Terkini: TRW Kelantan Tarik Diri Sertai Liga A1 Semi Pro

Pasukan Pantai Timur, Kelantan FC mengumumkan telah menarik diri daripada menyertai saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25. Pengumuman ini dibuat sendiri oleh pemilik pasukan itu, Norizam Tukiman menerusi satu hantaran di platform media sosial pasukan itu. Norizam yang turut dikenali dengan panggilan Zamsaham memaklumkan meskipun ini satu keputusan yang berat buat Kelantan, ia terpaksa […]

”20 Orang Je Dapat, Saya Tak Dapat Pun” – Khairul Helmi

Selepas pengumuman yang dibuat oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman mengenai tunggakan gaji yang berjaya diselesaikan secara beransur, seorang bekas pemain Kelantan meluahkan rasa tidak puas hatinya.   Pemain itu berusia 36 tahun, Khairul Helmi membuat kenyataan bahawa hanya 20 orang terawal sahaja yang mendapat pembayaran tunggakan daripada kelab. Ianya terhad, dan […]

Kelantan Terima Nafas Baru Di Liga Malaysia

Pasukan Pantai Timur, Kelantan FC menerima nafas baharu untuk terus beraksi di Liga Malaysia bagi musim 2024/25. The Red Warriors mengharungi musim yang cukup sukar selepas tersingkir daripada saingan Liga Super 2023 selepas berada di tangga tercorot. Beberapa watak utama juga sudah pun meninggalkan pasukan sekaligus menyaksikan rata-rata watak muda membarisi kesebelasan utama pasukan. Hasrat […]

Kelantan Sudah Jumpa Padang Latihan Baru

Kelantan FC sudah menemui padang latihan baru bagi memenuhi keperluan pasukan itu untuk baki kempen Liga Super musim 2023. Sebelum ini tular di media sosial jalan yang digunakan ke padang latihan mereka di Pejabat Pertanian Lundang, Kota Bharu ditutup. Ini mencetuskan kemarahan penyokong skuad Kijang kerana melihat pasukan kesayangan mereka itu kembali diulit kontroversi. Bagaimanapun, […]

Zamsaham: Kelantan Di Hati

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham menegaskan pasukan itu akan sentiasa ada di hatinya. Beliau mengakui kecewa dengan kedudukan Kelantan ketika ini tetapi melihat ia sebagai satu proses untuk mereka bangkit dan kembali meraih kejayaan. Zamsaham juga akur dengan semua kecaman penyokong terhadap dirinya. Bagaimanapun, pada masa sama, beliau percaya lambat-laun segala tindakannya […]

Zamsaham: Saya Tahu Kelantan Akan Didenda

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham sedar akan nasib yang bakal menimpa pasukannya. Beliau menyaksikan pasukan miliknya dibelasah oleh juara bertahan Piala Malaysia, JDT di Stadium Sultan Ibrahim 10-0. Keputusan itu cukup pahit untuk ditelan tatkala The Red Warriors tewas 15-1 secara agregat. Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Zamsaham meluahkan kekecewaan yang […]

Sani Express Beri Bonus Khas Kepada Kelantan

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memaklumkan bahawa barisan pemain Kelantan mendapat bonus khas hasil kemenangan semalam, daripada Sani Express. Pasukan Kelantan telah memperoleh kemenangan yang kedua dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-0 semalam. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Zamsaham di laman sosial Facebook miliknya […]

Pelabur Persoalkan Zamsaham

Nama pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham kembali menjadi bualan hangat selepas dikatakan terlibat dalam penipuan pelaburan pendanaan awam. Perkara ini dikongsikan menerusi satu sesi sidang media bersama peguam dan pelabur yang mendakwa diri mereka ditipu oleh Zamsaham dalam pelaburan pendanaan awam di Kuala Lumpur. Meneusi penjelasan tersebut, terdapat beberapa […]

