Siaran Langsung Liga Super: Kedah vs Selangor, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan Liga Super antara pasukan Kedah dan Selangor mencuri tumpuan bagi perebutan slot ke Asia musim hadapan. Aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu menyaksikan The Red Giants memiliki kelebihan dua mata sambil anak didik Nafuzi Zain mahu meraih mata penuh di laman sendiri. Rekod baik kedua-dua pasukan bakal menjadikan aksi ini lebih menarik […]
Nafuzi Zain: Menang Baki Dua Perlawanan, Kita Ke Asia

Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mensasarkan kemenangan untuk dua baki perlawanan Liga Super musim ini. Dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sah bergelar juara liga, persaingan merebut kedudukan kedua masih terbuka antara Kedah dan Selangor FC. Ini kerana kedudukan kedua liga menjamin kelayakan ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) untuk […]
“Kedah Akan Lawan Sampai Dapat Ke Asia” – Nafuzi Zain

Peluang masih terbuka buat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk beraksi di pentas Asia musim hadapan. Ini kerana, kemenangan berharga 1-0 ke atas Kuala Lumpur City FC semalam menandakan kesungguhan pasukan dari utara tanah air itu untuk memburu kedudukan naib juara Liga Super. Jurulatih Kedah, Nafuzi Zain ketika ditemubual selepas perlawanan semalam berkata pasukan […]
Kedah Pincang Bertemu KL City

Skuad Sang Kenari terpaksa melupakan khidmat beberapa pemain menjelang aksi Liga Super antara Kedah Darul Aman menentang KL City. 4 pemain tidak dapat diturunkan dalam perlawanan tersebut ekoran kecederaan dan penggantungan menurut ketua jurulatih Kedah, Nafuzi Zain. Manuel Hidalgo kini mengalami kecederaan kaki dan 2 pemain pertahanan iaitu Ariff Farhan dan Kamil Akmal akan menjalani […]
Seorang Jurulatih Muda Bakal Galas Tugas Penting Bersama Malaysia?

Teka-teki mengenai pengganti jurulatih skuad b-23 Malaysia masih belum terjawab ketika ini. Keputusan mengejut yang diambil oleh ketua jurulatih, E. Elavarasan untuk melepaskan jawatan tersebut dan kembali menjadi pembantu jurulatih Malaysia. Terdapat beberapa nama yang mula disebut-sebut untuk menggantikan posisi tersebut terutamanya apabila skuad muda negara memiliki tugas besar tahun hadapan. Menerusi satu kenyataan oleh […]
Kata-Kata Nafuzi Zain Jadi Kenyataan

Impian Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain untuk melihat pasukannya memungut mata berdepan juara bertahan Liga Super, JDT menjadi kenyataan. Sungguhpun Harimau Selatan mencatatkan kemenangan 6-0 di laman sendiri sebelum ini, ia tetap tidak mematahkan semangat pengendali muda itu untuk terus menekan JDT. Beliau kekal optimis untuk membawa Sang Kenari memungut sekurang-kurangnya satu […]
“Satu Mata Pun Dah OK” – Nafuzi Zain

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain berpandangan satu mata dilihat hasil terbaik bila mereka turun menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di Stadium Darul Aman esok. Ini kerana berdasarkan kekuatan pasukan itu, Harimau Selatan kini beraksi pada tahap tersendiri. Dengan 108 gol dijaringkan dalam Liga Malaysia (Liga M) […]
“Kedah Hadapi Perak Yang Lebih Mantap” – Nafuzi Zain

Jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain mengakui pasukan Perak FC yang bakal dihadapi dalam aksi Piala Malaysia 2023 esok ialah pasukan berbeza. Ini kerana The Bos Gaurus kali ini dimantapkan dengan kehadiran beberapa pemain import baru seperti Jesper Nyholm dan Luka Milunovic. Selain itu, skuad Seladang juga mempamerkan corak permainan yang lebih tersusun […]
3 Pemain Berprofil Tinggi Jadi Buruan Nafuzi Zain

