Piala Malaysia: Kuching City Bawa Bekalan Tipis Atasi Penang

Kuching City FC berjaya meraih bekalan tipis apabila menewaskan Penang FC di Stadium Bandaraya untuk aksi pertama pusingan 16 terakhir Piala Malaysia. Penang yang dibimbing jurulatih baharu iaitu Wan Rohaimi Wan Ismail menurunkan barisan pemain yang sedikit berbeza dengan mempertaruhkan Alif Ikmalrizal sebagai penyerang utama manakala Kuching City meletakkan harapan buat Tchetche Kipre sebagai penggempur. […]
Live: Penang vs Kuching City, Kesebelasan Utama & Siaran TV Piala Malaysia

Aksi pertama pusingan 16 terakhir menyaksikan pertarungan antara Penang vs Kuching City. The Phanters mengharungi tempoh sukar apabila mencatatkan hanya satu kemenangan dalam 8 perlawanan terakhir. Kuching City kendalian Aidil Sharin pula berada pada momentum cemerlang apabila menang dua daripada 5 aksi terakhir pasukan. Penang dan Kuching City telah bertemu dalam saingan Liga Super yang […]
Wan Rohaimi Sahut Cabaran Bimbing Penang

Pengendali baharu Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail sedia mendepani cabaran memulihkan prestasi pasukan itu untuk baki kempen Liga Malaysia (Liga M). Sejak meraih kemenangan ke atas Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 1 Ogos lalu, Penang kini mengharungi tujuh perlawanan tanpa sebarang kemenangan. Selain itu, pasukan yang diberi jolokan Harimau Kumbang itu juga […]
Penang Umum Ketibaan Wan Rohaimi

Bekas penolong jurulatih KL City, Wan Rohaimi Wan Ismail diperkenalkan secara rasmi selaku ketua jurulatih Penang yang baharu. Menerusi satu hantaran di media sosial Penang FC, jurulatih berusia 48 tahun itu diumumkan bakal mengambil alih tugas yang dipegang oleh pengendali terdahulu, Akmal Rizal. Wan Rohaimi bin Wan Ismail kini dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan […]
Wan Rohaimi Bakal Kemudi Penang?

Bekas penyerang kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail semakin hampir menggalas peranan sebagai jurulatih baru Penang FC. Sebelum ini, pengurusan Harimau Kumbang memutuskan untuk merehatkan Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Keputusan itu diambil kerana prestasi merudum pasukan itu dalam liga. Susulan itu, Mat Saiful Mohamad menggalas tugas sebagai pemangku jurulatih sambil dibantu pengarah teknikal pasukan, Merzagua Abderrazak. […]
Jurulatih Terkemuka Asia Bakal Ke Liga Super?

Kelab Liga Super dikhabarkan memburu khidmat jurulatih terkemuka Asia bagi mengisi posisi pengendali pasukan. Aksi Liga Super memasuki minggu ke-14 dengan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) gah memimpin saingan Liga Super. JDT kini mengumpul 37 mata selepas 13 perlawanan sambil meninggalkan pasukan tangga kedua, Selangor dengan 29 mata. Beberapa khabar mewarnai saingan tempatan tatkala […]
“Penang Bermain Lebih Baik Berbanding Sebelum Ini” – Mat Saiful

Jurulatih sementara Penang, Mat Saiful melihat peningkatan prestasi dan corak permainan anak-anak buahnya meskipun tumpas di tangan Terengganu pada Jumaat. Pada aksi tersebut, gol tunggal menerusi tandukan pemain pertahanan, Ubaidullah Shamsul di minit ke-27 memastikan Terengganu kembali ke landasan kemenangan. Walau bagaimanapun, keputusan perlawanan di Gong Badak ini membuatkan Penang terus kempunan untuk meraih tiga […]
Penang Rehatkan Akmal Rizal, Cari Pengganti Berpengalaman

Status jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli akhirnya terjawab apabila beliau sah direhatkan oleh pengurusan pasukan itu. Perkara ini diumumkan pengurusan Sang Harimau Kumbang dalam satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Sebelum ini, Akmal dilihat tiada di bangku teknikal Penang dalam aksi menentang Sabah FC pada 25 Oktober lalu. Penang memilih merehatkan […]
Persiraja Banda Aceh Bakal Uji Penang

