Jersi Unik Negeri Sembilan Raih Perhatian Penyokong

Dengan perlawanan Liga Super mereka menentang Sri Pahang esok, Negeri Sembilan menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan jersi home mereka untuk Liga Malaysia (Liga M) musim 2023. Menariknya, video pelancaran jersi home mereka turut menggunakan khidmat legenda pasukan Hoben Jang Hoben, Khairil Zainal. Selain bekas bek tengah skuad Jang itu, kapten Zaquan Adha dan penyerang Shahrel […]

Safuwan Baharudin Milik Negeri Sembilan

Pemain kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin sah perkuat Negeri Sembilan bagi saingan Liga Super musim 2023.  Perkara ini diumumkan oleh Negeri Sembilan sebentar tadi. Safuwan Baharudin jadi pemain terakhir yang menyertai skuad Jang sebelum tamat jendela perpindahan. Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal di Twitter miliknya menyatakan perpindahan Safuwan yang sebelum ini tertangguh. Beliau merupakan pemain yang […]

Pendedahan Mengejutkan Negeri Sembilan Tentang Usia Sebenar Casagrande

Pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC mengesahkan usia sebenar pemain import baharu mereka, Anselmo Arruda Da Silva sebenarnya bukanlah berumur 32 tahun. Beliau yang juga merupakan pemain import ke-4 buat pasukan Jang ditagih untuk menajamkan lagi barisan serangan pasukan bagi menghadapi musim 2023. Walau bagaimanapun, usia beliau mendapat perhatian ramai selepas pihak pengurusan Negeri Sembilan […]

Zaquan Adha Optimis Kudrat Pemain Tempatan Bawa Cabaran Negeri Sembilan

Tidak seperti pasukan-pasukan Liga Super lain, Negeri Sembilan hanya diperkuat empat tenaga import. Tetapi bagi kapten Zaquan Adha, tiada yang mustahil bagi skuad Hoben Jang Hoben mengulangi pencapaian tempat keempat yang diraih pada musim lepas. Negeri Sembilan musim ini mengekalkan 16 pemain dari musim lepas termasuk bek tengah import, Herold Goulon. Tiga awang import baru […]

Negeri Sembilan Bakal Miliki Pemain Naturalisasi Pertama?

Pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC difahamkan berpeluang untuk memiliki pemain naturalisasi pertama pada musim 2023. Menerusi beberapa laporan, skuad Hobin Jang Hobin akan menambah bilangan pemain import selepas bekas bintang Penang FC, Casagrande akan menjadi import terbaru mereka. Pemain berusia 32 tahun itu terkenal dengan jolokan ‘kepala emas’ dan sering menjadi igauan pertahanan lawan […]

Negeri Sembilan Sambar Bekas Peledak Berbisa Penang

Ramai menyangka pencarian awang import Negeri Sembilan sudah berakhir dengan Levy Madinda dan Ezechiel N’Douassel. Tetapi hari ini, skuad Hoben Jang Hoben dikhabarkan akan merekrut bekas pemain Penang, Casagrande. Perkhabaran ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapan di Twitter hari ini. Casagrande dijangka bakal bergandingan dengan N’Douassel di bahagian serangan. […]

Pra-Musim 2023: Aura Cheng Hoe Bawa Selangor Tewaskan Negeri Sembilan

Selangor meneruskan persiapan pra-musim Liga Super dengan mencatat kemenangan 3-1 ke atas Negeri Sembilan dalam aksi persahabatan tertutup di Stadium MBPJ hari ini. Selepas jurulatih Tan Cheng Hoe merasa tidak puas hati dengan kualiti penyudah anak-anak buahnya dalam beberapa perlawanan pra-musim, barisan pemain diketuai Brendan Gan tampil lebih kemas kali ini. Babak pertama menyaksikan Selangor […]

Pra-Musim 2023: KL City Ikat Negeri Sembilan

Negeri Sembilan terus mempergiat persiapan pra-musim mereka menjelang saingan Liga Super. Ini selepas mereka diikat juara Piala Malaysia musim 2021, KL City 1-1 dalam aksi pra-musim di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Babak pertama menyaksikan anak-anak buah K. Devan diperkuat Levy Madinda, Herold Goulon dan Ezechiel Ndouasel dilihat mampu menyaingi anak-anak buah Bojan Hodak. Walaupun […]

