Bekas Pemain Kebangsaan Jepun Perkuat Negeri Sembilan

Negeri Sembilan FC (NSFC) dilihat semakin memperkuatkan pasukan bagi mengharungi saingan musim baharu Liga Malaysia apabila membawa masuk bekas pemain kebangsaan Jepun, Takumi Sasaki. Pemain berusia 25 tahun itu merupakan pemain terbaru Negeri Sembilan yang baru sahaja diumumkan di platform media sosial NSFC semalam. Takumi Sasaki merupakan pemain kebangsaan Jepun untuk skuad bawah 20 dan […]
K. Devan: Pemain Pergi Ada, Pengganti Tiada

Pada aksi Liga Super yang menemukan Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City FC semalam menyaksikan Negeri Sembilan berjaya mencuri satu mata berharga hasil jaringan pernyamaan di akhir perlawanan. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1. Bagi pengendali Negeri Sembilan, K. Devan, beliau merasakan satu mata tersebut amat berharga buat pasukannya kerana beliau sedar kualiti […]
Negeri Sembilan Umum Tak Tambah Pemain Baru Pada Jendela Perpindahan Kedua

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal dibuka pada 5 Julai ini, pasukan-pasukan Liga Super mula membuat persiapan mendapatkan pemain yang diidamkan. Tetapi Negeri Sembilan FC membuat langkah berbeza dengan mengumumkan tidak akan menambah pemain baru semasa tempoh tersebut. Langkah tersebut dibuat bukan saja mengambil kira kekangan kewangan yang membelenggu pasukan. Malah, pengurusan Hoben Jang Hoben mahu […]
Zaquan Adha Tak Mahu Bersara Lagi

Semua sedia maklum Zaquan Adha Abdul Radzak terpaksa berehat selama enam bulan selepas mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL). Walaupun mengalami kecederaan itu buat kali kelima dalam kariernya, ini bukan bermakna penyerang Negeri Sembilan FC itu mahu bersara. Sebaliknya, Zaquan yang pernah beraksi untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) FC itu mahu fokus kepada pemulihan kecederaan […]
K. Devan Tak Pandang Mudah Cabaran Pasukan Liga M3

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan tidak pandang mudah cabaran pasukan Liga M dalam pusingan kedua Piala FA menentang PIB Shah Alam FC malam ini. Devan menyatakan bahawa sebagai pasukan Liga Super, mereka perlu mempamerkan kualiti dan prestasi yang baik apabila berdepan dengan mana-mana pasukan. Beliau juga mahu setiap pemain menghormati pihak lawan dan beraksi […]
Bakat Semulajadi ‘Budak Milo’ Tepi Padang Raih Perhatian

Di media sosial Twitter, telah tular satu video aksi budak milo tenang menahan bola yang terkeluar dari padang menerusi sepakan jarak jauh penjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan. “First ball” pemuda itu sekaligus telah mendapat pujian ramai dalam satu perlawanan persahabatan pra-musim 2023 antara Negeri Sembilan dan Terengganu yang berlangsung di Stadium Paroi. Kejadian tersebut […]
Hilang Syihan, Negeri Sembilan Garang Berbelanja

Menjelang musim baharu yang dijangka akan bermula bulan hadapan, Negeri Sembilan sudah membawa masuk beberapa pemain berpengalaman seperti Mahali Jasuli, Hasbullah Abu Bakar, Hafiz Ramdan dan Shahrel Fikri. Dalam masa yag sama, mereka juga mengekalkan Zaquan Adha sebagai ketua pasukan. Dengan penjaga gol utama mereka, Syihan Hazmi yang sah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk […]
Stadium Paroi Bakal Gunakan Rumput Zeon Zoysia

Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi difahamkan akan menaik taraf rumput kepada Zeon Zoysia seperti yang digunakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. Menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani, kerja menaik taraf akan dimulakan pada Mac ini selepas proses menukar tempat duduk penonton selesai. Jelasnya, […]
Safuwan Baharudin Jadi Rebutan Terengganu & Negeri Sembilan

