Zaquan Yakin Pemain Negeri Sembilan Suka Main Bola Dalam Hujan

Ketua pasukan Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha merasakan musim hujan yang melanda negara kini bukanlah menjadi suatu masalah yang besar buat beliau dan rakan sepasukan. Ini kerana, bagi Zaquan sendiri, beliau melihat rakan sepasukannya sangat gemar beraksi ketika dalam keadaan hujan. “Walaupun sekarang ini musim hujan, ia tidak menjadi masalah kepada pasukan kerana saya rasa […]
4 Wakil Malaysia Berpotensi Beraksi Di Asia Musim Hadapan

4 wakil dari Malaysia berpeluang cerah beraksi di pentas Asia pada musim hadapan susulan kecemerlangan yang ditampilkan dalam saingan Liga Super dan juga pentas Asia tahun ini. Seperti yang sedia maklum, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya bakal beraksi dalam pentas saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan selepas bergelar juara Liga Super. Malah, sejarah […]
Khuzaimi Piee Idam Debut Di Pentas AFC

Pemain pertahanan tengah pasukan Negeri Sembilan FC, Khuzaimi Piee mengidamkan debut di pentas Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2023. Pemain kelahiran Melaka itu menjelaskan bahawa akan memberikan sedaya upaya untuk mendapatkan kemenangan menentang Sri Pahang di tempat lawan Sabtu ini. Beliau juga tidak akan sia-siakan peluang yang ada membawa pasukan ke tahap yang luar biasa. […]
Liga Super: Negeri Sembilan Hangatkan Perebutan Slot Asia Tewaskan Melaka United

Aksi Liga Super ke-21 melibatkan pertembungan antara Negeri Sembilan dan Melaka United berkesudahan dengan kemenangan sah menjadi milik tuan rumah. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik tatkala Negeri Sembilan kini dalam misi ke Asia pada tahun hadapan. Pasukan pelawat jelas memberi tentangan yang cukup baik pada awal permainan dengan beberapa gerakan yang hampir memerangkap lawan. Namun […]
Liga Super: JDT Hampiri Kejuaraan Liga Super Belasah Negeri Sembilan

Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir untuk bergelar juara Liga Super buat kali ke-9 berturut-turut selepas membenam Negeri Sembilan FC dengan keputusan 3-0. Pasukan Harimau Selatan turun di gelanggang sendiri dengan barisan pemain terbaik sungguhpun terpaksa melupakan khidmat penyerang sensasi pasukan, Fernando Forestieri. Serangan demi serangan diatur seawal minit pertama perlawanan namun kekebalan penjaga gol […]
Syihan Hazmi Sahkan Memang Ada Pasukan Datang ‘Merisik’

Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi mengesahkan berita mengenai beliau dirisik oleh kelab Liga Super. Beliau yang kini beraksi bersama pasukan Hobin Jang Hobin sedang menikmati musim yang cukup baik apabila menjadi watak penting untuk mengemudi gawang gol pasukan. Bekas penjaga gol bawah 23 tahun itu sebelum ini telah pun dikaitkan dengan beberapa […]
Syihan Hazmi Jalani Latihan Intensif Tingkatkan Prestasi

Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi mencuri tumpuan apabila beliau dilihat bekerja keras dengan melakukan latihan intensif baru-baru ini. Pemain kelahiran Kelantan ini sedang menikmati musim cemerlang bersama pasukan yang membawa kepada panggilan bersama skuad kebangsaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kelibat Syihan berjaya dikesan oleh para peminat yang teruja dengan kesungguhan pemain ini […]
Liga Super: KL City Pamer Aksi Bertenaga Benam Cabaran Negeri Sembilan

Perlawanan Liga Super ke-17 menyaksikan pertembungan antara pasukan Kuala Lumpur City FC menentang Negeri Sembilan FC yang berlangsung dengan cukup sengit hari ini. Skuad Hobin Jang Hobin turun dengan misi besar ke Stadium Cheras nyata tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri. Percubaan demi percubaan hadir oleh anak didik K.Devan dengan satu sepakan percuma […]
Jaringan Sean Selvaraj Tarik Perhatian FIFA

