Pandangan Berbeza Tentang Gol Romel Morales Lawan Oman

Selepas Malaysia tewas 2-0 kepada Oman pada awal pagi tadi, satu perkara yang menjadi bualan hangat penyokong ialah gol Romel Morales yang dibatalkan pengadil. Gol yang disumbang Issam Al Sabhi dan Muhsen Al-Ghassani sudah cukup memastikan kemenangan buat tuan rumah. Bagaimanapun, gol Morales yang dibatalkan pengadil pada minit ke-80 menjadi bualan hangat penyokong. Skuad negara […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Kedudukan Terkini Malaysia Selepas Tewas Di Tangan Oman

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia terlepas peluang untuk menghuni kelompok 120 terbaik dunia selepas tewas di tangan Oman dengan keputusan 2-0. Skuad kendalian Kim Pan-gon menurunkan kesebelasan terbaik untuk mencari kemenangan ketika selepas menundukkan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Hasrat besar itu bagaimanapun tertangguh apabila pulang dengan kekecewaan dari Muscat, Oman selepas tuan rumah mendapat tiga […]

Malaysia Akur, Tewas Kepada Oman

Kempen kelayakan Piala Dunia 2026 diteruskan melibatkan pertembungan antara Malaysia dan Oman bagi saingan Kumpulan D. Oman melayan kunjungan skuad Harimau Malaya di Stadium Sultan Qaboos. Babak pertama perlawanan menyaksikan Oman dirantai Malaysia apabila keputusan seri tanpa jaringan dicatat. Peluang terbaik buat Oman hadir pada minit ke-21 permainan apabila hantaran jauh pemain Oman menguji barisan […]

Pemain Malaysia Bebas Kecederaan 100% Bertemu Oman

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 awal pagi jumaat ini, kesemua 24 pemain Malaysia berada dalam keadaan baik dan bebas daripada kecederaan.  Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang mengesahkan bahwa tiada seorang pemain pun yang berlatih secara berasingan.  Ini merupakan perlawanan penting buat skuad Harimau Malaya untuk mencatatkan keputusan positif […]

Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia 2026: Oman vs Malaysia (Live Streaming)

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Oman dan Malaysia menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air. Aksi yang berlangsung di Muscat, Oman itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon turun dengan motivasi terbaik selepas merekodkan kemenangan 5-1 ke atas Nepal. Harimau Malaya bagaimanapun terpaksa berdepan dengan lawan yang menghuni tangga ke-80 dunia itu tanpa beberapa pemain […]

Oman Yakin Raih Kemenangan Ke Atas Malaysia

Jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy percaya barisan pemainnya mampu melakar kemenangan ke atas Malaysia pada awal pagi esok. Keyakinan itu dilaungkan jurulatih Republik Czech itu dalam sidang media pra-perlawanan yang diadakan di Muscat, Oman semalam. Silhavy percaya dengan persiapan rapi yang diatur sejak lapan hari lalu, Oman mampu menewaskan Malaysia dan merampas tampuk pendahulu Kumpulan D. […]

Aksi Oman & Malaysia Akan Disiarkan Secara Percuma Di Sukan RTM

Aksi kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 bakal menjadi tumpuan para peminat bola sepak tanah air tatkala pertemuan menentang pasukan di ranking ke-80 dunia iaitu Oman. Menerusi kenyataan di platform media rasmi Sukan TV RTM, perlawanan tersebut akan disiarkan secara percuma di saluran TV Okey, 146 Astro, 110 MYTV dan Sukan TV RTM. Perlawanan […]

Dion Cools: Ini Cabaran Kecil Kepada Malaysia

Kapten skuad senior Malaysia, Dion Cools mengakui faktor kecergasan bakal memberi cabaran menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman pada awal pagi Jumaat. Isu kecergasan pemain Harimau Malaya menggusarkan penyokong memandangkan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023 tamat pada Disember lalu. Dengan saingan Liga M musim 2024-2025 hanya bermula pada Mei ini, ramai […]

