Siaran Langsung Liga Super: Kedah Darul Aman vs Perak (Live Streaming)

Kedah Darul Aman bakal melayan kunjungan Perak di Stadium Darul Aman bagi perlawanan derbi utara untuk aksi Liga Super minggu ketiga. Skuad kendalian Nafuzi Zain yang tewas tipis kepada Selangor tempoh hari pastinya mahu bangkit meraih kemenangan lebih-lebih lagi beraksi di gelanggang sendiri. Perak pula telah tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Terengganu dan PDRM sekaligus […]
Nafuzi Zain Kekal Tenang

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain kekal tenang meskipun pasukan itu tewas kepada Selangor FC baru-baru ini. Selepas berjaya meraih kemenangan pertama ke atas PDRM, Sang Kenari berharap dapat meneruskan momentum kemenangan dengan menewaskan Merah Kuning. Malangnya, usaha pasukan utara tanah air itu digagalkan oleh gol kemenangan Aliff Haiqal Lau pada minit […]
Nafuzi Zain Berpuas Hati Dengan Persembahan Pemain Kedah

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain berpuas hati dengan persembahan para pemain Kedah disebalik kekalahan tipis kepada Selangor hasil jaringan Aliff Haiqal. Nafuzi Zain menganggap rezeki tidak berpihak kepada Kedah walaupun pasukan tersebut mempunyai beberapa peluang berharga dalam perlawanan menentang Selangor. “Tahniah untuk Selangor, saya berbangga dengan apa yang pemain saya tunjukkan malam ini. […]
Nafuzi Zain Seronok Dapat Bertemu Nidzam Jamil

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui teruja apabila bertemu Selangor FC dalam aksi liga seterusnya pada minggu hadapan. Ini kerana perlawanan itu bakal menemukannya dengan rakan lama yang juga jurulatih baru Merah Kuning, Nidzam Jamil. Nidzam dilantik sebagai jurulatih Selangor pada pertengahan Mac lalu selepas Tan Cheng Hoe memilih untuk menyertai […]
Nafuzi Zain: Kedah Perlukan Masa Bentuk Skuad Ampuh

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain berpandangan anak buahnya masih memerlukan masa untuk membentuk skuad yang ampuh. Kedah mencatatkan 2 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan dalam 4 aksi terakhir pra-musim sebelum bermulanya saingan Liga Super 2024/2025 pada 10 Mei ini. Kedah berjaya menewaskan Penang 3-1, Negeri Sembilan 2-0 manakala Kedah kalah tipis kepada […]
Kedah Kutip Dua Kekalahan Dalam Satu Masa

Kedah Darul Aman mengharungi hari yang pahit apabila tewas dua kali dalam tempoh yang cukup singkat. Sang Kenari mengharungi kempen yang agak baik namun mengalami kejutan apabila tewas 3-0 di tangan seteru utara, Penang FC. Skuad kendalian Nafuzi Zain bagaimanapun melakar keputusan positif ketika berdepan Terengganu dan juga Terengganu ll. Keputusan ini berlarutan kepada skuad […]
Bajet Kedah Berkurang 35% Di Liga Super

Pemilik majoriti kelab Kedah Darul Aman FC (KDA), Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar mengatakan bajet untuk pasukan Kedah berkurang 35% di Kejohanan Liga Super 2024/2025. Perkara itu disahkan oleh pemilik majoriti kelab KDA di dalam sidang media status terkini dan perancangan Kedah Darul Aman di Alor Setar sambil ditemani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Shahrul […]
Syafiq Ahmad Dedah Perbualan Awal Dengan Nafuzi Zain

Penyerang berbisa pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad berkongsi perbualan awal bersama ketua jurulatih, Nafuzi Zain sebelum menyertai pasukan. Pemain berusia 28 tahun itu kembali bersama Sang Kenari bagi saingan Liga Super musim 2024/25. Beliau menyertai skuad kendalian Nafuzi Zain secara pinjaman daripada JDT sekaligus menyaksikannya pulang ke pangkuan kelab lamanya. Menerusi satu perkongsian […]
Nafuzi Zain Muncul Pada Sesi Latihan Kedah

