeri Sembilan pula tumpas kepada Perak FC. Penang turun tanpa kelibat kapten dan […]

Akmal Rizal Puas Hati Prestasi Wenzel-Halls

Prestasi tonggak import baru Penang FC, Dylan Wenzel-Halls memuaskan hati pengendali pasukan itu, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Bekas penyerang Central Coast Mariners itu membuat kemunculan pertama untuk Penang dalam aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 12 September lalu. Kelibat Wenzel-Halls di bahagian sayap kerap mencemaskan barisan pertahanan tuan rumah diketuai […]

Liga Super: Bintang Baharu Bantu Kenduri Gol JDT Atasi Penang

Saingan Liga Super kembali bersambung setelah tugasan antarabangsa selesai dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) berpesta gol membenam cabaran Penang. Masih segar dengan kejayaan menjulang Piala FA hujung bulan lalu, JDT kembali ke gelanggang keramat untuk menerima kunjungan pasukan dari utara tanah air, Penang. Pengendali JDT, Hector Bidoglio merehatkan Bergson Da Silva sambil menyenaraikan empat pemain […]

Oscar Arribas Perlukan Dua Minit Jaringkan Gol

Tonggak import Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Oscar Arribas tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan buat pasukan itu. Arribas diberi kepercayaan beraksi dalam aksi terbaru liga membabitkan JDT dan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Selain pemain berusia 25 tahun itu, jurulatih Harimau Selatan, Hector Bidoglio turut memberi kemunculan pertama buat empat […]

Siaran Langsung Liga Super: JDT vs Penang (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu 10 melibatkan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penang FC. Skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentum terbaik selepas muncul juara Piala FA 2024 menentang Selangor dengan keputusan 6-1. Penang di bawah kendalian Akmal Rizal pula merekodkan satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan dalam 5 aksi terakhir. Aksi di Stadium […]

Penyerang Australia, Wenzel-Halls Sertai Penang

Penang FC sah mendapatkan khidmat penyerang import baru dari Australia, Dylan Wenzel-Halls. Perpindahan bekas penyerang Central Coast Mariners itu disahkan pengurusan Harimau Kumbang menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi mereka. Selain CCM, penyerang berusia 27 tahun itu juga pernah beraksi untuk beberapa kelab A-League seperti Brisbane Roar dan Western United. “Dylan telah mencipta […]

PSMS Medan Jadi ‘Mangsa’ Penang

PSMS Medan menutup kempen pra-musim mereka di Malaysia dengan satu lagi kekalahan apabila tewas kepada Penang FC. Selepas tewas kepada Negeri Sembilan FC menerusi jaringan akhir Hadin Azman, Ayam Kinantan berharap dapat menutup kempen pra-musim dengan kemenangan ke atas Penang. Kedua-dua pasukan turun di Stadium Bandaraya dengan misi meraih kemenangan moral sebelum kembali fokus kepada […]

3 Pemain Penang Buka Mata Pau Marti

Tiga tonggak Penang FC berjaya menambat perhatian pemangku jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menjelang kempen Pestabola Merdeka 2024. Tiga pemain tersebut ialah Syamer Kutty Abba, Adib Ra’op dan Sikh Izhan Nazrel. Syamer dan Adib tersenarai dalam senarai 26 pemain yang menyertai kem latihan Harimau Malaya. Manakala Sikh Izhan pula diletakkan dalam senarai pemain yang […]

SUKMA: Senarai Aksi Sengit Futsal Separuh Akhir

Ini merupakan senarai aksi sengit yang bakal berlangsung di peringkat separuh akhir acara futsal bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. Empat semi finalis telah menempah tiket di separuh akhir dengan tuan rumah, Sarawak mengetuai senarai selain Perak, Pulau Pinang dan juga pasukan pilihan ramai, Selangor. Di peringkat suku akhir pada Isnin, berlaku kejutan apabila Perak […]

Penang Kecam Tindakan Penyokong ‘Buli’ Pemain Muda

Pengurusan Penang FC mengecam tindakan segelintir penyokong yang membuli pemain-pemain muda yang mewakili pasukan itu. Langkah ini diambil selepas sesetengah penyokong bertindak mengutuk barisan pemain Penang yang beraksi dalam saingan Piala Presiden dan Piala Belia 2024. Kutukan sentiasa timbul terutama apabila pasukan muda Harimau Kumbang merekodkan keputusan seri atau kalah dalam sesebuah perlawanan. Perkara ini […]