Penyerang Central Coast Dalam Radar Penang

Pasukan utara tanah air, Penang FC bakal mengintai khidmat seorang penyerang Australia untuk menambah ketajaman jentera serangan mereka. Ketumpulan jentera serangan Harimau Kumbang bukan saja menggusarkan penyokong setia pasukan itu. Malah, hal ini turut merisaukan pengendali Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Ini turut disokong dengan statistik jaringan dalam liga. Meskipun Harimau Kumbang menduduki tangga keenam […]

“Perjalanan Masih Jauh, Kena Kerja Lagi Kuat” – Akmal Rizal

Pengendali Penang FC, Akmal Rizal memberitahu bahawa perjalanan pasukannya masih jauh dan perlu bekerja lebih kuat. Skuad kendaliannya kini melonjak ke kedudukan ke-6 Liga Super selepas merekodkan keputusan seri 2-2 ke atas Kuching City. The Phanters kini merekodkan dua kemenangan, 4 seri dan dua kekalahan selepas 8 perlawanan setakat ini. Beliau memaklumkan bahawa prestasi pasukannya […]

Liga Super: Kuching City Bangkit Ikat Penang

Penang FC terlepas peluang untuk menambah satu lagi kemenangan apabila diikat Kuching City FC 2-2 di Stadium Negeri, Kuching. Penang mahu menambah satu lagi kemenangan selepas menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 3-0. Sementara The Cats turut memiliki misi sama selepas menewaskan Perak FC 2-1. Rodrigo Dias terus menjadi sandaran Akmal Rizal Ahmad Rakhli […]

Kuching City Bawa Rekod Hebat Bertemu Penang

Kuching City membawa rekod hebat apabila bakal melayan kunjungan Penang FC. Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak berada pada momentum luar biasa apabila merekodkan dua kemenangan, 4 keputusan seri dan satu kekalahan. Kuching City kini menghuni tangga ke-5 Liga Super dan menjadi antara 4 pasukan dengan kekalahan paling rendah bersama JDT (0 kelalahan) dan dua pasukan […]

Safuwan Baharudin Ikut Jejak Rafael Vitor

Bek tengah Selangor FC, Safuwan Baharudin bukan pemain pertahanan pertama yang merekodkan jaringan hatrik dalam sejarah saingan Liga Malaysia (Liga M). Pemain pertahanan Singapura itu mencuri tumpuan apabila meledakkan hatrik dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024 menentang Terengganu FC pada 3 Ogos lalu. Tiga gol beliau dan satu gol daripada penyerang Jordan, Reziq […]

Rafael Vitor Meledak Aksi Ke-100

Kapten Penang FC, Rafael Vitor meraikan penampilan ke-100 bersama pasukan itu dengan meledakkan gol semasa menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) baru-baru ini. Sejak menyertai Penang pada Januari 2020, tiada siapa menyangka bek tengah Brazil itu akan kekal di Pulau Pinang untuk satu tempoh yang lama. Justeru, tidak hairanlah aksi Liga Super menentang Kelantan […]

Liga Super: Penang Hantar Kelantan DN Ke Tangga Tercorot Liga

Penang gah menundukkan cabaran Kelantan DN di Stadium Bandaraya Pulau Pinang untuk meraih tiga mata berharga dalam saingan Liga Super. Akmal Rizal mempertaruhkan khidmat pemain utama seperti Nik Akif Syahiran, Syamer Kutty Abba, Khairu Azrin, Neto, Adib Ra’op manakala Rafael Vitor memakai lilitan kapten pasukan. Kelantan DN turun dengan misi untuk bangkit setelah tewas di […]

Mukhairi Ajmal Tunaikan Permintaan Penyokong Cilik Selangor

Perancang tengah, Mukhairi Ajmal menunaikan permintaan istimewa penyokong cilik Selangor ketika aksi menentang Penang Sabtu lalu. Pada aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ itu, Mukhairi mencetak nama sebagai penjaring gol pertama Selangor seawal minit ketiga setelah menerima umpanan cantik dari Alvin Fortes. Tiga lagi gol disumbangkan oleh Yohandry Orozco, Alvin Fortes dan Quentin Cheng melengkapkan […]

