Skuad Muda JDT Tewas Mengejut Kepada Negeri Sembilan

Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) FC III memulakan kempen Kumpulan E Piala Presiden dengan langkah kanan terbantut hari ini. Ini selepas anak-anak buah Gonzalo Sanz Zaballos dikejutkan Negeri Sembilan FC 2-1 di Stadium Mini Tampin. Biarpun beraksi sebagai pasukan pelawat, JDT FC III terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Muhammad Haiqal Khairuddin pada minit ketujuh. Tersentak, […]
Negeri Sembilan Umum Tak Tambah Pemain Baru Pada Jendela Perpindahan Kedua

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal dibuka pada 5 Julai ini, pasukan-pasukan Liga Super mula membuat persiapan mendapatkan pemain yang diidamkan. Tetapi Negeri Sembilan FC membuat langkah berbeza dengan mengumumkan tidak akan menambah pemain baru semasa tempoh tersebut. Langkah tersebut dibuat bukan saja mengambil kira kekangan kewangan yang membelenggu pasukan. Malah, pengurusan Hoben Jang Hoben mahu […]
Kekurangan Pemain Import Jejaskan Kekuatan Negeri Sembilan

Kekuatan kewangan Negeri Sembilan yang terbatas menyaksikan mereka hanya dapat mengikat khidmat empat pemain import jika dibandingkan pasukan-pasukan Liga Super lain. Dan kini, kekurangan tersebut menjejaskan keupayaan skuad Rusa bersaing termasuk dalam perlawanan suku akhir Piala FA 2023 pada Sabtu lepas. Hal ini disedari oleh bekas pemain Selangor, Asmawi Bakiri. Dengan Herold Goulon terpaksa berehat […]
Negeri Sembilan Terpaksa Lupakan Zaquan Adha

Selepas terpaksa melupakan khidmat bek tengah berpengalaman Herold Goulon akibat kecederaan jangka panjang, kini Negeri Sembilan terpaksa melupakan khidmat kapten mereka, Zaquan Adha Abdul Radzak. Ini selepas penyerang berusia 35 tahun itu mengalami kecederaan semasa bertemu Selangor dalam aksi Piala FA 2023 semalam. Zaquan tampil sebagai pemain gantian dengan harapan dapat membantu skuad Jang bangkit […]
Bintang Piala AFF Harimau Malaya Tinggalkan Selangor

Dengan tetingkap pasaran perpindahan kedua bakal menjelang tidak lama lagi, pasukan-pasukan Liga Super mula menentukan pemain mana yang patut dikekalkan. Dan semalam, Selangor bersetuju menamatkan kontrak pemain sayap Harimau Malaya, Nor Hakim Hassan secara persetujuan bersama. Perkara ini diumumkan Red Giants menerusi satu kenyataan di laman media sosial rasmi mereka semalam. Malah, ia turut didedahkan […]
Piala FA: Selangor Mudah Atasi Negeri Sembilan Untuk Ke Separuh Akhir

Selangor dipaksa bermandi peluh sebelum berjaya mara ke separuh akhir Piala FA 2023. Ini selepas Gergasi Merah berjuang mengatasi Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini. Sebaik sepak mula, pasukan pelawat yang dibimbing Tan Cheng Hoe terkejut apabila dibolosi seawal 36 saat. Bekas bek tengah Merah Kuning, Safuwan Baharudin menanduk masuk […]
Orang Besi Negeri Sembilan Perlu Berehat Panjang

Di sebalik kemenangan 2-1 ke atas wakil Lembah Klang, KL City semalam, Negeri Sembilan tempang tanpa beberapa tonggak termasuk bek tengah Perancis, Herold Goulon. Dan difahamkan, bekas bek tengah Blackburn Rovers itu kini berdepan tempoh pemulihan yang panjang di luar padang. Menurut wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, tahap kecederaan yang dialami beliau amat serius dan […]
Liga Super: KL City Kecewa Dikejutkan Negeri Sembilan

KL City gagal memanfaatkan sepenuhnya kekuatan kesebelasan utama mereka apabila tumbang kepada Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini. Perlawanan hari ini merupakan kesinambungan daripada perlawanan yang ditangguhkan pada 11 Mac lepas susulan hujan lebat dan keadaan padang stadium yang kurang memuaskan. Dengan aksi disambung pada minit ke-28, kedua-dua pasukan tampil dengan […]
Ong Kim Swee Akui Sukar Buat Sabah Beraksi Di Tempat Lawan Berturut-Turut