Pemain Import JDT, Levy Madinda Sertai Negeri Sembilan

Selepas mengumumkan Herold Goulon dan Ezechiel Ndouasel sebagai pemain import mereka, Negeri Sembilan sedikit berahsia tentang identiti awang import ketiga mereka. Hari ini, Levy Madinda sah menjadi awang import terbaru skuad Hoben Jang Hoben. Hal ini disedari oleh ramai pengguna laman media sosial termasuk wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam apabila skuad Jang mengumumkan kesebelasan […]

Negeri Sembilan Lancar Pas Musim Serendah RM89

Dengan Liga Super bakal bermula tidak lama lagi, Negeri Sembilan mula sibuk menarik penyokong datang ke stadium. Hari ini, skuad Hoben Jang Hoben melancarkan pas bermusim pada harga serendah RM89. Anak-anak buah K. Devan amat mengharapkan kehadiran penyokong ke stadium sebagai ‘pemain ke-12’. Ini kerana Negeri Sembilan bakal beraksi sekurang-kurangnya 15 kali di Stadium Tuanku […]

Negeri Sembilan Laksanakan Permintaan K. Devan

Pasukan Negeri Sembilan mengumumkan bahawa akan menggunakan tiga pemain import bagi saingan Liga Super 2023 ini. Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Satwant Singh menyatakan bahawa pihak kelab akui kehadiran pemain import mampu menambah kekuatan pasukan untuk terus bersaing di peringkat tertinggi. “Pihak kelab sedar akan pentingnya pemain import dalam sesebuah pasukan. “Justeru itu, satu keputusan telah […]

Zaquan Adha Harap Negeri Sembilan Sambar Import ‘Gred A’

Tatkala pasukan-pasukan Liga Super memuktamadkan senarai pemain import mereka, Negeri Sembilan dilihat masih menilai siapa yang mahu dibawa masuk. Bagi kapten Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak, dia berharap pemain import yang dibawa masuk skuad Rusa berkualiti tinggi. Biarpun wujud spekulasi siapa yang bakal menyertai skuad Hoben Jang Hoben, pengurusan Negeri Sembilan masih belum menamakan atau […]

Negeri Sembilan Pertaruh 5 Import Hadapi Musim 2023

Tidak seperti sesetengah pasukan Liga Super yang merekrut ramai pemain import, Negeri Sembilan mengambil pendekatan berhemah. Untuk musim 2023, skuad kendalian K. Devan itu hanya membawa masuk lima pemain import selain 14 orang pemain baru tempatan. Devan yang juga pengurus pasukan menyatakan pengambilan pemain import akan ditentukan oleh kemampuan kewangan pasukan. Pada masa sama, identiti-identiti […]

Sikh Izhan Tinggalkan Selangor, Sertai Negeri Sembilan

Pencarian penjaga gol baru Negeri Sembilan menggantikan Syihan Hazmi Mohamed sudah berakhir. Ini selepas skuad Hoben Jang Hoben itu mengesahkan perpindahan Sikh Izhan Nazrel. Sikh Izhan menyertai Negeri Sembilan secara pinjaman semusim dari Selangor. Perpindahan pinjaman penjaga gol itu diumumkan kedua-dua kelab menerusi laman media sosial mereka. Sikh Izhan menjadi sebahagian daripada skuad Merah Kuning […]

Mahali Jasuli Sertai Negeri Sembilan

Selepas PJ City FC sah tidak beraksi dalam Liga Malaysia musim ini, ramai pemain mereka menjadi buruan banyak kelab. Dan hari ini, kapten dan bek kanan berpengalaman Mahali Jasuli sah menyertai Negeri Sembilan. Sebelum ini, sudah ada ura-ura menyatakan Mahali bakal berpindah ke skuad Hoben Jang Hoben. Hari ini, ia disahkan menerusi pengumuman perpindahannya di […]

Negeri Sembilan Tak Bimbang Hilang Dua Permata Ke Seteru Utama

Ramai penyokong Negeri Sembilan merasa gusar melihat pasukan tanpa dua tonggak utama, Khuzaimi Piee dan Syihan Hazmi untuk saingan Liga Malaysia musim depan. Ini selepas Khuzaimi sah menyertai Selangor dengan Syihan dikhabarkan bakal menyertai JDT. Tetapi bagi jurulatih K. Devan, mereka sudah mengenalpasti pengganti bersesuaian yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan kedua-duanya. Walaupun akan ada […]