Zamsaham Akan Bayar Gaji Penuh Pemain Jika Menang Perlawanan

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman hanya akan membayar gaji penuh para pemainnya sekiranya mereka mampu mencatatkan kemenangan seperti yang diminta. Perkara ini telah disuarakan olehnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya selepas terdapat rungutan daripada para pemaij yang tidak dibayar gaji penuh dan juga bonus KPI setakat ini. Menurut penjelasan Zamsaham, beliau akan membayar […]
Zamsaham Terbuka Dengan Tawaran Ambil Alih Kelantan

Walaupun sudah memberi peluang kepada mana-mana individu yang berminat mengambil alih pasukan Kelantan, tiada siapa yang menyahut cabaran pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham. Dan hari ini, beliau secara terbuka mempelawa mana-mana pihak yang berminat untuk mengemukakan tawaran. Ini selepas masih ada suara-suara yang memintanya melepaskan pasukan berikutan prestasi buruk pasukan dalam liga musim ini. […]
JDT Bakal Hantar Pemain Bantu Kelantan?

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berkemungkinan akan memberi peluang kepada pasukan Kelantan untuk menggunakan khidmat pemain mereka bagi memantapkan pasukan. Ura-ura ini mula diperkatakan selepas perkongsian pemilik kelab, Norizam Tukiman menerusi laman Facebook beliau hari ini. Individu yang mesra disapa Zamsaham ini memberitahu bahawa ada peluang buat pasukan The Red Warriors diperkuat […]
Kelantan Bersedia Wujudkan Kerjasama Dengan JDT

Susulan pertemuan pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pada 17 April lalu, ada berspekulasi beberapa pemain JDT bakal menyertai Kelantan secara pinjaman. Hari ini, beliau menjelaskan apa yang berlaku dalam pertemuan berkenaan. Zamsaham mendedahkan pertemuan yang diadakan di Kelab Polo Diraja Johor itu bertujuan […]
Kelantan Bakal Lakukan Rombakan Besar-Besaran

Susulan prestasi buruk Kelantan dalam Liga Super selepas sembilan perlawanan, pemilik pasukan Norizam Tukiman atau Zamsaham bersedia melaksanakan rombakan besar-besaran terhadap pasukan. Ini bagi memastikan pasukan bimbingan Frank Bernhardt itu dapat bangkit untuk baki kempen liga musim ini. Langkah tersebut bakal dilakukan selepas Zamsaham mengadakan sesi perbincangan dengan barisan jurulatih dan pengurusan kelab termasuk Bernhardt, […]
Zamsaham Batalkan Niat Jual Kelantan

Selepas memberi tempoh seminggu kepada mana-mana pihak yang berminat mengambil alih Kelantan, tiada siapa pun yang menyahut cabaran Norizam Tukiman atau Zamsaham. Atas sebab inilah, beliau mengambil keputusan untuk terus kekal sebagai pemilik pasukan The Red Warriors (TRW) itu. Ini kerana menurut beliau, ramai yang bersuara dan mengkritik tindakannya tetapi tiada yang sedia mengambil risiko […]
Peguam: Klausa Kalah 5 Perlawanan Tidak Boleh Digunakan

Isu dalaman yang membelenggu sebuah pasukan Liga Super ketika ini turut mendedahkan satu klausa yang disertakan dalam kontrak jurulatih iaitu pemecatan sekiranya pasukan tewas sebanyak lima kali. Tetapi menurut seorang peguam, klausa tersebut tidak boleh dikuatkuasakan. Peguam sukan Zhafri Aminurrashid berpandangan sedemikian kerana ia tidak akan diterima oleh mana-mana badan perundangan bola sepak termasuk Persekutuan […]
“Saya Tak Nak Campur Operasi” – Zamsaham

Temubual eksklusif Nadi Arena bersama pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau mesra dikenali sebagai Zamsaham semalam menjawab pelbagai persoalan yang menyelubungi pasukan berkenaan. Ini termasuk dakwaan wujudnya campur tangan beliau dalam pemilihan pasukan seperti didakwa ejen bekas jurulatih mereka, Choi Moon-sik. Sebagai pemilik The Red Warriors, beliau lebih suka memberi fokus kepada sisi kewangan dan perniagaan […]
Zamsaham Nafi Tak Jaga Kebajikan Pemain Kelantan

