Zainal Abidin Teruja Dengan Potensi Sebenar PDRM FC

Dengan pusingan kedua Liga Super bakal bermula esok, satu pasukan yang dijangka akan diberi lebih perhatian iaitu PDRM FC. Dan bagi legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, potensi mereka sebagai pasukan yang mampu mencipta kejutan mengujakan ramai pihak termasuk penyokong. Pandangan beliau bersandarkan kepada 13 perlawanan yang dilalui sebelum ini. Ini kerana anak-anak […]
Percaturan PDRM FC ‘Gari’ Selangor FC Menjadi

Semalam, penyokong Selangor FC terkejut apabila Merah Kuning diaibkan oleh PDRM FC 1-0 di Stadium MBPJ. Dan bagi jurulatih The Cops, Azzmi Aziz, ini menunjukkan perancangan permainannya menentang Selangor menjadi. Sepanjang perlawanan, anak-anak buah Tan Cheng Hoe mendominasi perlawanan dengan Sang Saka Biru terpaksa bertahan. Setiap serangan bukan sekali dipatahkan oleh barisan pertahanan PDRM FC […]
Liga Super: Selangor Longlai Dikejutkan PDRM

Hasrat Selangor mencipta kemenangan mudah ke atas PDRM hari ini tidak kesampaian. Ini selepas skuad Merah Kuning dikejutkan The Cops 1-0 di Stadium MBPJ. Dengan reputasi PDRM sebagai pasukan yang liat untuk ditewaskan, Selangor menurunkan barisan terkuat bagi mendepani anak-anak buah Azzmi Aziz. Dan sebaik sepak mula, anak-anak buah Tan Cheng Hoe mula mengasak kubu […]
Liga Super: Kelantan Makin Parah, Tewas Kepada PDRM

Kelantan terus bergelut mencari rentak kemenangan di bawah bimbingan Frank Bernhardt. Kali ini, pasukan yang diberi jolokan The Red Warriors (TRW) itu dibelasah PDRM 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan seimbang untuk mencari gol pembukaan. Tetapi pasukan pelawat yang dibimbing Azzmi Aziz terlebih dahulu […]
Kerana Tarik Rambut, Giancarlo Gallifuoco & James Okwuosa Dihukum

Beberapa minggu lepas, perlawanan KL City-PDRM menarik perhatian penyokong disebabkan insiden tarik rambut membabitkan dua pemain import kedua-dua pasukan, Giancarlo Gallifuoco dan James Okwuosa. Dan semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menentukan tindakan disiplin ke atas dua pemain tersebut. Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Gallifuoco dan Okwuosa difahamkan telah dikenakan penggantungan satu […]
Esteban Solari Puji Kekentalan Pertahanan PDRM

Kemenangan 1-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas PDRM semalam dilihat kemenangan berharga bagi melebarkan lagi kelebihan mereka sebagai pendahulu liga. Di sebalik semua itu, jurulatih JDT, Esteban Solari turut memuji usaha pertahanan mantap yang dipamerkan lawan mereka di Stadium MBPJ. Biarpun menurunkan penjaga gol muda, Hakeem Hamidun, The Cops bermati-matian mempertahankan gawang mereka. Malah, […]
Statistik PDRM vs JDT ‘Menggerunkan’

Semalam, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM di Stadium MBPJ. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai penyokong ialah statistik percubaan ke arah gol yang dibuat pasukan pelawat terhadap Sang Saka Biru. Berdasarkan statistik, JDT melakukan 12 percubaan dengan sembilan daripadanya tepat ke arah gol. Bagaimanapun, hanya satu yang berjaya diterjemah […]
Debut Cemerlang Hakeem Hamidun Sekat Amukan JDT

Penampilan pertama penjaga gol PDRM, Hakeem Hamidun dalam kancah Liga Super Malaysia mendapat pujian ramai peminat bola sepak tempatan. Beliau buktikan kemampuan sebenar apabila diberi kepercayaan oleh pengendali PDRM, Azzmi Aziz untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan menentang pendahulu Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim. Pada babak pertama perlawanan, Hakeem bertindak cemerlang mengawal kubu Sang […]
Liga Super: JDT Menang Tipis Atasi PDRM

