Info Siaran Langsung Negeri Sembilan vs Terengganu | Liga Super 2023

Pertembungan antara pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu mencuri tumpuan menjelang aksi Liga Super 2023 malam ini. Anak didik Tomislav Steinbrückner mahu meneruskan rentak cemerlang selepas berjaya memberi tiga mata pertama kepada pasukannya ketika menewaskan PDRM tempoh hari. Bukan itu sahaja, kunjungan ke Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi sudah tentu lebih bermakna untuk memanfaatkan prestasi Negeri […]

K. Devan Perjelas Falsafah Negeri Sembilan Musim 2023

Setiap pasukan bola sepak mempunyai falsafah bola sepak tersendiri. Bagi K. Devan, falsafah bola sepaknya mudah iaitu keseimbangan antara menyerang dan bertahan – sesuatu yang mahu dilihat dalam pasukan Negeri Sembilan musim ini. Musim ini menyaksikan skuad Hoben Jang Hoben hanya merekodkan dua keputusan seri dan kekalahan besar 7-0 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT). […]

Mark Goulon Sudah Sihat, Perkuat Negeri Sembilan Layan Kunjungan Terengganu

Pertahanan kental Negeri Sembilan, Mark Goulon sudah pun sihat sepenuhnya sekaligus memberi tonik tambahan kepada pasukan menjelang pertemuan dengan Terengganu. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan antara aset terbaik yang dimiliki oleh K.Devan dalam memacu cabaran pasukan untuk mengharungi musim panjang kali ini. Beliau bagaimanapun tidak dapat diturunkan dalam pertemuan menentang JDT tempoh hari yang […]

Mahali Jasuli Anggap K. Devan Faktor Utama Ke Negeri Sembilan

Selepas menyertai Negeri Sembilan musim ini susulan pembubaran PJ City, Mahali Jasuli dilihat tidak kekok mengisi slot bek kanan atau penyerang pasukan. Tetapi walaupun mendapat tawaran beberapa pasukan lain pada akhir musim lepas, Negeri Sembilan tetap dipilihnya atas sebab jurulatih K. Devan. Bekas bek kanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mendedahkan Devan mengintai khidmatnya seawal […]

Sikh Izhan Diperhatikan Kelab Eropah?

Penjaga gol muda berbakat Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel difahamkan pernah mendapat perhatian daripada kelab Eropah susulan prestasi memberangsangkannya sejak mula membuat kemunculan. Pemain berusia 20 tahun itu merupakan penjaga gol baru yang dibawa masuk oleh K. Devan bagi menggantikan posisi Syihan Hazmi yang berhijrah ke JDT. Beliau mempamerkan aksi yang cukup memukau setelah diberi […]

Venue Negeri Sembilan & KL City Diubah Ke Stadium Paroi

Sedikit perubahan telah dibuat untuk perlawanan Liga Super membabitkan KL City dan Negeri Sembilan. Pasukan Hoben Jang Hoben yang sepatutnya bertandang ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Sabtu ini sebaliknya menjadi tuan rumah kepada City Boys. Ura-ura tentang perubahan venue perlawanan sudah tersebar luas sejak petang tadi. Salah satunya menerusi ciapan wartawan Astro Arena, […]

Aksi Berani Sikh Izhan Terima Pujian Penyokong JDT & Negeri Sembilan

Kecemerlangan penjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel dalam aksi ketiga Liga Super 2023 antara Negeri Sembilan dan Johor Darul Ta’zim telah mendapat pujian penyokong. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Paroi itu menyaksikan JDT menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 7-0. Bagaimanapun, kecekapan yang ditampilkan penjaga gol berusia 20 tahun itu mendapat perhatian rata-rata peminat bola […]

Kenapa Tiada Herold Goulon? K. Devan Ada Jawapannya

Persoalan mengenai ketiadaan pemain import Negeri Sembilan FC, Herold Goulon terus menjadi tanda tanya dalam kalangan penyokong tatkala pasukan kesayangan mereka tewas ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi itu menyaksikan anak didik K. Devan tidak dapat menyaingi kekuatan pasukan Harimau Selatan apabila dibelasah dengan keputusan […]

