Malaysia Buntu, Tewas Kepada Oman Kali Kedua

Perlawanan kelayakan Piala Dunia pusingan kedua bagi aksi kumpulan D menyaksikan pertembungan di antara Malaysia menentang Oman di Stadium Bukit Jalil yang berakhir dengan keputusan 0-2. Seawal minit permainan, pemain paling bernilai ABK23, Arif Aiman hampir membuka jaringan pertama pasukan namun sepakannya berjaya diselamatkan penjaga gol Oman. Kedua buah pasukan masing-masing cuba untuk menguasai permainan. […]

Azam Azmi Alami Kecederaan Ngeri Di SNBJ

Pertahanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan ketika menentang Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Selasa. Pemain berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan ketika ingin merebut bola bersama salah seorang pemain Oman menyebabkan kaki kirinya keihatan ‘tersangkut’ di atas permukaan padang dan seakan terseliuh. Akibat daripada insiden malang itu, beliau […]

Keadaan Terkini Padang SNBJ Legakan Hati Rakyat Malaysia

Warga Malaysia boleh menghela nafas lega melihat keadaan terbaru padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menerusi video yang dikongsikan wartawan sukan TV3, Syakirah Zulkifly di Instagram Story, padang rumput jenis Zeon Zoysia itu kelihatan hijau dan sudah bersedia untuk aksi Malaysia-Oman malam ini. Keadaan terkini padang dijangka meredakan kerisauan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan […]

Hannah Yeoh Dedah Sebab Malaysia & Oman Dilarang Berlatih Di SNBJ

Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh tampil memberi penjelasan berkenaan status terkini padang di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dalam satu hantaran di laman media sosial rasmi miliknya hari ini, Hannah Yeoh menegaskan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil kini sudah sedia untuk digunakan. Tambah beliau, rumah keramat Harimau Malaya ini telahpun mendapat kelulusan daripada FIFA Match […]

Dion Cools Lega Bertemu Oman Sekali Lagi Dalam Tempoh Singkat

Pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools merasakan pertemuan dengan Oman pada esok 26 Mac adalah sesuatu perkara yang positif apabila ianya berlaku dalam tempoh yang singkat. Ini kerana bagi Cools, segala kesilapan yang dilakukan pada perlawanan lepas akan diperbetulkan segera dan berharap ianya tidak akan diulangi lagi. “Kami perlu perbetulkan sedikit kesilapan daripada perlawanan lalu, bagus […]

Ali Al-Busaidi Mahu Oman Tewaskan Malaysia Walau Apa Jua Keadaan

Pemain berpengalaman Oman, Ali Al-Busaidi bertekad mahu Oman menewaskan Malaysia dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti. Pemain berusia 33 tahun itu yakin pasukannya telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran Malaysia buat kali kedua. Aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil kelak amat penting buat kedua-dua pasukan dalam mencerahkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya […]

Jurulatih Oman Kongsi Keadaan Terkini Padang SNBJ

Keadaan terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang baik mengundang keresahan jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy. Jurulatih dari Republik Czech itu berhasrat ingin mencuba padang SNBJ semalam bagi membantu anak buahnya beradaptasi menjelang perlawanan menentang Malaysia. Malangnya, perkara tersebut tidak dapat direalisasikan. Ini selepas Silhavy dimaklumkan keadaan padang SNBJ belum berada pada tahap terbaik. […]

Jaroslav Silhavy: Kami Sudah Kaji Taktikal Malaysia Di Bukit Jalil

Jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy mengakui persiapan pasukan kendaliannya dalam keadaan baik menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa. Beliau yang ditemui ketika sidang media pra perlawanan menegaskan bahawa mental dan fizikal anak-anak buahnya kini di tahap terbaik bagi mengulangi kemenangan di Muscat minggu lalu pada pertemuan di […]