Jurulatih berpengalaman, Nafuzi Zain muncul pada sesi latihan hari pertama bersama Kedah. Skuad Sang Kenari telah memulakan latihan rasmi pasukan setelah berehat panjang. Barisan pemain baharu juga kelihatan sudah bersama. Susulan masalah kewangan yang dihadapi pasukan Kedah sebelum ini, destinasi jurulatih berusia 45 tahun ini menjadi tanya. Namun, beliau tampak akan terus kekal bersama Kedah […]
Nafuzi Zain Nafi Pertemuan Kedah & Santos Bakal Jadi Kenyataan

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain memberitahu bahawa pertemuan antara pasukan bimbingannya dengan jaguh Brazil, Santos FC tidak akan terjadi dalam masa terdekat. Tular berita mengenai pasukan Amerika Selatan itu yang difahamkan bakal datang ke Malaysia dan bertemu dengan Sang Kenari bagi aksi pra-musim. Perkara ini bagaimanapun dinafikan oleh pengendali muda tersebut ketika bercakap […]
Dua Kelab Berebut Manuel Hidalgo

Dua kelab liga Malaysia kini dilaporkan ‘berebut’ ingin mendapatkan khidmat pemain sayap, Manuel Hidalgo. Menurut wartawan sukan, T. Avineshwaran melaporkan bekas kelabnya, Sri Pahang ingin membawa masuk kembali Hidalgo manakala Kedah turut mahu mengekalkan khidmat Hidalgo. Hidalgo mengharungi musim yang cemerlang bersama Kedah apabila merekodkan 3 gol dan 10 bantuan jaringan liga buat Kedah. Sebelum […]
Habib Haroon Ke Kedah, Manuel Ott Sertai Terengganu?

Terengganu dikhabarkan akan menggantikan pemain tengah utama mereka untuk memperkuatkan jentera tengah pasukan. Fadhirul Shuhaimi mengesahkan pemain tengah dan kapten Terengganu, Habib Haroon tidak akan bersama Terengganu lagi untuk musim hadapan. Habib Haroon dijangka bakal bergabung kembali dengan bekas jurulatihnya di Terengganu pada tahun lalu iaitu Nafuzi Zain yang kini merupakan pengendali pasukan Kedah Darul […]
Nafuzi Zain Puas Hati Pencapaian Kedah Musim Ini

Jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain tetap berpuas hati dengan pencapaian pasukan kendaliannya musim ini apabila berjaya mendapatkan kedudukan empat terbaik dalam saingan Liga Super. Kedah terpaksa akur dengan kedudukan keempat selepas mereka tewas 0-2 kepada pasukan tuan rumah, Sabah FC dalam aksi Liga Super semalam. Kekalahan tersebut menyaksikan Kedah yang sebelum perlawanan menduduki […]
Nafuzi Zain Kekal Di Kedah

Desas-desus tentang masa depan Nafuzi Zain bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terjawab hari ini. Pengurus pasukan Sang Kenari, Joe Rozi mengesahkan bekas pengendali Terengganu FC itu masih komited dengan pasukan dari utara tanah air itu. Beliau juga turut menyatakan khabar angin Nafuzi bakal kembali ke pasukan dari Pantai Timur itu sebagai tidak benar. […]
Terengganu Risik Khidmat Nafuzi Zain Semula

Dengan Liga Super bakal berakhir pada minggu hadapan, Terengganu FC dikatakan sudah mula membuat perancangan untuk musim 2024-2025. Wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran mendedahkan khabar angin bahawa skuad Peteh cuba merisik khidmat jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain. Namanya bukan asing dalam kalangan penyokong Terengganu kerana pernah membimbing skuad Penyu dari […]
“Selangor Lebih Klinikal” – Nafuzi Zain

Kekalahan 0-1 yang menimpa Kedah Darul Aman FC di tangan Selangor FC semalam telah memadam harapan skuad Sang Kenari untuk ke pentas asia musim hadapan. Mengulasa mengenai perlawanan tersebut, Jurulatih Kedah, Nafuzi Zain berpendapat kedua-dua pasukan telah bermain dalam satu perlawanan yang berintensiti tinggi namun Selangor lebih klinikal untuk menyudahkan peluang. “Bagi saya, saya cukup […]