6 Pemain Baru Bakal Perkuat Kelantan FC

Pasukan Liga Super, Kelantan FC difahamkan akan membawa masuk 6 muka baharu pada jendela perpindahan kali ini. Umum mengetahui bahawa The Red Warriors berdepan dengan pelbagai masalah yang menyaksikan ramai tonggak utama angkat kaki meninggalkan pasukan. Hasrat penyokong Kelantan untuk melihat kebangkitan pasukan kesayangan mereka semakin bersinar apabila difahamkan pasukan akan membawa masuk tonggak baharu. […]

Dato’ Seri Vida Sudah Ada Tanah Untuk Dibangunkan Sebuah Pusat Latihan

Bukan sekali penyokong Kelantan FC mendengar rancangan pengurusan pasukan memiliki sebuah pusat latihan sendiri. Kini, Dato’ Seri Vida membentangkan rancangan pusat latihan di mana pusat latihan itu akan dibina di tanah miliknya. Ini merupakan sebahagian daripada perancangan rapi beliau untuk memajukan Kelantan FC sekiranya proses pengambilalihan pasukan berjalan lancar. Jika pemilik pasukan ketika ini, Norizam […]

Dato’ Seri Vida Janjikan Pusat Latihan Baru & Kemasukan Import Berkualiti Segera Untuk Kelantan FC

Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Dato’ Seri Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida (DSV) memaklumkan masih belum menerima maklum balas dari pihak pengurusan Kelantan berkaitan perbincangan lanjut pengambilalihan Kelantan FC. Menurutnya, pihaknya masih menunggu maklum balas dan beliau serius dalam bab ini demi kelangsungan bola sepak Kelantan. “Buat masa […]

Zamsaham: Saya Bukan Terdesak Jual Kelantan

Semalam, dua entiti perniagaan sudah menyatakan minat mengambil alih Kelantan FC. Bagi pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham, sebarang tawaran yang dibuat akan dinilai terlebih dahulu agar ia bersifat menang-menang kepada semua. Ini kerana buat masa ini, beliau dilihat selesa mengendalikan pengurusan pasukan yang diberi jolokan The Red Warriors (TRW) itu. Malah, beliau mahu memastikan […]

Pusat Latihan Kelantan Bakal Jadi Realiti

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Kelantan bakal memiliki pusat latihan sendiri. Norizam atau lebih dikenali dengan sapaan Zamsaham memaklumkan pusat latihan The Red Warrior bakal dibina diatas tanah seluas lapan ekar. Lokasinya terletak di bersebelahan Padang Polo di Pengkalan Chepa. “Tanah seluas lapan ekar di sebelah padang polo, Pengkalan Chepa […]

Norizam Tukiman Mahu Bina Padang Latihan Sendiri Jika Menang Kes Saman KAFA

Dengan pelbagai isu yang membelenggu Kelantan ketika ini, pemilik kelab, Norizam Tukiman bukanlah orang popular dalam kalangan penyokong. Di sebalik semua itu, beliau berharap dapat membina padang latihan The Red Warriors (TRW) sekiranya memenangi kes saman dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Setahun lepas, Norizam mendedahkan bahawa beliau telah menyaman entiti tersebut. Ini selepas KAFA […]

Zamsaham: Saya Nak Cari Duit Susah, Biarlah Berbaloi Dengan Kemenangan

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman tampil menjelaskan berkaitan isu tunggakan gaji yang sedang melanda pasukan Kelantan. Beliau menjelaskan bahawa memang benar ada isu tunggakan gaji sebelum ini, bagaimanapun ia telah dilunaskan secara berperingkat dalam bulan yang sama. Beliau menegaskan semua pemain Kelantan mendapat gaji penuh seperti yang telah ditetapkan. “Salam semua penyokong TRW yang dikasihi. […]

Norizam Tukiman Anjur Majlis Makan Bersama Penyokong Kelantan

Dengan Kelantan kini terumbang-ambing di kedudukan kedua tercorot Liga Super, ini bukan sesuatu yang positif buat penyokong The Red Warriors (TRW). Ditambah dengan pelbagai isu dalaman yang membelenggu kelab, ramai mengharapkan majlis makan yang akan dianjurkan pemilik kelab, Norizam Tukiman mampu merungkai semua persoalan yang timbul. Ini selepas Norizam atau mesra dikenali sebagai Zamsaham mengumumkan […]