Piala Malaysia: Selangor Bangkit Belasah PDRM

Perlawanan Piala Malaysia melibatkan pertembungan PDRM dan Selangor FC berkesudahan dengan keputusan memihak kepada Selangor. Kedua-dua pasukan mempertaruhkan barisan terbaik dengan The Kops turun dengan dua pemain baharu iaitu Hadi Fayyadh dan Mario Arques. The Red Giants bagaimanapun menerima tamparan hebat apabila turun tanpa kelibat pemain sayap berbisa, Faisal Halim yang digantung. Perlawanan bermula dengan […]

Penyerang PDRM, Bruno Suzuki Peluk Islam

Penyerang PDRM FC berdarah Brazil-Jepun, Bruno Suzuki kini sah bergelar seorang Muslim hari ini. Ini selepas perkara ini dikongsikan oleh akaun media sosial rasmi PDRM FC. Beliau telah melafazkan dua kalimah syahadah di Masjid PULAPOL, Kuala Lumpur awal pagi ini di hadapan Ustaz Arif M. Rajoli. Ia turut disaksikan oleh YDH SAC Noor Hisam Nordin, […]

Mario Arques Sah Sertai PDRM

Bekas kapten Kelantan FC, Mario Arques akhirnya sah melengkapkan perpindahan ke pasukan Liga Super, PDRM FC sebelum tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) ditutup tengah malam ini. Pengumuman perpindahan beliau dibuat Sang Saka Biru menerusi laman media sosial mereka termasuk X lebih sejam yang lalu. Perpindahan ini menjadikan Arques sebagai rekrut kedua yang menyertai […]

Hadi Fayyadh Sah Sertai PDRM

Penyerang muda Perak FC, Hadi Fayyadh Abdul Razak sah menyertai PDRM FC secara pinjaman sehingga akhir musim ini. Sebelum ini, sudah ada ura-ura yang mendedahkan pengurusan The Cops berminat membawa bekas pemain Fagiano Okayama itu. Kini, perpindahan tersebut disahkan menerusi laman media sosial rasmi Sang Saka Biru. Malah, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi turut mendedahkan […]

Sabah vs PDRM: Skuad Muda Sabah Tewas Mengejut Kepada PDRM

Skuad muda Sabah seakan tidak percaya apabila mereka tunduk 1-0 kepada PDRM FC dalam aksi Piala MFL hari ini. The Cops tidak menunggu lama membuka jaringan menerusi pemain pertahanan Abdul Hadi Hasbollah pada minit ke-21. Tersentak, skuad Badak cuba bangkit memburu gol penyamaan tetapi keputusan 0-0 kekal sehingga rehat. Bersambung pada babak kedua, ubi muda […]

PDRM vs Terengganu: Terengganu Kena ‘Roadblock’ PDRM

Terengganu FC hanya mampu meraih satu mata hari ini selepas diikat PDRM FC tanpa jaringan di Stadium MPBJ. Bagi merobek benteng Sang Saka Biru yang kental, Tomislav Steinbruckner memberi kemunculan pertama kepada pemain import Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov. Tetapi benteng pertahanan The Cops yang diterajui James Okwuosa berupaya menyerap setiap asakan yang dicipta pasukan pelawat. Peluang […]

PDRM ‘Gari’ Skuad Muda Kedah

Pasukan Liga MFL, PDRM FC melunaskan dendam semalam apabila berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas skuad Kedah B. Pertembungan yang berlangsung di Stadium Alor Setar, Kedah itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Kedah dilihat bergelut untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tidak mendapat rentak yang diharapkan. Keadaan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak […]

PDRM Vs Kedah: Dua Gol Penalti Pastikan Maruah Kedah Tak Dicalar PDRM

Pertembungan antara pasukan PDRM menentang Kedah Darul Aman FC berkesudahan dengan kemenangan milik pasukan pelawat. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dan memulakan perlawanan dengan tempo yang agak baik. Anak didik Nafuzi Zain terlebih dahulu memulakan percubaan menerusi pemain sayap lincah, Al-Hafiz Harun namun dinafikan penjaga gol tuan rumah. Aksi lesu kedua-dua pasukan menyebabkan perlawanan terikat […]

Kapten Kelantan Bakal Sertai PDRM?