K. Devan: Kami Perlu Lagi 10 Tahun Untuk Bersaing Dengan JDT

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan mengakui perlu lebih banyak masa untuk menandingi kekuatan Johor Darul Ta’zim (JDT) susulan kekalahan besar 7-0 di laman sendiri. Devan menyatakan bahawa ini merupakan pengajaran berguna kepada anak buahnya selepas bertemu dengan pasukan yang lebih baik. Malah, beliau yakin bahawa terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam usaha untuk […]

Liga Super: JDT Mengganas, Belasah Negeri Sembilan 7-0

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam aksi Liga Super apabila mencatatkan kemenangan berdepan Negeri Sembilan. Pertemuan yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik pada malam ini. Anak didik Tano Solari nyata dalam kelas tersendiri apabila membuka akaun menerusi tandukan penyerang berbisa, Fernando […]

Info Siaran Langsung Negeri Sembilan vs JDT | Liga Super 2023

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super, Negeri Sembilan dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berlangsung dengan cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan bertemu hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Paroi, Negeri Sembilan ini menyaksikan anak didik Tano Solari mahu mengekalkan momentum terbaik selepas menang dua aksi awal musim ini berdepan Terengganu dan KL City. […]

Liga Super: Penang Bergelut Diikat Negeri Sembilan

Hasrat pasukan utara tanah air, Penang melakar kemenangan pertama di gelanggang sendiri tak kesampaian hari ini. Ini selepas Harimau Kumbang diikat Negeri Sembilan tanpa jaringan di Stadium Bandaraya. Babak pertama menyaksikan insiden kecederaan yang dialami penjaga gol pelawat, Sikh Izhan Nazrel. Penjaga gol pinjaman Selangor itu mengalami kecederaan di kepala selepas kaki Rahmat Makasuf terkena […]

Insiden Pelanggaran Sikh Izhan Mengerikan, Dikejarkan Ke Hospital

Penjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan menjadi individu kedua diusung keluar susulan pelanggaran dengan pemain lawan. Pemain muda berusia 22 tahun itu kini menjadi sandaran utama setelah menggantikan posisi Syihan Hazmi yang berhijrah ke JDT. Namun begitu, aksi keduanya bersama skuad Jang diselangi dengan isiden yang kurang menyenangkan apabila beliau telah pun bertembung dengan pemain […]

Negeri Sembilan vs Sri Pahang: Kualiti Pemain Simpanan JDT Sebaik Pemain Utama

Mungkin tidak ramai yang perasan bahawa dari 22 pemain yang bermain di atas padang ketika perlawanan antara Negeri Sembilan FC dan Sri Pahang FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi ada enam pemain simpanan dan pinjaman Johor Darul Ta’zim beraksi dengan seorang lagi diletakkan di bangku simpanan. Tiga daripada mereka digunakan dalam kesebelasan Negeri Sembilan […]

Liga Super: Sri Pahang Curi Satu Mata Bertemu Negeri Sembilan

Negeri Sembilan membuka kempen Liga Super mereka dengan satu mata selepas sekadar seri 1-1 dengan Sri Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini. Sebaik sepak mula, skuad Hoben Jang Hoben yang mendapat sokongan padu penyokong di tempat sendiri melancarkan serangan ke atas pasukan pelawat. Hasilnya, tuan rumah mendahului menerusi penyerang import dari Brazil, […]

Debut Izham Tarmizi Bersama Sri Pahang Berakhir Dengan Tragedi

Kecederaan yang dialami oleh penjaga gol Sri Pahang, Izham Tarmizi sungguh mengerikan tatkala beliau terpaksa dikejarkan ke hospital dengan kadar segera. Aksi yang melibatkan pertembungan antara Negeri Sembilan dan Sri Pahang itu berlangsung dengan cukup baik sebelum insiden tersebut mengubah wajah perlawanan. Keadaan ini terjadi melibatkan pertembungan antara penjaga gol yang dipinjamkan dari JDT itu […]