Liga Super: PDRM Selesa Tewaskan Kelantan United

PDRM ceria mencipta kemenangan kedua dalam Liga Super musim ini dengan mengalahkan Kelantan United 2-0 di Stadium MBPJ hari ini. Separuh masa pertama menyaksikan anak-anak buah Tomas Trucha berusaha mencari gol pendahuluan. Tetapi Sang Saka Biru yang dibimbing Azzmi Aziz membuka tirai jaringan menerusi Dzulfahmi Ab Hadi pada minit ke-10. Penjaga gol Kijang Hijau, Asyraaf […]

Aksi Melaka & PDRM Ditangguhkan Kerana Padang Rosak Teruk

Semua maklum sejak beberapa hari lepas, cuaca buruk mengakibatkan sesetengah perlawanan ditangguhkan. Hari ini, giliran skuad Piala Presiden Melaka pula terpaksa menangguhkan perlawanan mereka dengan PDRM atas sebab sama. Penangguhan aksi Piala Presiden kedua-dua pasukan ini diumumkan PDRM menerusi laman media sosial mereka hari ini. Dengan pengumuman tersebut, ia turut mengundang persoalan sama ada Melaka […]

Liga Super: Terengganu Catat Kemenangan Pertama Atasi PDRM

Aksi Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Terengganu menentang PDRM. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan pasukan Terengganu berjaya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super 2023. Babak separuh masa pertama berakhir dengan tiada jaringan dihasilkan. Kedua-dua pasukan saling mengasak namun Skuad Peteh dilihat lebih mendominasi permainan apabila banyak […]

Info Siaran Langsung Terengganu vs PDRM | Liga Super 2023

Pertembungan antara pasukan Terengganu dan PDRM mencuri tumpuan menjelang aksi Liga Super 2023 musim ini. Anak didik Tomislav Steinbrückner mahu mengubati kekecewaan selepas beliau masih tidak berjaya memberi mata pertama kepada pasukannya. Bukan itu sahaja, kunjungan PDRM sudah tentu lebih bermakna setelah mereka berjaya mengejutkan Kedah Darul Aman dengan keputusan 1-0 tempoh hari. Terengganu yang […]

PDRM Tak Sabar Kejutkan Terengganu

Segar daripada kemenangan 1-0 ke atas Kedah pada minggu lepas, kini PDRM mensasarkan Terengganu sebagai mangsa seterusnya. Walaupun berstatus pasukan bukan pilihan, anak-anak buah Azzmi Ab Aziz percaya mereka boleh mencatatkan satu lagi kemenangan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin esok. Tetapi pada masa sama, Sang Saka Biru tetap menghormati keupayaan pihak lawan. Walaupun menduduki […]

Piala MFL: PDRM Cipta Kejutan Ikat JDT II

Perlawanan kedua Kumpulan A Piala MFL menyaksikan PDRM mencipta kejutan ke atas gergasi selatan Johor Darul Ta’zim (JDT) II. Ini selepas Sang Saka Biru berupaya mengikat Harimau Selatan 2-2 walaupun pada satu ketika ketinggalan 0-2 di Stadium MBPJ hari ini. Babak pertama menyaksikan JDT II mendominasi dengan dua gol. Harimau Selatan membuka tirai jaringan menerusi […]

Liga Super: Kedah Tewas Mengejut Kepada PDRM

Hasrat Kedah mencatat kemenangan ketiga dalam Liga Super tidak kesampaian. Ini selepas PDRM mencipta kejutan dengan mengalahkan tuan rumah 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman hari ini. Babak pertama menyaksikan dalam tempoh 10 minit terawal perlawanan, PDRM mengancam pertahanan Kedah yang diterajui Bojan Ciger menerusi Fadi Awad dan Bruno Suzuki. Bagaimanapun, kedua-dua […]

PDRM Sedia Kejutkan Kedah

Walaupun sudah mencatat dua kemenangan dalam Liga Super musim ini, ini bukan bermakna Kedah patut leka. Ini kerana PDRM sudah pasti mahu menggunakan perlawanan ketiga menentang Kenari sebagai peluang mengutip kemenangan pertama musim ini. Ini kerana menurut jurulatih Kedah, Nafuzi Zain, rekod dua perlawanan awal Sang Saka Biru tidak boleh dijadikan sebagai ukuran. Selepas tewas […]

