Liga Super: Negeri Sembilan Ikat Melaka United Di Hang Jebat

Perlawanan ke-10 Liga Super (LS10) ini menemukan Melaka United dan Negeri Sembilan FC. Kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan dengan kedudukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat sebentar tadi. Negeri Sembilan dilihat melancarkan serangan awal dan hampir mendahului seawal minit ke-2 namun sepakan percuma dari Matheus Alves sedikit tersasar. Matheus Alves […]
Penyokong Negeri Sembilan Cipta Atmosfera Final Di Stadium Paroi

Kehadiran penyokong sudah tentu menjadi satu azimat dan tenaga tambahan buat pasukan demi mencapai sebuah kemenangan. Lebih ramai penyokong, lebih bersemangat pasukan untuk menjelmakan aksi terbaik. Itulah yang berlaku kepada pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) yang melayan kunjungan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebentar tadi. Kehadiran penyokong yang dilihat membanjiri Stadium Paroi itu ternyata memberikan […]
Liga Super: Jaringan Saat Akhir JDT Kuburkan Harapan Negeri Sembilan

Perlawanan Liga Super (LS8) menemukan pendahulu liga, Negeri Sembilan FC selaku tuan rumah melayan kunjungan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan bergaya memihak JDT yang menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 1-0. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan terus mengatur serangan. Serangan JDT lebih terarah kepada bahagian sayap kanan di mana ada Arif Aiman […]
Liga Super: Negeri Sembilan Dan Selangor Sama Kuat Selepas Terikat Di Paroi

Aksi ketiga perlawanan Liga Super di antara Negeri Sembilan FC dan Selangor FC berakhir dengan keputusan 2-2 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Paroi sebentar tadi. Gerakan menyerang lebih memihak kepada pasukan pelawat di awal permainan. Selangor hampir mendahului pada minit ke-16 melalui penyerang berbisa Shahrel Fikri. Namun rembatan Shahrel sedikit tersasar di kanan gawang […]
Terengganu Kemarau Aksi Bola Sepak Setelah 3 Perlawanan Awal Ditunda

Perlawanan kedua liga super melibatkan pasukan Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC yand dijadualkan pada 9/3/2022 (Rabu) terpaksa ditunda ekoran 15 pemain dan pegawai pasukan Negeri Sembilan disahkan positif Covid-19. Malah satu lagi perlawanan bagi saingan Piala FA 2022 yang akan sekali lagi mempertemukan Terengganu dan Negeri Sembilan pada 13/3/2022 (Ahad) juga turut ditunda. Sebelum […]
Negeri Sembilan Kekalkan Zaquan Adha Sebagai Kapten

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha menyatakan bahawa bukan satu bebanan baginya untuk terus kekal memikul tanggungjawab sebagai kapten pasukan. Penyerang berusia 34 tahun itu sebaliknya menganggap ianya tugas bersama rakan sepasukan untuk memastikan kejayaan Negeri Sembilan di masa hadapan. “Saya tidak merasa tertekan dengan tanggungjawab itu kerana sebenarnya ia tanggungjawab bersama dengan rakan lain dalam […]
Pemain Kacukan Filipina-Iran Perkuat Negeri Sembilan

Juara Liga Perdana musim 2021, Negeri Sembilan FC hari ini mengumumkan kemasukan pemain import baharu iaitu Omid Nazari bagi mengetuai jentera tengah skuad Jang musim ini. Sebelum ini pemain kelahiran Sweden ini pernah berkelana ke Liga Indonesia beraksi bersama pasukan Persib Bandung pada tahun 2019 sehingga 2021. Beliau berjaya membuat penampilan bersama Persib sebanyak 26 […]
Negeri Sembilan FC Mahu Kekal Lebih Lama Di Liga Super

Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) yang merupakan pendatang baharu Liga Super mensasarkan untuk memberi saingan sengit pada musim ini dan kekal lebih lama di Liga Super. Pengendali NSFC, K Devan melakukan perubahan drastik kepada pasukan kendaliannya apabila mengekalkan hanya 12 pemain dari musim lepas dan selebihnya merupakan muka-muka baharu bagi memastikan NSFC mampu bersaing di […]
Negeri Sembilan Jadi Pencabar Liga Super 2022

Tonggak pertahanan Negeri Sembilan, Annas Rahmat menyatakan kehadiran beberapa pemain berpengalaman yang membawa semangat untuknya melangkah dalam saingan Liga Super musim 2022 bersama Negeri Sembilan FC. Pemain yang berusia 28 tahun itu dilihat gembira dengan kehadiran bekas pemain import Sri Pahang FC, Herold Goulon serta bekas pemain Sarawak United FC, Khair Jones akan menjadi rakan […]