Keyakinan Tinggi Bersama Terengganu Lonjak Motivasi Safawi Rasid

Penyerang pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid tekad memberikan yang terbaik menerusi keyakinannya yang tinggi untuk memastikan kejayaan memihak pasukan negara. Pemain berusia 27 tahun itu merupakan sebahagian daripada skuad yang dibawa ke Piala Asia 2023 di bawah kendalian Kim Pan-gon selain menjadi antara tunjang dalam skuad senior. Beliau yang baru sahaja melengkapkan perpindahan ke pasukan […]

Dua Posisi Utama Jadi Buruan Nooa Laine

Pemain tengah Harimau Malaya, Nooa Laine berkongsikan keinginan untuk beraksi diposisi tertentu untuk membuktikan kemampuan dirinya. Nooa Laine yang meraih kepercayaan Kim Pan-gon untuk membarisi jentera tengah negara bagi aksi menentang Oman kelak mahu memberikan yang terbaik dalam membantu Malaysia meraih kemenangan. Nooa Laine akan bersama-sama pemain seperti Syamer Kutty Abba, Mukhairi Ajmal, Stuart Wilkin, […]

Persaingan Terlalu Sengit, Nooa Laine Sasar Rebut Tempat Ke Oman

Perancang tengah muda negara, Nooa Laine optimis untuk memberikan yang terbaik bersama skuad kebangsaan sekiranya terpilih dalam senarai 25 pemain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Pemain berusia 22 tahun itu memilih untuk pulang ke Malaysia secara pinjaman apabila menyertai Selangor FC bagi saingan musim 2024/25. Bintang kelahiran Finland itu bagaimanapun optimis untuk terus membawa […]

“Sekiranya Saya Tak Berikan Yang Terbaik Lawan Oman, Saya Akan Dihentam” – Faisal Halim

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim mengakui bahawa beliau perlu menunjukkan prestasi terbaik bila turun menentang Oman nanti. Nama pemain sayap Selangor FC itu menjadi sebutan penyokong negara apabila memenangi undian Gol Terbaik Piala Asia 2023. Faisal mengakui selepas menggondol anugerah tersebut, beliau tidak merasai sebarang tekanan daripada penyokong. Bagaimanapun, pada masa sama, bekas pemain […]

Mukhairi Ajmal: Intensiti Latihan Malaysia Berubah Selepas Piala Asia

Pemain tengah Harimau Malaya, Mukhairi Ajmal mengakui intensiti latihan pasukan Malaysia telah berubah selepas kejohanan Piala Asia yang lalu. Malaysia kini dalam misi penting meraih kemenangan berharga dalam dua aksi berdepan Oman kelak bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya Kelayakan Piala Dunia 2026. Mukhairi Ajmal yang dipanggil memperkuatkan barisan tengah negara bersedia menyahut cabaran hebat […]

Stuart Wilkin Anggap Tuntutan Kim Pan-gon Amat Wajar

Perancang tengah pasukan negara, Stuart Wilkin yakin dengan kemampuan Malaysia untuk terus mempamerkan persembahan berkualiti dan memenuhi tuntutan Kim Pan-gon menentang Oman. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan watak penting Harimau Malaya terutamnya pada aksi Piala Asia 2023 di Qatar. Beliau menjadi pilihan ketua jurulatih, Kim Pan-gon apabila diturunkan dalam ketiga-tiga aksi peringkat kumpulan di […]

Brendan Gan Tarik Tali Tentang Kelab Barunya

Pemain tengah negara, Brendan Gan masih bermain tarik tali tentang kelab barunya setelah meninggalkan Selangor pada awal Februari lalu. Brendan Gan mahu fokus terhadap skuad kebangsaan terlebih dahulu setelah meraih kepercayaan ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon untuk menyarung jersi Harimau Malaya berdepan cabaran Oman. Jodoh Brendan Gan bersama Selangor hanya berkekalan selama 4 tahun dan […]