Pemain versatil kelahiran Singapura, Safuwan Baharudin kini diburu oleh beberapa kelab yang serius mahu mendapatkan khidmatnya. Pemain berusia 31 tahun itu sudah lama berkelana di Malaysia bersama beberapa buah kelab termasuklah Sri Pahang dan juga Selangor. Menurut beberapa sumber, Terengganu sebelum ini sudah menyatakan minat yang tinggi untuk mendapatkan khidmat Safuwan bagi saingan musim 2023. […]
Khuzaimi Piee Rasmi Bergelar Tonggak Baharu Selangor

Pertahanan tengah kebal Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee secara rasminya diumumkan selaku pemain baharu skuad Selangor FC. Pemain berusia 29 tahun itu merupakan tunjang utama buat barisan pertahanan Negeri Sembilan pada musim lalu. Khidmat beliau sentiasa menjadi pilihan utama ketua jurulatih, K. Devan untuk membawa cabaran pasukan mengharungi musim yang cukup panjang. Hal ini telah […]
Selangor Sedia Lepaskan Penjaga Gol Muda Berbakat Ke Negeri Sembilan

Selangor FC sedia membuka jalan baharu buat penjaga gol muda berbakat mereka, Sikh Izhan ke Negeri Sembilan bagi saingan musim baharu. Pemain berusia 22 tahun ini masih tidak dapag menembusi kesebelasan utama The Red Giants setelah berada hampir dua musim di sana. Beliau sebelum ini lebih banyak beraksi buat pasukan Selangor II dan beraksi dengan […]
Tersisih Di Selangor, Shahrel Fikri Angkat Kaki?

Penyerang Selangor FC, Shahrel Fikri Md. Fauzi semakin hampir untuk meninggalkan ‘Sang Gergasi Merah’ selepas dilaporkan bakal menyertai pasukan Negeri Sembilan FC. Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran di laman twitter beliau sebentar tadi. Nama Shahrel bukanlah asing di kalangan peminat bola sepak tanah air, ini kerana beliau sudah meledak empat […]
Mahali Jasuli Semakin Hampir Untuk Ke Selatan

Pemain Petaling Jaya City FC (PJ City), Mahali Jasuli bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak Malaysia. Beliau pernah menyarung jersi Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT), PKNS dan untuk musim 2022 beliau beraksi untuk PJ City. Memandangkan kelab tersebut dikatakan tidak akan mengambil bahagian dalam Liga Super 2023, kebanyakan pemain pasukan tersebut kini menjadi […]
“Khidmat Saya Bersama Negeri Sembilan Sampai Sini Saja” – Khuzaimi Piee

Pertahanan kental Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee akhirnya membuka mulut mengenai masa depannya bersama pasukan tersebut. Pemain berusia 29 tahun ini merupakan tonggak utama untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan kendalian K. Devan hingga berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia. Walau bagaimanapun, masa depannya bersama pasukan itu mula menjadi tanda tanya selepas timbul pelbagai […]
Fadhli Shas Ganti Khuzaimi Piee Di Negeri Sembilan

Pertahanan tengah skuad emas Piala AFF 2010, Fadhli Shas bakal menyertai Negeri Sembilan apabila khidmatnya ditagih oleh pasukan tersebut. Perkara ini telah pun disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam apabila beliau memaklumkan perkara ini. Menerusi satu hantaran di laman Twitternya, Zulhelmi sebelum ini sudah pun mengesahkan bahawa skuad Hobin Jang Hobin akan kehilangan […]
Piala Malaysia: Negeri Sembilan Jinakkan Kedah Di Darul Aman

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas kepada pasukan Negeri Sembilan FC dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Perlawanan berlangsung dengan keadaan padang yang becak selepas bandar Alor Setar mengalami hujan lebat sejak lewat petang. Kedah yang kini dilatih Victor […]