Kim Pan-gon: Pelan Sebenar Harimau Malaya Akan Muncul Lawan Oman

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menzahirkan keyakinan untuk melihat pasukannya memperagakan aksi terbaik berdepan Oman. Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 ini menjadi ujian berikutnya buat pengendali kelahiran Korea Selatan ini selepas mengharungi kempen yang amat baik di Piala Asia 2023. Harimau Malaya berjaya merekodkan satu mata ketika mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan […]

“Jangan Letak Harapan Tinggi Lawan Oman” – Syihan Hazmi

Penjaga gawang negara, Ahmad Syihan Hazmi mahu kekal berfikiran realisitik menjelang pertemuan berdepan Oman dalam aksi kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Menurut beliau, pasukan Oman kali ini agak berbeza setelah setelah berjaya merekrut jurulatih baharu yang sudah semestinya menggunakan taktikal yang baharu. Oleh itu, beliau tidak mahu meletakkan sebarang harapan yang […]

Ranking FIFA: Penantian Malaysia Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia Bakal Berakhir

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk memasuki ke kelompok 120 terbaik dunia menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Perlawanan yang bakal berlangsung di Muscat, Oman itu menyaksikan Harimau Malaya berpeluang untuk merekodkan kemenangan ke-3. Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon membawa 24 orang pemain dengan dua bintang berpengalaman, Matthew Davies dan Junior Eldstal terpaksa […]

Ini Senarai 16 Lokasi Tayangan Skrin Besar Aksi Malaysia & Oman

Sebagai tanda sokongan kepada pasukan Malaysia yang akan berdepan Oman, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan tayangan skrin gergasi di lokasi terpilih khas untuk para peminat bola sepak tempatan. Aksi skuad Harimau Malaya kali ini amat penting memandangkan pasukan negara kini dalam kedudukan terbaik untuk layak ke peringkat seterusnya Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala […]

Haqimi Azim Mahu Bawa Ilmu Kim Pan-gon Ke Doha

Penyerang muda negara, Haqimi Azim mahu berikan yang terbaik sama ada dalam skuad senior Malaysia mahupun dalam skuad junior. Haqimi Azim yakin pengalaman dan ilmu yang diraihnya sepanjang bersama skuad senior Malaysia mampu memberikan kelebihan apabila menyertai skuad junior bawah 23 tahun kelak. Haqimi turut mengakui kecederaan sedikit menganggu perancangannya namun tidak mahu menjadikan perkara […]

Matthew Davies & Junior Eldstal Disisihkan Dari Skuad Ke Oman

Dua watak penting Malaysia, Matthew Davies dan Junior Eldstal terpaksa disisihkan daripada skuad negara sebelum berlepas ke Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Perkara ini dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai keputusan untuk meninggalkan dua pemain berpengalaman negara ini atas faktor kecederaan. Hanya baki lapan pemain iaitu tujuh pemain dari Johor Darul […]

“Pemain Sedia Pamer Karakter Seperti Lawan Korea Selatan” – Paulo Josue

Pemain tengah menyerang, Paulo Josue menganggap Malaysia bersedia untuk terus bersaing di tahap tertinggi bertemu pasukan-pasukan kuat seperti di Piala Asia yang lalu. Paulo Josue bagaimanapun mahu fokus dalam aksi menentang Oman terlebih dahulu untuk mencerahkan laluan Malaysia untuk ke peringkat seterusnya. Jika Malaysia mampu melayakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi, skuad kebangsaan berpeluang […]

Brendan Gan Sertai KL City?

Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan kini dilaporkan telah menerima dua tawaran daripada kelab Liga Super. Brendan Gan masih berstatus ejen bebas sejak meninggalkan Selangor pada awal Februari lalu dan masih belum memutuskan tentang destinasi beliau yang seterusnya. Menurut wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran, terdapat dua kelab Liga Super yang menawarkan kontrak kepada Brendan Gan […]