Liga Super: Perak Bergelut Diikat PDRM

Hasrat Perak untuk melakar kemenangan pertama Liga Super tidak kesampaian hari ini. Ini selepas skuad Seladang diikat tanpa jaringan oleh PDRM di Stadium MBPJ dalam perlawanan tunggal liga hari ini. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang bagi memburu kemenangan pertama liga. Bagaimanapun, jentera serangan yang tumpul menghampakan kedua-dua pasukan. Bukan sekali jentera serangan Perak […]

Liga Super: Sabah Berpesta Gol Tewaskan PDRM

Sabah membuktikan status mereka sebagai pasukan pilihan Liga Super musim ini apabila membelasah PDRM 4-0 di Stadium Likas hari ini. Sebaik sepak mula, Sabah mula mengintai peluang menjaringkan gol. Dan mereka hampir membuka jaringan pada minit keenam apabila bola percubaan Saddil Ramdani terlepas daripada tangan penjaga gol Ramadhan Hamid. Bagaimanapun, penyokong Sabah hampa apabila kapten […]

PDRM Berbesar Hati Lengkapkan Kuota 9 Pemain Import

Dengan Liga Super bakal bermula esok menerusi Perlawanan Sumbangsih, pasukan-pasukan mula memuktamadkan senarai pemain import masing-masing. Dan semalam, PDRM telah melengkapkan sembilan pemain import untuk musim 2023. Dua pemain yang melengkapkan senarai awang import Sang Saka Biru ialah Jacque Faye dan Chukwu Nnabuike Chijioke. Faye, 26, beraksi di bahagian tengah dengan Chijioke, 29, pula merupakan […]

PDRM Lancar Jersi Unik Bagi Musim 2023

Dengan pasukan-pasukan Liga Super sudah memperkenalkan jersi baru mereka untuk musim 2023, PDRM juga tidak mahu ketinggalan. Hari ini, mereka memperkenalkan jersi home dan away mereka untuk tatapan para penyokong. Jersi buatan Oren Sport ini memperlihatkan corak unik pada jersi home dan away Sang Saka Biru. Ini menjadikan jersi berkenaan cantik dan kemas. Warna biru […]

PDRM Pasang Niat Bawa Masuk Marcelo

Pasukan Liga Super, PDRM FC memasang niat untuk membawa masuk nama besar ke dalam pasukan mereka. Seperti yang sedia maklum, jendela perpindahan kali ini sudah pun dibuka dan kini tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi. Semua pasukan dilihat gigih mempersiapkan pasukan termasuklah PDRM yang sudah merekrut beberapa muka baharu bagi musim 2023. Namun begitu, menerusi […]

Bintang Myanmar, Kyaw Min Oo Mahu Ikut Jejak Rakannya Di Selangor

Pemain import terbaru PDRM FC, Kyaw Min Oo tekad mahu mengikut jejak langkah rakan senegaranya, Hein Ttet Aung yang beraksi di Selangor. Beliau merupakan pemain ketiga daripada Myanmar yang berkelana di Liga Malaysia selepas Hein Ttet Aung dan seorang lagi baru sahaja sertai penang FC, Zaw Min Tun. ‘Saya mahu ikut jejak langkah Hein Ttet […]

KL City & PDRM Kongsi Stadium

KL City dan PDRM akan kembali semula berkongsi Stadium Tuan Rumah dalam saingan Liga Super musim baru ini. Umum mengetahui, PDRM FC akan turut sama bertanding dalam saingan Liga Super 2023. Menurut temubual daripada Astro Arena, keputusan perjanjian antara dua pihak ini berlaku pada saat akhir. Oleh itu, Pengarah Eksekutif KL City, Stanley Bernard ambil […]

Pemain Kacukan Jepun-Brazil Kembali Ke Liga Malaysia

Pemain kacukan Jepun-Brazil, Bruno Suzuki sah akan kembali ke Liga Malaysia pada musim hadapan. Penyerang berusia 32 tahun ini membuat satu hantaran di laman rasmi Instagram miliknya menyatakan bahawa beliau telah meninggalkan kelabnya, Bangkok FC. Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan kelab apa yang bakal disertainya untuk menghormati kontrak. “Saya tinggalkan Bangkok FC kerana menerima beberapa […]