Kim Pan-gon: Satu Mata Lawan Oman Sangat Bermakna

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon optimis untuk memastikan pemain memberikan yang terbaik menjelang pertemuan dengan Oman Selasa ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu membantu kempen Kelayakan Piala Dunia yang amat cemerlang apabila merekodkan dua kemenangan awal menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei. Hasrat untuk meneruskan rentak itu bagaimanapun terhalang apabila Harimau Malaya tewas dengan keputusan 0-2 […]

“Oman Tidak Kuat Seperti Pasukan Yang Kita Lawan Di Piala Asia”

Bek tengah Malaysia, Shahrul Saad melihat skuad negara memiliki kelebihan bila berdepan Oman buat kali kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Selasa ini. Harimau Malaya terpaksa menelan kepahitan apabila tewas 2-0 kepada pasukan Asia Barat itu pada awal pagi 22 Mac lalu. Meskipun tewas, Shahrul melihat Oman tidaklah sekuat seperti dua pasukan yang […]

Corbin-Ong: Kekalahan Bertemu Oman Tidak Akan Berulang Lagi

Pertahanan kental Harimau Malaya, La’Vere Corbin-Ong optimis untuk membantu pasukan meraih kejayaan cemerlang berdepan Oman di laman sendiri. Pemain berusia 33 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan ketika menentang pasukan ke-80 dunia itu pada aksi di Muscat pada 22 Mac 2024. Harimau Malaya bagaimanapun tidak berpeluang untuk merakamkan kemenangan ketiga selepas dikecewakan oleh Oman […]

“Malaysia Boleh Belajar Dari Taktikal Oman”

Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin tekad untuk bangkit mencipta kemenangan dalam aksi menentang Oman pada Selasa kelak. Malaysia dijadual menentang Oman pada 26 Mac jam 10 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ketika ditemu bual Astro Arena selepas perlawanan tempoh hari, Stuart menjelaskan Malaysia perlu melupakan kekalahan 2-0 keatas Oman dan segera memperbaiki setiap […]

“Selepas Jaring Gol, Mereka Hanya Bermain Di Bawah” – Romel Morales

Biarpun skuad kebangsaan Malaysia tewas 0-2 kepada Oman dalam aksi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari, pujian perlu diberikan kepada barisan pemain yang sentiasa berusaha mencari gol walaupun ketinggalan. Bagi penyerang Malaysia, Romel Morales, beliau berbangga dengan sumbangan semua rakan sepasukan yang sudah pun memberikan yang terbaik bagi mencipta sesuatu di Muscat, Oman. Selain […]

Hans Isaac: Kita Jumpa 26 Mac Nanti

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac memilih berahsia tentang keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Beliau memilih berbuat demikian selepas tular imej yang didakwa imej terbaru padang SNBJ di media sosial sejak beberapa hari lepas. Imej tersebut didakwa menunjukkan padang SNBJ dilihat masih belum kembali ke tahap terbaik meskipun perlawanan Malaysia-Oman […]

Taktik Mudah Oman Berkesan Lawan Malaysia

Jurulatih Oman, Jaroslv Silhavy percaya taktik mudah yang diberikan kepada anak buahnya untuk menewaskan pasukan Malaysia berkesan. Keyakinan itu disuarakan jurulatih Repbulik Czech menerusi sidang media selepas perlawanan yang diadakan di Muscat, Oman pagi tadi. Silhavy menjelaskan perancangan yang dibuat sebelum ini adalah menggunakan corak permainan yang sesuai berdepan dengan pihak lawan. Meskipun mendahului dengan […]

Kapten Oman Akui Malaysia Lawan Yang Sukar

Kapten Oman, Mohammed Al-Musalami mengakui bahwa perlawanan menentang Malaysia bukan satu tugas mudah. Beliau percaya kemenangan yang kecapi ini adalah hasil tanggungjawab daripada setiap orang dalam pasukan. Semua pemain bekerjasama dengan baik.  “Saya mengucapkan tahniah kepada peminat Oman atas kemenangan itu. Perlawanan yang sukar dan ia tidak mudah sama sekali. “Sebagai pemain, kami mengambil tanggungjawab […]