Challenge Cup: PDRM Tewaskan Cabaran KL Rovers

PDRM tenang menewaskan KL Rovers 3-0 untuk melangkah ke separuh akhir Challenge Cup. PDRM turun menentang KL Rovers dengan kelebihan agregat 2-1 di Stadium MBPJ. Uche Agba membuka jaringan pertama PDRM menerusi hantaran Mario Arques pada minit ke-34 permainan. Selang 2 minit kemudian, giliran Fakhrul Azim pula mencetak nama selaku penjaring apabila tandukan beliau hasil […]
Yunus Alif: Saya Berharap Pemain Dapat Belajar Dari JDT

Jurulatih PDRM FC, Datuk Yunus Alif berharap kejayaan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menjulang Liga Super musim ini dapat dicontohi anak-anak buahnya. JDT muncul juara selepas berjaya membelasah The Cops 4-0 di hadapan penyokong mereka sendiri hasil jaringan Bergson da Silva, Juan Muniz, Arif Aiman Hanapi dan pemain gantian, Fernando Forestieri. Yunus melihat kejayaan […]
Safawi Rasid Tampil Kelainan Buat JDT

Safawi Rasid menampilkan kelainan dalam aksi menentang PDRM apabila turun bermain dibahagian pertahanan. Safawi yang masuk menggantikan Corbin Ong pada minit ke-71 permainan mengisi posisi pertahanan kiri JDT dalam perlawanan tersebut. Ini adalah perkara baharu buat Safawi memandangkan beliau merupakan pemain serangan yang lebih dominan diposisi sayap kanan dan sayap kiri pasukan. Pemain berusia 26 […]
Liga Super: JDT Juara Liga Super 2023, Tewaskan PDRM

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya disahkan sebagai juara Liga Super 2023 selepas berjaya menewaskan PDRM FC 4-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan penguasaan bola lebih terarah kepada JDT. Manakala barisan pemain PDRM kental bertahan dengan kesemua pemain mereka berada di kawasan sendiri. Untuk 30 minit pertama perlawanan, JDT […]
PDRM Bakal Mudahkan Jalan JDT Julang Piala

Walaupun masih berbaki lima perlawanan liga, namun juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk menjulang trofi Liga Super musim ini. Ini bermakna perlawanan menentang PDRM FC malam ini menjadi penentu kejuaraan buat JDT. Di atas kertas, ternyata kelebihan menjadi milik JDT memandangkan mereka belum pernah tewas dalam saingan domestik […]
Malam Kemuncak Kejuaraan Sedekad JDT Hampir Tiba

Detik yang ditunggu-tunggu untuk melihat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjulang kejuaraan bermakna Liga Super 2023 bakal tiba tidak lama lagi. Skuad Harimau Selatan kini sedang menanti detik terbaik untuk melengkapkan dominasi sedekad dalam bola sepak Malaysia. Pasukan bimbingan Tano Solari kini hanya memerlukan satu mata dari baki lima perlawanan untuk merekodkan 10 […]
Tiket Aksi Malam Kejuaraan Sedekad JDT Sudah Mula Dijual

Dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal menjulang kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 esok, sokongan padu penyokong ditagih bagi menjayakan usaha tersebut. Atas sebab itu, pengurusan Harimau Selatan mengumumkan penjualan tiket untuk perlawanan Liga Super menentang PDRM FC pada Rabu ini. JDT hanya memerlukan satu mata daripada lima perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan Liga […]
Skuad Muda Kedah Kalah Besar Dengan PDRM

Skuad muda Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B terus terperosok di tangga tercorot Liga Juara Piala MFL selepas tewas kepada PDRM FC 2-0 di Stadium MBPJ hari ini. Biarpun diperkuatkan dengan penjaring terbanyak mereka, Ebenezer Assifuah, The Cops langsung tidak gentar dengan cabaran Sang Kenari. Malah, tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi penyerang import […]
Challenge Cup: PDRM Benam Cabaran KL Rovers

