Nafuzi Zain Dan Manuel Ott Dibenarkan Beraksi

Walaupun dilayagkan kad merah dalam aksi Liga Super menentang PDRM FC tempoh hari, namun ianya bukanlah penghalang bagi pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain dan pemain tengah, Manuel Ott untuk turun beraksi. Nafuzi dan Ott tetap akan bersama skuad ‘Sang Kenari’ itu dalam aksi Piala FA menentang Penang FC malam ini. Ini […]

Nafuzi Zain Mohon Maaf

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain membuat permohonan maaf secara terbuka susulan insiden panas yang berlaku ketika berdepan PDRM FC tempoh hari. Beliau mengakui bahawa faktor emosi dan tekanan tinggi ketika perlawanan berlangsung telah mendorong dirinya sehingga bertindak di luar kebiasaan terhadap pengadil keempat. Pengendali berusia 45 tahun ini dikesan cuba untuk berhubung […]

Safee Sali Yakin Ada Cubaan Nafuzi Zain Berhubung Dengan Pengadil Dalam Padang

Perlawanan ketiga saingan Liga Super 2023 melibatkan pertembungan antara pasukan Kedah Darul Aman dan PDRM berakhir dengan kemenangan dicatat The Cops, 1-0. Tercetusnya beberapa insiden dan dua layangan kad merah menghiasi aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman malam semalam. Hasrat skuad Sang Kenari untuk mencetak jaringan demi memastikan kemenangan tercatat di laman sendiri tidak […]

“Falsafah Nafuzi Zain Macam Pep Guardiola” – Bruno Suzuki

Pemain import PDRM FC, Bruno Suzuki teruja untuk bertemu semula dengan bekas jurulatiunya, Nafuzi Zain dalam satu aksi di Terengganu. Bintang berusia 32 tahun itu pernha beraksi sebelum ini dengan beberapa pasukan sebelum ke Thailand dan kini beraksi bersama PDRM. Jelasnya, ia bukanlah satu tugas yang mudah buat pasukannya dalam usaha untuk mencuri sekurang-kurangnya satu […]

Balotelli Selangkah Sertai Kedah ?

Kedah Darul Aman FC dalam perancangan mengumumkan import baharu yang bakal memperkuatkan pasukan menjelang musim 2023. Pasukan kendalian Nafuzi Zain ini sedang rancak mengatur langkah bagi memastikan perjalanan musim baharu ini berjalan dengan lancar. Gergasi Hijau Kuning telah meraih perhatian ramai apabila membawa masuk beberapa pemain tempatan berkualiti dan juga pemain import berprofil hebat pada […]

Nafuzi Jawab Mengapa Tak Bawa Faisal Halim Ke Kedah

Jurulatih pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui bekas anak didiknya di Terengganu FC, Faisal Halim merupakan pemain penting dalam pembentukan skuad ‘Sang Penyu’ untuk beberapa musim yang lalu. Namun begitu Nafuzi jelas sekali punyai sebab tersendiri untuk tidak membawa Faisal ke pasukan Kedah musim baharu 2023 ini. Nafuzi merasakan pemain sayap […]

Manuel Ott Sertai Kedah Kerana Kepimpinan Nafuzi Zain

Pemain import dari Filipina, Manuel Ott tidak dinafikan antara pemain yang dianggap sebagai salah seorang tonggak kecemerlangan Terengganu sepanjang musim lalu. Dia mempamer prestasi meyakinkan dan berjaya menambat hati penyokong dengan ramai yang mahu khidmatnya dikekalkan pihak pengurusan, namun pada akhirnya dia memilih untuk berhijrah ke Kedah. Tanpa berselindung, Manuel Ott mengakui faktor utama dia […]

Nafuzi Zain Hargai Kuasa Penuh Pilih Pemain Dari Pengurusan Kedah

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain menghargai kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak pengurusan Kedah buatnya dalam pemilihan pemain. Bekas jurulatih Terengganu ini kini sudah mula menjalani latihan pra musim bersama pasukan baharunya bagi menempuh musim yang mencabar. Katanya, sungguhpun mereka masih memerlukan masa untuk membentuk keserasian, beliau yakin memiliki ramuan terbaik untuk […]