Susulan tindakan Kelantan merehatkan jurulatih Korea Selatan, Choi Moon-sik, pelbagai tuduhan dilemparkan oleh ejen jurulatih berkenaan, Jeong Myeong-ho terhadap pasukan itu. Antara tuduhan tersebut ialah Kelantan tidak menjaga kebajikan – satu tuduhan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham. Ini kerana aspek ini sentiasa dititikberatkan bagi memastikan ia tidak memberi kesan kepada […]
Tiada Laporan Prestasi Pasukan Punca Choi Moon-sik Direhatkan

Semalam, kecoh arena bola sepak Malaysia apabila pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengumumkan Choi Moon-sik direhatkan sebagai jurulatih. Hari ini, beliau mendedahkan pelbagai sebab mengapa bekas jurulatih Daejeon Citizen itu direhatkan. Dalam satu kenyataan di Facebook, antara sebab utama Moon-sik direhatkan ialah prestasi pasukan yang merudum termasuk siri kekalahan berturut-turut yang dialami Kelantan. […]
Kelantan Yakin Capai Kedudukan 10 Terbaik Liga Super

Kekalahan terbaru 4-2 di tangan Negeri Sembilan tempoh hari sememangnya mengecewakan ramai penyokong Kelantan. Tetapi bagi pemilik Kelantan, Norizam Tukiman, beliau masih percaya pasukan itu mampu mencapai kedudukan 10 terbaik Liga Super musim ini. Beliau tahu ramai kecewa dengan kemajuan pasukan yang dibimbing Choi Moon-sik itu. Ini kerana Kelantan setakat ini hanya mengumpul empat mata […]
Kelantan Bakal Panggil Semula Pemain Import Indonesia Perkuat Pasukan

Selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super, penilaian tentang keberkesanan tenaga import Kelantan sudah mula dibuat. Dengan sesetengah pemain import menunjukkan prestasi kurang memuaskan, pemilik pasukan, Norizam Tukiman bersedia memanggil semula awang import Indonesia, Natanael Siringoringo. Norizam atau mesra dikenali sebagai Zamsaham berpandangan langkah tersebut perlu demi memperkuat pasukan. Dengan pasukan kini menduduki tangga ke-10 liga, […]
Zamsaham Taruh Harapan Tinggi Terhadap Choi Moon-sik

Semalam, pengumuman perlantikan Frank Bernhardt sebagai Pengarah Teknikal Kelantan menamatkan spekulasi berkenaan kedudukan Choi Moon-sik. Dan bagi pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham, beliau masih percaya dengan keupayaan jurulatih Korea Selatan itu membimbing The Red Warriors. Setakat ini, Kelantan merekodkan satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan. Tetapi semangat juang yang ditunjukkan The Red Warriors […]
Kelantan Bakal Ada Pusat Latihan Sendiri Sebelum 2025

Dengan situasi kewangan Kelantan sudah stabil, pengurusan The Red Warriors mula fokus kepada pembinaan infrastruktur termasuk pusat latihan. Terbaru, pemilik pasukan Norizam Tukiman mendedahkan Kelantan bakal mempunyai pusat latihan sendiri sebelum tahun 2025. Dalam perkongsian terbarunya di Facebook, Norizam yang mesra dikenali sebagai Zamsaham berkongsi imej ilustrasi pusat latihan The Red Warriors yang sedang diusahakan. […]
“Carli De Murga Benar-Benar Cedera” – Zamsaham

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mendedahkan bahawa pemain pertahanan, Carli De Murga sememangnya mengalami kecederaan dan disebabkan itu tidak boleh diturunkan dalam aksi getir menentang JDT pada Sabtu. Beliau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham sekaligus menepis tanggapan bahawa Carli De Murga yang didapatkan dari JDT pada bulan lalu secara tiba-tiba terkena ‘penyakit misteri’ menjelang aksi […]
“Gaji Pemain & Jurulatih Semua Tiada Sangkut” – Zamsaham

Isu pemain dan staf pasukan tidak dibayar gaji pernah membelenggu Kelantan satu ketika dahulu. Tetapi sejak di bawah pemilikan usahawan terkenal, Norizam Tukiman, isu sebegini tidak lagi timbul sekaligus memberi suntikan moral kepada seluruh ahli pasukan The Red Warriors. Norizam yang mesra dikenali sebagai Zamsaham sentiasa berusaha memastikan pemain dan staf kejurulatihan menerima gaji mereka […]