PDRM berjaya menewaskan KL Rovers 2-1 dalam aksi suku akhir pertama Challenge Cup. Penyerang utama PDRM, Bruno Suzuki membuka jaringan pertama perlawanan seawal minit ke-13 perlawanan setelah menerima lorongan Marcus Macauley. 11 minit kemudian, Nabil Ahmad Latpi berjaya menjaringkan gol kedua PDRM menerusi hantaran Fadi Awad. Tersentak dengan jaringan PDRM, KL Rover menggandakan serangan dan […]
PDRM Ditewaskan Kelab Indonesia, Persiraja Banda Aceh

Pasukan Liga Super, PDRM FC mempamerkan persembahan bertenaga untuk menundukkan cabaran kelab Liga 2 Indonesia, Persiraja Banda Aceh. Aksi yang berlangsung di Stadium Harapan Bangsa, Aceh itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam aksi ini. Bekas bintang Selangor FC, Andik Vermansyah sekali lagi diberikan lilitan kapten untuk mengetuai pasukan berdepan The Kops. Pada babak […]
Giliran PDRM Asah Taring Berdepan Kelab Indonesia

Selepas tewas kepada Selangor FC dalam aksi pra-musim baru-baru ini, Persiraja Banda Aceh mempergiat persiapan mereka dengan turun menentang PDRM FC esok. Perkara ini disahkan Sang Saka Biru menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi mereka hari ini. Seperti aksi menentang Merah Kuning pada 27 Ogos lalu, perlawanan Persiraja-PDRM bakal diadakan di Stadium Harapan […]
Yunus Alif Buat PDRM Sukar Digugat

Selepas dua perlawanan, PDRM FC tampak sukar digugat di bawah kendalian bekas jurulatih Sri Pahang FC, Dato’ Yunus Alif. Selepas mengejutkan Selangor FC dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia, giliran Penang pula jadi mangsa The Cops. Pasukan pelawat yang dibimbing Chong Hee Fat itu tunduk 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ […]
Piala Malaysia: Selangor Ketepikan Cabaran PDRM, Mara Ke Suku Akhir

Kemenangan agregat 5-3 ke atas PDRM FC sudah cukup untuk Selangor FC mara ke suku akhir Piala Malaysia 2023 biarpun tunduk 2-1 kepada pelawat dalam aksi kedua pusingan 16 kejohanan itu hari ini. Perlawanan ini dianggap istimewa kerana ini debut buat jurulatih baru The Cops, Datuk Yunus Alif. Begitupun, perlawanan ini tetap sukar lebih-lebih lagi […]
Yunus Alif Jurulatih Baru PDRM

PDRM FC akhirnya berjaya mencari pengganti jurulatih sebelumnya, Azzmi Aziz dengan membawa masuk legenda bola sepak negara, Dato’ Yunus Alif. Pengumuman ini dibuat Sang Saka Biru menerusi laman media sosial rasmi mereka hari ini. Sebelum ini, nama Yunus sudah dikaitkan dengan kerusi panas PDRM FC menerusi perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Ini merupakan tugas […]
Bruno Suzuki Kongsi Keterujaan Peluk Islam

Penyerang import PDRM FC, Bruno Suzuki mengakui amat gembira dan teruja selepas bergelar seorang Muslim kerana itu hasrat yang sudah lama terbuku di hatinya. Hasrat bekas penyerang Home United itu terlaksana apabila beliau mengucapkan dua kalimah syahadah dalam satu majlis ringkas di Masjid PULAPOL semalam. “Saya sudah lama menyimpan hasrat itu sebab saya menetap di […]
“Selangor Miliki Ramai Pemain Berkualiti” – Brendan Gan

Kapten Selangor FC, Brendan Gan melihat kehadiran ramai pemain berkualiti dalam pasukan itu memadamkan terus dakwaan mereka ialah one-man team. Susulan penggantungan sebulan yang perlu dijalani pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim, ramai menjangkakan Selangor FC akan bergelut tanpa kelibat beliau. Pada awalnya, sangkaan itu menjadi kenyataan apabila PDRM FC mendahului pada babak pertama menerusi […]