Kedah Mahu Jadi ‘Gergasi’ Baru MPFL

Pasukan futsal Kedah siap sedia untuk kembali menggegar arena futsal negara menjelang saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) divisyen 2 tidak lama lagi. Menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Mohd Salleh Saidin, beliau meletakkan keyakinan penuh kepada barisan pemain meskipun rata-rata pemain yang bakal menggalas tugas ini adalah muka-muka baharu. Beliau berkata, […]
MPFL: JDT Garang Atasi Selangor

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024 setelah menewaskan Selangor di Pasir Gudang. JDT turun dengan misi memburu kemenangan keempat liga manakala Selangor yang dibimbing Edgar Baldasso mahu meneruskan momentum setelah mencapai kemenangan pertama minggu lalu. Namun, Harimau Selatan dikejutkan dengan jaringan pelawat menerusi Khairul Effendy […]
Selangor ‘Tempang’ Berdepan JDT

Skuad futsal Selangor menerima tamparan hebat menjelang pertemuan berdepan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) hujung minggu ini. Ini disebabkan oleh kecederaan yang dialami oleh tonggak import, Matheus Silva sedikit merencatkan perancangan pasukan bagi berdepan skuad Harimau Selatan itu. Menerusi laporan daripada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, kecederaan […]
Tular Aksi Ala ‘Gusti’ Pada Aksi Sabah & Pahang Rangers

Aksi Sabah menentang Pahang Rangers pada Ahad dicemari insiden panas melibatkan para pemain. Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam menyaksikan Pahang Rangers berjaya mencuri tiga mata berharga meskipun ketinggalan 2-0 di awal permainan. Di dalam perlawanan, satu kejadian tak diingini berlaku apabila pemain Sabah, Syah Azman dilayangkan kad merah oleh pengadil […]
MPFL: Pahang Rangers Bangkit Baham Sabah

Aksi tunggal Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) minggu ini menyaksikan Pahang Rangers mempamerkan kualiti sebagai juara bertahan apabila bangkit menewaskan Sabah. Perlawanan yang sepatutnya dijalankan pada minggu lalu ini menyaksikan Pahang Rangers dikejutkan dengan jaringan awal pemain Sabah, Syah Azman. Sabah terus garang dengan gol kedua menerusi Wan Raziq Wan Zulhasmi pada minit ke-10 untuk […]
JDT Ambil Pendekatan Latihan Berbeza

Waktu latihan yang baharu bakal diterapkan oleh pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi aksi seterusnya Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024. Perkara ini dikongsikan oleh pemain JDT futsal, Abu Haniffa Hasan ketika ditemui selepas perlawanan MPFL menentang Shah Alam City Sabtu lalu. Beliau berkata, sesi latihan di sebelah malam bakal bermula dua minggu […]
“Kami Menang Tapi Banyak Perlu Diperbaiki” – Jurulatih Selangor

Jurulatih Selangor futsal, Edgar Eder Baldasso berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya setelah berjaya menumbangkan KL City dalam saingan MPFL pada Sabtu. Namun, beliau yang ditemui selepas perlawanan menentang KL City berkata, masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki menjelang pertemuan seterusnya berdepan JDT. ”Banyak perkara (perlu ditambahbaik) seperti di bahagian pertahanan. Kita perlu timing […]
Selangor Gembira Raih Kemenangan Pertama

Kapten skuad futsal Selangor FC, Khairul Effendy Bahrin gembira melihat pasukan itu meraih kemenangan pertama dalam Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL). Selepas tewas dua kali dalam dua aksi sebelumnya, Selangor akhirnya mencatat kemenangan dengan membelasah KL City 6-1. Syahir Iqbal Khan Akbar Khan membuka tirai jaringan buat The Red Giants seawal minit pertama. […]
MPFL: Selangor Jadikan KL City Mangsa Pertama