Lee Tuck & Nafuzi Zain Sah Kembali Bersatu Di Kedah

Bintang naturalisasi baharu Harimau Malaya, Lee Tuck secara rasminya bakal bergabung dengan bekas jurulatihnya, Nafuzi Zain di Terengganu. Pemain berusia 35 tahun itu merupakan tonggak berpengalaman yang pernah bersama Nafuzi ketika di Terengganu sebelum ini. Beliau kemudiannya membawa haluan baharu ke Sri Pahang sebelum membuat keputusan untuk mencari destinasi baharu dalam kariernya. Penghijrahan jurulatih muda […]

Lee Tuck ‘Bakal’ Bergandingan Dengan Nafuzi Zain Di Kedah

Pemain tengah sensasi Harimau Malaya, Lee Tuck dikatakan bakal memperkuat pasukan Kedah Darul Aman FC musim depan. Selepas mengumumkan perpisahan bersama pasukan Sri Pahang pada semalam, destinasi seterusnya buat pemain naturalisasi kebangsaan itu terus menjadi tanda tanya. Dalam satu ciapan di Twitter wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi melaporkan bahawa ada khabar angin yang mengaitkan Lee […]

Nafuzi Zain Nampak Kualiti Sebenar Pemain Harimau Malaya

Pengendali baharu Kedah, Nafuzi Zain mengakui setiap pemain yang dipilih ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan-gon mempunyai kualiti yang tersendiri. Jurulatih Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2022 itu menjelaskan perlawanan persahabatan bukanlah satu ukuran untuk menguji kemampuan sebenar pasukan, sebaliknya lihat pada perlawanan utama. Dalam aksi persabahatan, bagi Nafuzi jurulatih hanya mahu mengukur sejauh mana […]

Wan Amirul Afiq Dedah Faktor Utama Kembali Sertai Regim Nafuzi

Pencarian pemain yang dibuat jurulatih baru Kedah, Nafuzi Zain bagi mengisi slot bek kanan pasukan tersebut berakhir dengan ketibaan Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman dari Melaka United. Dan sebaik sah menyertai pasukan Helang Merah, Afiq mendedahkan Nafuzi sebagai faktor utama dia memilih pasukan yang berpangkalan di utara di tanah air itu. Kedua-duanya saling mengenali […]

Nafuzi Zain Jurulatih Terbaik ABK 2022

Bekas ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain dipilih sebagai jurulatih terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2022 yang dilangsungkan secara maya di Malaysian Football League (MFL). Beliau menewaskan 9 calon lain dari dalam dan luar negara iaitu; Aidil Sharin Sahak, Akira Higashiyama, Benjamin Mora, Frank Bernhardt, Manzoor Azwira Abd Wahid, Mehmed Durakovic, Michael Feichtenbeiner, Nidzam Adzha […]

Gary Steven Sahkan Sedang Berunding Dengan Nafuzi

Dalam usaha membina semula kekuatan skuad Kedah Darul Aman yang kehilangan begitu ramai pemain utama, jurulatih baru pasukan itu, Nafuzi Zain sedang rancak memburu pemain-pemain berkualiti. KDAFC telah melepaskan secara keseluruhannya 17 pemain termasuk import dan mengekalkan 12 pemain daripada skuad musim ini, manakala empat pemain pula telah dipromosi daripada skuad Piala Presiden. Penjaga gol […]

Kalamullah Sah Milik Kedah

Bekas penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz secara rasminya diumumkan selaku pemain baharu pasukan Kedah Darul Aman FC. Beliau yang sudah beberapa musim berkenalan di Lembah Klang terpaksa mencari haluan baru selepas kelabnya tidak lagi bersaing di pentas Liga Super 2023. Khidmat penjaga gol kebangsaan ini sudah tentu menjadi buruan namun beliau pernah menyatakan […]

Nafuzi Zain Tak Bawa Pemain Terengganu Ke Kedah

Ketua jurulatih baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain memberi bayangan bahawa akan membangunkan pemain-pemain anak jati Kedah memandangkan Kedah mempunyai pemain-pemain muda yang berkualiti. “Saya mementingkan anak jati Kedah sendiri, itu yang paling penting. Jadi kekosongan-kekosongan yang tidak ada di sini, kita terpaksa menampung dengan mengambil pemain-pemain lain. “Bagi saya, saya lebih […]