Oman Umum Barisan 26 Pemain Ampuh Berdepan Malaysia

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Malaysia pada 21 Mac dan 26 Mac ini, Oman mengumumkan barisan 26 pemain mereka. Pengumuman ini disiarkan menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi Persatuan Bola Sepak Oman (OFA) hari ini. Oman yang mendapat sentuhan jurulatih baru dari Republik Czech, Jaroslav Silhavy memilih mengekalkan majoriti pemain yang […]

Tiket Aksi Malaysia & Oman Bermula Serendah RM5

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan harga tiket bagi aksi Kelayakan Piala Dunia di antara Malaysia dan Oman. Memerusi hantaran di laman instagram FAM, para penyokong boleh mendapatkan tiket perlawanan Malaysia menentang Oman dengan harga di antara RM 5 sehingga RM 80. Bagi tempat duduk terbuka, tiket dijual dengan harga RM 40 kepada para peminat […]

Gugurkan 5 Pemain Senior, Kim Pan-gon Ada Alasan Kukuh

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menzahirkan keyakinan dengan skuad yang dipanggil namun berkongsi sebab menggugurkan 5 pemain senior berdepan Oman. Harimau Malaya melalui kempen yang cukup baik di Piala Asia 2023 apabila menamatkan saingan dengan memperoleh satu mata. Skuad kebangsaan juga berjaya melakar kejutan untuk mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Pengendali […]

Kim Pan-gon Sasar Satu Mata Menentang Oman

FA Malaysia-kim pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon kekal optimis terhadap peluang Malaysia dalam meraih mata berharga menentang Oman kelak. Malaysia akan bertandang ke Oman terlebih dahulu untuk aksi ketiga Kumpulan D pada 22 Mac ini sebelum sekali lagi melawan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac kelak. Kim Pan-gon mengakui Oman bukanlah lawan yang […]

Malaysia Atur Aksi Pemanas Badan Berdepan Nepal

Skuad kebangsaan negara akan berdepan satu aksi persahabatan tertutup tidak lama lagi. Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon pada sesi latihan pertama Harimau Malaya menyatakan bahawa skuad negara bakal mengadakan satu aksi persahabatan berdepan Nepal. Perlawanan itu sebagai persediaan Malaysia sebelum mengharungi aksi sebenar berdepan Oman untuk kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. “Kita akan […]

Padang ‘Tip Top’, Aksi Malaysia & Oman Kekal Di SNBJ

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman akan kekal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan bahawa aksi Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Malaysia menentang Oman akan kekal berlangsung di Bukit Jalil. Perlawanan itu akan berjalan pada […]

Skuad Muda Oman Tewas Dua Aksi Berturut-Turut

Skuad muda Oman mengharungi tempoh yang sukar apabila tewas dua perlawanan berturut-turut. Aksi pertama menyaksikan pasukan muda Oman berdepan dengan lawan yang amat hebat iaitu Qatar dalam perlawanan yang berlangsung di Qatar. Aksi sengit itu bagaimanapun memihak kepada pasukan Qatar dengan keputusan tipis 1-0. Perlawanan kedua pula menemukan skuad b-16 Oman yang bertandang bagi menentang […]

8 Pemain Selangor Tambat Hati Kim Pan-gon

8 pemain Selangor berjaya menambat hati pengendali negara, Kim Pan-gon untuk bertemu Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu membuat percaturan baharu selepas menggugurkan 5 pemain senior bagi aksi berdepan Oman. Berdasarkan pengumuman 33 pemain oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Pan-gon membuat percaturan baharu dengan membawa gabungan pemain senior […]

Oman Masih Berahsia Barisan Pemain Lawan Malaysia

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Malaysia pada 21 Mac ini, Oman dilihat masih berahsia tentang barisan pemain yang bakal diturunkan. Ini sama sekali berbeza dengan Harimau Malaya yang telah mengumumkan senarai 33 pemain awal menyertai kem latihan skuad kebangsaan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Sebagai permulaan, liga utama Oman iaitu Oman […]