Kelab Liga 2 Indonesia, Persiraja Banda Aceh bakal menguji Penang FC untuk aksi persahabatan kelab antarabangsa pada November ini. Perkara ini dikongsikan sendiri presiden kelab, H. Nazaruddin Dek Gam apabila ditanya tentang perancangan menghadapi pusingan kedua Kumpulan 1 Liga 2 Indonesia musim 2024/25. Dengan pusingan kedua kumpulan bakal berlangsung pada 16 November ini, tempoh rehat […]
“Akmal Rizal Ambil Cuti Malam Ini”

Status terkini Akmal Rizal Ahmad Rakhli terus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong Penang FC. Sebelum ini, pengurusan Penang dilaporkan telah merehatkan bekas penyerang kebangsaan itu sebagai ketua jurulatih Sang Harimau Kumbang. Ini susulan pasukan itu menghadapi kemarau kemenangan dalam lima perlawanan. Ini termasuk dua kekalahan berturut-turut dalam Liga Super di tangan KL City FC […]
Dominic Tan Jaring Gol Roket Jarak Jauh

Nama bek tengah Harimau Malaya, Dominic Tan menjadi sebutan penyokong Sabah FC dalam aksi terbaru Liga Super menentang Penang FC. Ini selepas sepakan jarak jauhnya membantu Sang Badak meraih kemenangan 4-0 ke atas Sang Harimau Kumbang di Stadium Bandaraya pada 25 Oktober lalu. Menariknya, semua gol yang menerjah gawang Sikh Izhan Nazrel dijaringkan dari jarak […]
Ong Kim Swee Lega Gawang Sabah Tak Dibolosi

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee menghela nafas lega melihat gawang pasukan tidak dibolosi ketika bertemu Penang dalam aksi Liga Super pada Jumaat. Pada aksi tersebut, 4 gol memukau masing-masing daripada Saddil Ramdani, Gabriel Peres, Stuart Wilkin dan Dominic Tan memastikan Sabah pulang dengan tiga mata dari gelanggang Penang. Menurut Ong Kim Swee, beliau nyata […]
Liga Super: 4 Gol Jarak Jauh Sabah Buat Penang Terus Hampa

Penang terus kemarau kemenangan setelah tumpas dengan jaringan besar di tangan Sabah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya pada Jumaat. Setelah merekodkan 5 aksi tanpa kemenangan, Penang turun di laman sendiri dengan misi untuk membenam Sabah yang cemerlang mengatasi Perak di Manjung minggu lalu. Kesebelasan utama Penang diterajui nama-nama seperti Sikh Izhan, Syamer Kutty […]
Sikh Izhan Harap Penang Cepat Serap Ilmu Merzagua Abderrazak

Penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel berharap Penang FC segera menyerap ilmu yang diajar pemangku jurulatih pasukan itu, Merzagua Abderrazak. Merzagua yang juga pengarah teknikal pasukan itu menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih selepas pengurusan Penang memilih merehatkan jurulatih sebelumnya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Keputusan itu dibuat susulan Penang gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam lima perlawanan. […]
Penang Rehatkan Akmal Rizal?

Penang difahamkan bakal merehatkan ketua jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli serta-merta. Akmal Rizal menjawat jawatan selaku pengendali Penang bermula Januari 2024 yang lalu dan telah membawa skuad skuad Harimau Kumbang mengharungi 14 perlawanan musim ini. Hasil hantaran terkini oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi memberi bayangan Akmal Rizal bakal direhatkan serta-merta daripada tugas beliau sebagai […]
Syamer Kutty Jumpa Peminat ‘Kami Cuba Tapi Tak Cukup Baik’

Perancang tengah Penang FC, Syamer Kutty bertemu peminat dan meminta maaf atas prestasi semasa pasukan yang kurang memberangsangkan. The Phanters terus dihurung prestasi longlai selepas sungguhpun mengharungi permulaan musim yang amat memberangsangkan. Pasukan kendalian Akmal Rizal tidak mencatatkan sebarang kemenangan dalam 5 aksi terakhir termasuklah tunduk 1-0 di tangan Sri Pahang ketika beraksi di lan […]