“Selepas Kesusahan Akan Datang Kesenangan” – Zamsaham

Selepas dua kali diaibkan dalam dua perlawanan awal Liga Super, Kelantan berada di tangga tercorot liga. Tetapi bagi pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau mesra dikenali sebagai Zamsaham, beliau percaya pasukan ini dapat bangkit semula dan membuktikan keupayaan mereka. Dua perlawanan awal Liga Super menyaksikan The Red Warriors tunduk 2-1 kepada Kuching City dan dibelasah Sri […]
Zamsaham Buka Mulut Tentang Kekalahan Pertama Kelantan

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham tampil menjelaskan keadaan susulan kekalahan pertama pasukannya di Liga Super musim ini. The Red Warriors terpaksa menelan hakikat apabila tidak dapat mengekang kebangkitan Kuching City sekaligus tewas 1-2 di hadapan penyokong setia di Kota Bharu. Walau bagaimanapun, Zamsaham tampil menyatakan bahawa para penyokong sendiri […]
Zamsaham Bocorkan Rahsia Taktikal Kelantan

Kelantan FC akan memulakan kempen Liga Super 2023 petang ini menentang Kuching City FC. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung 5.30 petang ini akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Namun begitu, beberapa jam sebelum sepak mula ada pendedahan eksklusif yang dibuat pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham. Pendedahan tersebut adalah mengenai taktikal […]
“Orang Gila Sahaja Berani Ambil Kelantan” – Zamsaham

Di bawah pemilikan usahawan terkenal Norizam Tukiman, pasukan Kelantan kini berada pada kedudukan yang kukuh. Tetapi bila mengenang semula usaha pengambilalihan The Red Warriors yang dimuktamadkan pada 3 September 2020, beliau menyifatkan hanya orang gila yang berani ambil pasukan berkenaan. Menurut Norizam, sebelum Kelantan diambil alih olehnya, pasukan tersebut bukan saja berdepan masalah hutang yang […]
Bekas Pertahanan La Liga, Miguel Cifuentes Rasmi Sertai Kelantan

Bekas pemain pertahanan La Liga, Miguel Cifuentes secara rasminya menyertai gergasi Pantai Timur, Kelantan FCz Pemain berusia 32 tahun itu merupakan antara pemain berprofil tinggi yang pernah dimaklumkan oleh pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham akan memperkuatkan pasukan. Hal ini telah pun disahkan olehnya sendiri apabila pemain kelahiran Sepanyol itu secara rasminya bakal mengisi kuota […]
Pemain Import Kelantan Terima Ugutan Bunuh

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan individu daripada penyokong Kelantan. Difahamkan, pemain import baharu Kelantan, Christian Mangaron Rontini menerima ugutan bunuh di Instagram miliknya sendiri. “Saya amat terkejut dan kecewa dengan tindakan Fans Kelantan yg menghantar ugutan bunuh kepada pemain baru Kelantan FC Christian Mangaron Rontini. “Sepatutnya sebagai penyokong yang bijaksana […]
Zamsaham Sambut Baik Usaha MFL Adakan Perlawanan Waktu Siang

Ramai pihak memberi reaksi positif terhadap usaha MFL mengadakan perlawanan pada waktu siang. Terbaru, pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham turut memuji langkah yang diambil MFL. Mengikut pengumuman MFL beberapa hari lepas, perlawanan waktu petang di Semenanjung Malaysia bakal diadakan pada 5.15 atau 5.30 petang. Sementara untuk perlawanan di Sabah dan Sarawak, perlawanan diadakan sekitar […]
Kelantan Bakal Miliki Padang Latihan & Pusat Pemulihan Sukan Sendiri

Pasukan Kelantan FC bakal memiliki padang latihan baharu dan pusat pemulihan sukan sendiri. Pemilik kelab, Norizam Tukiman atau lebih mesra disapa Zamsaham dalam satu kenyataan pada semalam memaklumkan bahawa pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu bakal menyediakan kemudahan fasiliti sukan terbaik untuk para pemain. Dalam satu hantaran Bos Zam di Facebook miliknya, beliau menjelaskan […]
Zamsaham Mahu Kelantan Miliki Pesawat Sendiri

Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham sentiasa mencari jalan untuk membawa pasukan ke tahap lebih tinggi. Terbaru, beliau mendedahkan keinginan pasukan bergelar Red Warriors itu untuk memiliki pesawat sendiri. Dengan adanya pesawat milik mereka, ia dapat memudahkan pergerakan pasukan terutama ke sebelah Sabah dan Sarawak. Selain itu, ia dapat menjimatkan kos berbanding kos menggunakan penerbangan […]
‘Kaki Kaca’ Punca Zamsaham Lepaskan Tiga Import Kelantan

Tindakan Kelantan FC melepaskan tiga pemain import mereka musim lalu iaitu Kenta Hara, Nixon Guylherme dan Felipe Hereda menimbulkan tanda tanya dikalangan penyokong ‘The Red Warriors’. Namun segala yang berlaku sudah tentu mempunyai sebab yang tersendiri. Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham, menyifatkan ketiga-tiga pemain import itu merupakan pemain yang bagus […]
Kelantan Sambar Import Elit, Miliki Kaps Bersama Pasukan Kebangsaan

Kelantan FC membuat persediaan rapi apabila dilaporkan menyalin semula pemain import sedia ada dengan muka baharu bagi musim 2023. Perseembahan kurang memberangsangkan pemain import musim ini menyaksikan pemiliknya, Norizam Tukiman hanya mengekalkan seorang pemain import iaitu Kervens Belfort. Beliau juga turut memanggil semula pemain sayap lincah, Nathanael Siringoringo bagi menajamkan lagi jentera serangan pasukan. Walau […]
Bintang Muda Indonesia Pulang Semula Ke Pangkuan Kelantan

Pemain muda Indonesia, Nathanael Siringoringo dilaporkan akan membuat kepulangan bersama pasukan Kelantan FC. Bintang berusia 23 tahun itu dipinjamkan kepada sebuah pasukan Liga 1 Indonesia, Dewa United bagi saingan musim ini. Walau bagaimanapun, beliau difahamkan akan kembali ke bumi Che Siti Wan Kembang apabila pemilik kelab, Zamsaham mengesahkan perkara tersebut. Ini juga memberi gambaran bahawa […]
Zamsaham: Kalau Kelantan Tak Tercorot Tahun Depan Bagaimana?

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengajukan semula persoalan kepada peminat yang meragui kemampuan pasukannya menjelang saingan musim 2023. Beliau yang mesra dikenali sebagai Zamsaham itu nyata kurang senang dengan sikap segelintir penyoking yang sering memandah rendah terhadap keupayaan pasukan The Red Warriors. Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Zamsaham memaklumkan bahawa hampir separuh pemain yang […]
“Mereka Sedang Kerja Dalam Diam” – Zamsaham

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman menyatakan bahawa hampir 70 peratus pemain Kelantan musim lepas akan kekal bersama bagi musim 2023. Beliau memaklumkan telah berhubung dengan jurulatih PJ City, P. Maniam dan ada perbincangan dilakukan. Namun, setakat ini masih belum ada keputusan muktamad dikeluarkan. “Dalam 60% -70% pemain TRW akan kekal. “Jurulatih P. Maniam saya sendiri […]
Zamsaham Mahu Sunting P. Maniam

Bekas ketua jurulatih PJ City, Maniam Pachaiappan (P. Maniam) bakal disunting pemilik Kelantan, Norizam Tukiman (Zamsaham) selepas jurulatih berumur 54 tahun itu sebelum ini secara terbuka menyatakan minat sertai Kelantan. Zamsaham menerusi satu hantaran di Facebook menunjukkan keterujaannya terhadap minat P. Maniam tersebut dan tidak menyangka bekas pengendali PJ City itu menyimpan hasrat untuk berbakti […]
Zamsaham: Nak Pakai Jurulatih Import Ke Lokal ?

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman telah pun bertanya kepada para penyokong pasukan berkenaan jurulatih yang bakal mengemudi pasukan musim hadapan. The Red Warriors kini berjaya melangkah ke Liga Super 2023 selepas bergelar naib juara Liga Premier di belakang JDT. Kelab juga telah pun membuat keputusan untuk memberikan peranan baharu kepada ketua jurulatih, Rezal Zambery Yahya selepas […]