Selepas meninggalkan Kelantan FC secara persetujuan bersama, Mario Arques bakal beraksi dengan satu lagi kelab Liga Super. Pemain tengah Sepanyol itu dikhabarkan bakal menyertai PDRM FC. Khabar perpindahan ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi beberapa jam lepas. Rundingan antara Arques dengan pengurusan Sang Saka Biru dilaporkan lancar dan kini berada di peringkat akhir […]

Azmi Muslim Terima Keputusan PDRM FC Seadanya

Beberapa hari lepas, ramai peminat bola sepak terkejut dengan keputusan PDRM FC merehatkan jurulatih Azzmi Aziz dan melepaskan kapten mereka, Azmi Muslim. Tetapi bekas pemain pertahanan Harimau Malaya itu menerima keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan The Cops. Mengakui tidak tahu sebab dirinya dilepaskan, Azmi pada masa sama melihat jodohnya bersama Sang Saka Biru hanya […]

Liga Super: Perak FC 1-2 PDRM FC

Biarpun masih diasak berkenaan perihal jurulatih Azzmi Aziz yang direhatkan, itu langsung tidak menghalang PDRM FC daripada mencatat kemenangan 1-2 ke atas Perak FC. Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah beberapa kali mendapat peluang menjaringkan gol. Malangnya, mereka banyak kali terperangkap dengan perangkap ofsaid yang dibuat The Cops. Peluang terbaik mereka hadir menerusi sepakan jarak […]

CEO PDRM FC Ada Sebab Kukuh Pecat Ketua Jurulatih & Kapten Pasukan Serta Merta

Seperti dijangka, ramai menganggap keputusan PDRM FC merehatkan jurulatih Azzmi Aziz dan melepaskan kapten Azmi Muslim sebagai mengejutkan. Tetapi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Cops, ASP Mohamad Hafiz Zainal Abidin menyatakan kelab ada sebab mengambil tindakan tersebut. Pengurusan The Cops melihat kekalahan tujuh kali berturut-turut yang dialami pasukan sejak April sebagai punca Azzmi direhatkan. Pengurusan […]

Giliran Azzmi Aziz Pula Direhatkan PDRM

Tatkala pasukan-pasukan Liga Super sibuk membuat persiapan bila saingan liga bersambung pada 23 Jun, PDRM FC pula membuat kejutan semalam. Ini selepas Sang Saka Biru memutuskan untuk merehatkan jurulatih mereka, Azzmi Aziz serta-merta. Keputusan ini mengejutkan ramai penyokong bola sepak disebabkan pencapaian Azzmi membimbing The Cops ke kedudukan kelapan liga. Di bawah bimbingannya, PDRM FC […]

Bintang Liga Premier Iraq Jadi Buruan PDRM FC

Dengan tetingkap kedua pasaran perpindahan bakal dibuka pada Julai ini, pasukan-pasukan Liga Super sudah mula merancang memperkuat pasukan masing-masing. PDRM FC dikhabarkan sedang memburu penyerang Liga Premier Iraq, Okiki Afolabi. Walaupun dibarisi dua penyerang import iaitu Uche Agba dan Bruno Suzuki, Sang Saka Biru hanya merekodkan 14 gol dalam liga. Justeru, pengendali PDRM FC, Azzmi […]

“Seluruh Penyokong Bola Sepak Terkejut Selangor Kalah Dengan PDRM” – Zainal Abidin

Bekas pemain Selangor, Zainal Abidin Hassan mengakui bahawa seluruh penyokong bola sepak terkejut dengan kekalahan Selangor menentang PDRM tempoh hari. Beliau merasakan rentetan kemenangan yang diperoleh Selangor seharusnya menjadi motivasi terbaik buat pasukan untuk membenam The Kops. Keadaan menjadi sebaliknya apabila anak didik Tan Cheng Hoe menampilkan aksi yang kurang memberangsangkan sekaligus ditundukkan oleh lawan. […]

Piala MFL: Skuad Muda JDT FC Robohkan ‘Roadblock’ PDRM FC

Ramai menjangkakan skuad muda PDRM FC pasukan yang liat disebabkan taktik ‘roadblock’ mereka. Tetapi Johor Darul Ta’zim (JDT) FC II berupaya merobohkan taktik berkenaan dengan melakar kemenangan 3-0 ke atas pelawat di Stadium Pasir Gudang. Biarpun The Cops dibarisi dua pemain import iaitu Jacque Faye dan Nnabuike Chijioke Chukwu, Harimau Selatan II langsung tidak gentar. […]