Ledakan penyerang Negeri Sembilan FC, Sean Eugene Selvaraj telah menarik perhatian FIFA tatkala jaringan cantik Sean telah tular di laman media sosial, Twitter semalam. Pertembungan dramatik antara pasukan Selangor dan Negeri Sembilan yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya dihiasi dengan dua jaringan awal oleh pasukan tuan rumah. Bagaimanapun kebangkitan saat akhir yang ditampilkan anak buah […]
Sebenarnya Negeri Sembilan Tak Sengaja Tewaskan Selangor

Kemenangan 3-2 Negeri Sembilan FC (NSFC) ke atas Selangor FC dalam aksi Liga Super semalam ternyata mengejutkan ramai pihak apatah lagi Selangor telah berada dua gol dihadapan sebelum bermulanya separuh masa kedua. Pengendali Negeri Sembilan, K.Devan nyata sekali berbangga dengan semangat juang yang dipamerkan anak-anak buahnya selepas bangkit untuk menewaskan Selangor yang belum pernah tewas […]
Liga Super: Negeri Sembilan Buat Selangor Terduduk Di Laman Sendiri

Perlawanan Liga Super ini menemukan tuan rumah, Selangor FC yang melayan kunjungan Negeri Sembilan FC. Perlawanan berkesudahan kemenangan berpihak kepada NSFC dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi. Gol pembuka tirai perlawanan tercetus menerusi pemain import Selangor, Caion rentetan kesilapan mudah yang dilakukan benteng pertahanan pelawat, Herold […]
Liga Super: Negeri Sembilan Cemerlang Tewaskan Terengganu Di Paroi

Perlawanan Liga Super ini adalah di antara pasukan Negeri Sembilan FC selaku tuan rumah yang menentang Terengganu FC. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Paroi sebentar tadi. Gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh Gustavo dan Yashir Pinto manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan Tchetche Kipre. Perlawanan […]
K. Devan Akan Pastikan Negeri Sembilan ‘All-out’ Berdepan Buriram United

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan mahu memastikan anak buahnya tampil memberikan aksi terbaik ketika turun menentang gergasi Thailand, Buriram United Sabtu ini. Beliau dalam satu temubual menjelaskan, aksi ini penting dalam usaha memperbaiki segala kelemahan bagi mengharungi baki saingan Liga Super selepas ini. “Ini merupakan peluang terbaik buat pasukan dalam usaha memperbaiki tahap […]
Liga Super: Sabah Buat Negeri Sembilan Akur Tewas Di Paroi

Pertemuan antara pasukan Negeri Sembilan FC menentang Sabah FC hari ini berlangsung dengan cukup sengit sebelum berakhir dengan keputusan 1-0 memihak kepada Sabah. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi ini bermula dengan cukup baik apabila kedua pasukan saling bertukar serangan. Sabah FC dilihat lebih mendominasi perlawanan menerusi hantaran-hantaran pantas yang sering memerangkap […]
Gerakan ‘Double X’ Khuzaimi Piee Buktikan Beliau Pertahanan Moden Sejati

Pertahanan tengah pasukan Negeri Sembilan FC, Khuzaimi Piee menjadi watak penting buat pasukannya apabila mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan ketika menewaskan Sri Pahang dengan keputusan 3-0. Pemain berusia 28 tahun itu sekali lagi diberi kepercayaan oleh K. Devan untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan. Beliau memiliki ketenangan yang cukup baik untuk merencanakan perlawanan selain membantu untuk […]
Liga Super: Negeri Sembilan Tapau Sri Pahang Di Paroi

Perlawanan Liga Super ini menemukan pasukan tuan rumah, Negeri Sembilan FC yang melayan kunjungan pasukan Sri Pahang FC. Keputusan berpihak kepada Negeri Sembilan yang menewaskan Sri Pahang dengan keputusan 3-0. Gol-gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh trio barisan hadapan mereka iaitu Gustavo Almeida, Matheus Alves dan Yashir Pinto. Perlawanan bermula dengan seimbang. Kedua-dua pasukan cuba mengawal […]