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal dibuka pada Julai ini, Kedah Darul Aman (KDA) FC sudah mula mengatur langkah memperkuat pasukan untuk pusingan kedua Liga Super. Malah, jurulatih Kenari, Nafuzi Zain dikatakan sedang memantau tiga pemain berprofil tinggi untuk dibawa masuk ke dalam pasukan. Perkara ini didedahkan sendiri oleh pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd. […]
Nafuzi Zain Mahu Kedah ‘Henyak’ Habis-Habisan Buru 3 Mata

Selepas menjadi mangsa belasahan Johor Darul Ta’zim (JDT) 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim, jurulatih Kedah, Nafuzi Zain tidak mahu lagi pisang berbuah dua kali. Dengan KL City lawan Liga Super Sang Kenari seterusnya, Nafuzi mahu anak-anak buahnya bangkit memburu tiga mata esok. Sambil mengakui kekalahan tersebut sebagai di luar jangkaan semua termasuk dirinya, beliau bagaimanapun […]
Nafuzi Zain Anggap JDT Pasukan Sempurna

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain memberi pujian kepada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim esok. Pengendali muda berusia 44 tahun itu kini menikmati detik terbaik bersama pasukannya yang kini berada dalam momentum yang cukup memberangsangkan. Mengulas lanjut, beliau mengakui bahawa akan ada sedikit perubahan formasi susulan kehilangan […]
Zainal Abidin Ramal Nafuzi Zain Ada Formula Berdepan JDT

Bekas ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan menjangkakan Kedah Darul Aman mempunyai percaturan tersendiri bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT). Aksi penting ini bakal berlangsung di gelanggang keramat skuad Harimau Selatan dalam misi memberi tentangan sengit kepada juara bertahan Liga Super tersebut. Mengulas lanjut, pengendali berusia 60 tahun itu percaya barisan kejurulatihan Sang Kenari sudah […]
“Tiada Istilah Kalah Bagi Pasukan Kedah” – Nafuzi Zain

Kekalahan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di tangan Penang FC dalam aksi pusingan pertama Piala FA bulan lalu sudah pasti mahu segera dilupakan pengendali pasukan KDA FC, Nafuzi Zain apabila kedua-dua pasukan sekali lagi akan berentap dalam aksi ketujuh Liga Super (LS7) di Stadium Darul Aman, malam esok. Mengulas mengenai perlawanan ‘Derbi Utara’ itu, […]
“Ini Perlawanan Terbaik Kita” – Nafuzi Zain

Pengendali Kedah, Nafuzi Zain berpuas hati dapat pulang dengan satu mata dari Stadium Darulmakmur susulan keputusan seri 1-1 menentang Sri Pahang pada Sabtu. Beliau berkata, sepanjang membimbing Kedah, ini adalah permainan terbaik ditunjukkan barisan pemainnya yang nampak cukup produktif di setiap bahagian. “Kita tahu bukan mudah main di Kuantan, dengan Pahang sekarang dalam kedudukan yang […]
Victor Andrag Anggap Kelantan United Beri Saingan Sengit

Penolong Jurulatih Kedah FC, Victor Andrag memuji semangat juang tinggi para pemain Kedah ketika menewaskan Kelantan United semalam. Keputusan berakhir dengan keputusan Kedah 3-2 Kelantan United. Meskipun ketinggalan dengan jaringan 0-1, anak buah Nafuzi Zain tetap bangkit mendapatkan tiga mata penuh. “Sebenarnya pujian buat pemain. “Selepas dua kekalahan dan tidak kutip mata, sudah tentu fokus […]
Nafuzi Zain Lihat Perkara Positif Susulan Tewas Kepada Penang

Kekalahan 4-3 kepada Penang menerusi penentuan sepakan penalti pada pusingan pertama Piala FA sememangnya menyakitkan penyokong Kedah. Tetapi bagi jurulatih Nafuzi Zain, ada sisi positif yang dilihat bakal membantu Kedah dalam mendepani perlawanan-perlawanan Liga Super selepas ini. Sepanjang perlawanan, Kenari dilihat bersungguh-sungguh mengancam pertahanan Penang diketuai Rafael Vitor. Walaupun pada satu ketika ketinggalan, anak-anak buah […]