Selangor berjaya meraih kemenangan pertama setelah membelasah KL City dalam aksi ketiga Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024. Kedua-dua pasukan yang terdesak mahu meraih kemenangan sulung setelah mencatatkan dua kekalahan berturut-turut dalam dua aksi pertama liga. Selangor bermula garang dan berjaya membuka tirai jaringan seawal minit pertama permainan menerusi rembatan kaki kiri bintang muda, Syahir […]
JDT Bakal Terapkan Percaturan Sama Berdepan Selangor

Jurulatih JDT Futsal, Juan Antonio Miguel Garcia tidak berhasrat menukar sebarang taktikal apabila berdepan Selangor selepas ini. Juan Antonio berkata, meskipun pertembungan epik ini bakal berlangsung pada bulan Ramadhan, baginya tiada perubahan dari segi persiapan ”JDT tidak mempunyai sebarang perancangan tambahan. JDT adalah satu idea (gaya permainan), tiada perubahan dan hanya persiapan seperti biasa,” katanya […]
Raih 3 Gol Awal, Pemain JDT Nafi Ubah Taktikal Berdepan Shah Alam City

Pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Abu Haniffa Hasan menafikan pasukan mengubah taktik semasa turun menentang Shah Alam City hari ini. Selepas meraih tiga gol awal pada babak pertama, Harimau Selatan dilihat selesa mempertahankan kelebihan mereka pada babak kedua. JDT kemudiannya meraih gol keempat pada minit ke-37 menerusi percubaan jarak jauh Caio Cesar Garcia […]
MPFL: JDT Perkukuh Cengkaman Takhta Liga, Tewaskan Shah Alam City

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus bertakhta di persada Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) hari ini. Ini selepas Harimau Selatan berjaya menewaskan Shah Alam City dalam aksi ketiga Divisyen 1 yang berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic. Meskipun dilabel pasukan pilihan, JDT enggan memandang rendah tuan rumah. Ini kerana Shah Alam […]
Miguel Garcia: Ini Satu Amaran Buat JDT

Pengendali skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Juan Antonio Miguel Garcia berwaspada dengan cabaran yang bakal dihadirkan Shah Alam City. Ini kerana pasukan itu menduduki tangga kedua liga dengan empat mata selepas perlawanan. Selain itu, Shah Alam City sudah membuktikan mereka pasukan yang liat dengan mengikat Pahang Rangers 6-6. Justeru, Miguel Garcia mahu […]
Perjuangan Sabah Belum Berakhir

Pasukan futsal Sabah tetap optimis mampu meraih keputusan positif meskipun kecundang kepada Gombak TOT United pada Sabtu lalu dalam aksi kedua MPFL 2024. Menurut ketua jurulatih Sabah futsal, Patt Sriwijit, beliau yakin keputusan ketika menentang Gombak TOT United yang lalu bukanlah penamat buat anak-anak buahnya dan mahu mereka perbaiki kesilapan yang telah dilakukan pada aksi […]
MPFL: Pahang Rangers Tak Bagi Muka, Bedil Selangor 8-4

Juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2023, Pahang Rangers merekodkan kemenangan pertama liga untuk musim 2024. Pasukan yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Gerard Casas itu membelasah skuad futsal Selangor FC 8-4 di Stadium Tertutup Sukpa hari ini. Selepas seri 6-6 dengan Shah Alam City pada minggu lepas, Pahang Rangers mahu bangkit untuk mengutip kemenangan pertama. […]
MPFL: JDT Terlalu Hebat, Kalahkan Terengganu 8-1

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengekalkan kedudukan di puncak Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) setelah membelasah Terengganu dalam aksi minggu kedua. Kedua-dua pasukan turun ke Stadium Tertutup Pasir Gudang dengan momentum terbaik selepas mencatatkan kemenangan besar 6-1 ke atas lawan masing-masing di aksi pembukaan minggu lalu. JDT berjaya membuka tirai jaringan menerusi Azri Rahman yang […]