Nidzam Jamil: Kita Nak Ada Di Tempat JDT & Terengganu

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil bercita-cita untuk membawa anak-anak buahnya ke satu tahap seperti JDT dan Terengganu setelah menewaskan Penang dalam aksi Liga Super pada Sabtu. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ itu, Gergasi Merah bangkit dari dua kekalahan lalu di tangan KL City dan Terengganu untuk menumbangkan Penang 4-1 di laman sendiri. Empat gol […]

Liga Super: Dua Penalti Hangatkan Kemenangan Selangor Ke Atas Penang

Selangor kembali mencatatkan kemenangan setelah menumpaskan Penang dalam aksi Liga Super pada Sabtu. Setelah mencatatkan 2 kekalahan berturut-turut di tangan KL City dan Terengganu minggu lalu, Selangor kembali ke Stadium MBPJ dengan misi untuk bangkit meraih tiga mata dalam saingan liga. Penang pula yang berehat seminggu bagi memberi laluan kepada kempen Piala FA berhasrat bagi […]

Siaran Langsung Liga Super: Selangor vs Penang (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu 6 melibatkan pertembungan antara Selangor dan juga Penang FC. Skuad kendalian Nidzam Jamil memperagakan persembahan terbaik namun menghadapi siri kekalahan dalam beberapa aksi terakhir. Penang pula kebal apabila hanya merekodkan satu kekalahan daripada 5 perlawanan liga yang telah diharungi dengan Ketua Jurulatih, Akmal Rizal optimis peranan berbeza ditampilkan di MBPJ. “Kita […]

Adib Raop Tidak Gentar Dengan Cabaran Selangor

Pemain pertahanan Penang FC, Adib Raop tidak gentar dengan cabaran pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor FC menjelang aksi terbaru Liga Super. Musim 2024/25 menyaksikan Penang merekodkan prestasi baik dalam liga dengan hanya merekodkan satu kekalahan dalam lima perlawanan liga. Selain merekodkan kemenangan pertama ke atas Perak FC pada 13 Julai lalu, Harimau Kumbang juga tidak […]

Akmal Rizal Congak Taktik Berbeza Lawan Selangor

Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli bakal mencorak taktik berbeza menjelang aksi Liga Super menentang Selangor FC. Penang tampil dengan prestasi baik selepas merekodkan kemenangan pertama liga pada 13 Julai lalu. Skuad Harimau Kumbang meraih kemenangan 2-0 ke atas Perak FC. Neto Oliveira dan Alif Ikmalrizal Anuar mencipta nama sebagai penjaring dalam perlawanan tersebut. […]

Syamer Kutty Tidak Mahu Terlepas Ke Skuad Kebangsaan

Pemain tengah Penang FC, Syamer Kutty tidak mahu lagi terlepas daripada panggilan ke skuad kebangsaan. Bagi Syamer, panggilan ke skuad kebangsaan merupakan satu penghargaan. Dengan minit permainan yang tinggi, Syamer yakin ianya akan menambahkan lagi tahap permainan beliau di atas padang. “Sudah pasti ianya satu penghargaan bila dapat panggilan negara. Sekarang saya dapat banyak minit […]

Ramuan Taktikal Akmal Rizal Bantu Penang Kurang Dibolosi

Ketua Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mendedahkan corak permainan yang diterapkan kepada anak buahnya sehingga menyaksikan Penang menjadi salah satu pasukan yang paling kurang dibolosi setakat ini dalam saingan Liga Super. Jurulatih berusia 42 tahun itu memberitahu MakanBola bahawa semua pemain yang diturunkan harus membantu dalam bertahan tidak kira di mana posisi mereka. […]

Penang Hilang Import Kebal Hadapi Selangor

Penang FC dipastikan tidak dapat menggunakan khidmat pertahanan import kebal bagi saingan Liga Super seterusnya menentang Selangor FC, 27 Julai ini. Pengendali Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli memberitahu MakanBola bahawa kelibat Richmond Ankrah tidak akan dapat disaksikan dalam perlawanan tersebut memandangkan pemain tersebut adalah pemain pinjaman dari Selangor. “Bertemu Selangor, kita tidak dapat menggunakan Richmond […]