Selepas saingan Liga Super bersambung semula pada 31 Mac lalu, Sabah mengharungi tiga perlawanan di tempat lawan dengan hasilnya ialah dua kekalahan dan satu seri. Dan bagi jurulatih skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee, hal ini memberi kesukaran kepada anak-anak buahnya. Dua kekalahan yang direkodkan ialah kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City. […]
Liga Super: Sabah Terus Kemarau Kemenangan, Diikat Negeri Sembilan

Hasrat Sabah untuk bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut tidak kesampaian hari ini. Ini selepas anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee sekadar seri 1-1 dengan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Separuh masa pertama menyaksikan skuad Badak mendapat beberapa peluang keemasan mendahului tuan rumah. Badrol Bakhtiar melakukan sepakan kencang dari luar kotak penalti pada […]
Liga Super: Tandukan Afro Julang Selangor Tewaskan Negeri Sembilan

Perlawanan Liga Super 2023 malam ini menyaksikan Selangor melayan kunjungan Negeri Sembilan yang berkesudahan dengan keputusan 2-1 di Stadium MBPJ sebentar tadi. Perlawanan bermula rancak dengan Selangor memiliki peluang untuk menjaringkan gol seawal minit ke-10 melalui sepakan Ayron tepat ke arah gol, namun ditampan Sikh Izhan. Negeri Sembilan cuba mengatur serangan balas menerusi larian deras […]
Casagrande Perlukan Bantuan Di Negeri Sembilan

Bekas pengendali Selangor FC, B. Sathianathan menyatakan rasa kagum terhadap aksi yang dipamerkan oleh pemain import Negeri Sembilan, Casagrande namun yakin pemain itu masih perlu dibantu. Beliau yang pernah menyarung jersi Melaka dan Penang diberi peranan oleh K. Devan untuk mengemudi jentera serangan skuad Hobin Jang Hobin. Pemain berusia 37 tahun ini jelas memanfaatkan kelebihan […]
Liga Super: Negeri Sembilan Catat Kemenangan Dramatik Tewaskan Kelantan

Negeri Sembilan memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri apabila berjaya menundukkan Kelantan 4-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan gol pendahuluan. The Red Warriors menguji kecekapan penjaga gol tuan rumah, Sikh Izhan Nazrel menerusi percubaan Ismaheel Akinade seawal minit pertama tetapi ia berjaya ditangkap kemas penjaga gol […]
Negeri Sembilan Tak Mahu Lepaskan Tawaran Tukar Rumput Zeon Zoysia Secara Percuma

Susulan tawaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menaiktaraf rumput Zeon Zoysia di setiap stadium negeri di Malaysia secara percuma, wujud maklum balas positif berkenaan tawaran tersebut. Bagi kerajaan Negeri Sembilan, gagasan ini baik tetapi mereka memerlukan masa untuk melaksanakannya. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohamad Taufek Abdul Ghani, satu-satunya padang […]
“Saya Rasa Gol Kalau Ada VAR” – Shahrel Fikri

Pemain sayap Negeri Sembilan, Shahrel Fikri hampir menjaringkan gol pertamanya musim ini apabila sepakannya hanya menerjah palang gol lalu melantun keluar. Beliau berpendapat jika sistem VAR wujud pasti ledakanya itu dikira gol. Namun, beliau tetap bangga kerana berjaya membantu Negeri Sembilan bangkit menewaskan Terengganu. “Saya rasa gol kalau ada VAR, boleh lihat kalau ada. Walaubagaimanapun, […]
Liga Super: Negeri Sembilan Buat Terengganu Terduduk Di Paroi

Aksi Liga Super 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Abdul Rahman Paroi. Skuad Jang kembali bangkit dan mengutip tiga mata berharga apabila berjaya menewaskan Skuad Peteh dengan keputusan 2-1. Babak separuh masa pertama bermula dengan peluang terbaik hadir seawal minit pertama permainan buat pasukan pelawat menerusi Liridon Krasniqi. […]