Liga Premier: Kelantan Pamer Kebangkitan Luar Biasa Tumbangkan PDRM

Pertembungan saingan Liga Premier yang melibatkan pasukan Kelantan dan juga PDRM berlangsung sengit dalam usaha meraih mata penting di Liga Premier. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 5 petang ini berkesudahan dengan kekecewaan buat PDRM apabila kehilangan 3 mata berharga. Kedua-dua pasukan saling bertukar serangan seawal minit pertama permainan apabila PDRM lebih […]

Mirbek Akhmataliev: Mesin Gol Buatan Kyrgyzstan Yang Tercipta Untuk PDRM FC

Menandatangani pemain import untuk sesebuah pasukan pastinya memerlukan penelitian yang lebih mendalam dan PDRM FC tidak ketinggalan untuk mendapatkan pemain import terbaik bagi mengharungi musim ini. Nama Mirbek Akhmataliev mengejutkan dunia bola sepak Kyrgyzstan apabila meninggalkan kelab yang beraksi di saingan utama negara tersebut dan menyertai PDRM FC yang beraksi di liga divisyen dua Malaysia […]

Dibanjiri Bakat Muda, Wan Rohaimi Sasar Lahirkan Bintang Bersama PDRM FC

Pada musim 2022, PDRM FC kekal bersaing di Liga Perdana namun kali ini ianya sedikit berbeza apabila skuad ini bakal ditunjangi rata-rata pemain yang masih muda. Ketua jurulatih PDRM FC, Wan Rohaimi Wan Ismail melaungkan keyakinan dengan potensi pemain-pemain muda dan tidak mahu bersandarkan kepada pemain-pemain yang sudah ada nama dalam kancah bola sepak tempatan. […]

Magis Wan Rohaimi Pacu PDRM, Kini 7 Perlawanan Tanpa Kalah

PDRM FC sebelum ini gagal memungut sebarang mata untuk 3 perlawanan pertama mereka dalam saingan Liga Premier. PDRM memulakan liga dengan kekalahan besar 0-3 kepada Selangor 2 dan meneruskan aksi longlai dengan kekalahan 0-2 kepada Kelantan United . Selepas aksi yang kurang memberangsangkan, pihak pengurusan mengambil keputusan drastik untuk mendapatkan khidmat Wan Rohaimi Wan Ismail […]

Liga Premier: PDRM Sekat Kemaraan Kelantan FC

Kelantan FC gagal meraih sebarang mata selepas tumpas 1-2 di laman sendiri menerusi jaringan lewat permainan Bruno Suzuki pada minit ke-83. Perlawanan Liga Premier ini dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad IV sebentar tadi untuk aksi Liga Premier musim 2021. Kelantan dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh PDRM pada minit ke-26 menerusi penalti yang disudahkan kapten PDRM […]

Terengganu FC Beri Amaran, Benam PDRM 3-0 di Kuala Terengganu

Terengganu beri amaran kepada pasukan Liga Super menerusi kemenangan bergaya 3-0 ke atas PDRM. Perlawanan pemanas badan tersebut diadakan di Kuala Terengganu sebagai persediaan sebelum bersambungnya perlawanan Liga Super selepas berehat panjang bagi memberi laluan kem kebangsaan menghadapi Pusingan Kelayakan Piala Dunia dan Asia di UAE. Terengganu menjaringkan gol awal menerusi jaringan Habib Haroon pada […]

Tottenham Secara Tiba-Tiba Ingin Skuad PDRM ‘Bangkit’

Tiada angin dan ribut dan secara tiba-tiba: “Masa untuk bangkit menebus maruah”, jelas laman Facebook rasmi kelab bola sepak dari London tersebut kepada pasukan PDRM yang bakal berhadapan Skuad Projek FAM-MSN pada 16 Mac ini. Agak pelik dan menghairankan untuk ucapan yang secara tiba-tiba tersebut dari sebuah laman Facebook dengan 21 juta pengikut seluruh dunia. […]