Aksi Liga Super LS9 hari ini melibatkan pertemuan antara pasukan PDRM dan Johor Darul Ta’zim (JDT). PDRM turun sebagai tuan rumah melayan kunjungan JDT di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan. Harimau Selatan dilihat lebih mendominasi perlawanan dengan 82% penguasaan bola sementara PDRM hanya mencatat 18% penguasaan bola. […]
Moral PDRM Pada Tahap Tertinggi Hadapi Serangan JDT

Menjelang aksi Liga Super PDRM menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini, jurulatih PDRM, Azzmi Aziz sedar pasukannya bakal berdepan tugas sukar. Tetapi dengan moral pasukan masih berada pada tahap tinggi, beliau percaya pasukannya mampu mencipta kejutan ke atas JDT malam ini. Ini merupakan kali kedua dua pasukan ini bertemu selepas perlawanan pusingan 16 pasukan […]
James Okwuosa Bantu PDRM Tidak Jadi Mangsa Belasahan JDT

Ramai tidak akan berpuas hati dengan taktik ‘roadbloack’ yang digunakan PDRM terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA semalam. Tetapi itu semua tidak akan terjadi tanpa sumbangan besar bek tengah import mereka, James Okwuosa. Walaupun secara tidak langsung menyumbang kepada gol ketiga JDT, secara keseluruhannya, bek tengah Nigeria itu […]
Tano Solari: JDT Kena Beradaptasi Dengan Taktik Membuang Masa Lawan

Semalam, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan status sebagai pasukan pilihan Piala FA dengan mengalahkan PDRM 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim. Tetapi pada babak kedua, JDT dihampakan dengan taktik ‘roadblock’ pelawat termasuk kerap membuang masa – satu perkara yang menjengkelkan jurulatih mereka, Esteban Solari. Bukan sekali ancaman serangan JDT berjaya dipatahkan barisan pertahanan The Cops yang […]
PDRM Lambatkan Permainan Untuk Elak Bolos Lagi?

Aksi pusingan 16 saingan Piala FA malam semalam menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim cemerlang menewaskan pasukan PDRM dengan keputusan 3-0. Walaupun berjaya meraih kemenangan bergaya, rata-rata peminat JDT tidak puas dengan tiga jaringan yang diledak Harimau Selatan. Mereka yakin bahawa JDT mampu menjaring lebih banyak gol namun terpaksa akur dengan strategi The Cops yang dilihat […]
Piala FA: JDT Mara Ke Suku Akhir, Mudah Tewaskan PDRM

Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati status sebagai pasukan pilihan dengan mara ke suku akhir Piala FA. Ini selepas mereka berjaya mengatasi PDRM 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Sebaik sepak mula, Harimau Selatan mula mengasak dan memperoleh gol pertama menerusi Bergson da Silva pada minit ketiga. Sembilan minit selepas itu, derita The Cops semakin […]
PDRM Akui Tak Selesa Bertemu JDT

Perlawanan menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bukanlah sesuatu yang dinantikan PDRM. Hal ini turut diakui oleh jurulatih The Cops, Azzmi Aziz bahawa pihak lawan berada pada satu tahap berbeza dan mereka boleh saja menjadi mangsa belasahan seperti beberapa pasukan sebelum ini. Selain perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang JDT esok, Sang Saka […]
Fandi Ahmad Lega Walau Perlu Kerja Keras Tewaskan PDRM

Selepas tamat perlawanan menentang PDRM, kelegaan terpancar di wajah jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad. Ini kerana anak-anak buahnya terpaksa bekerja keras sebelum mencipta kemenangan ke atas The Cops di Stadium MBPJ malam tadi. Mengakui PDRM merupakan satu pasukan yang merbahaya, beliau melihat anak-anak buahnya berdepan kesukaran mengekang mereka. Sri Pahang bagaimanapun bertuah kerana mendahului pada […]