Nasib Berbeza JDT & Pahang Rangers

Nasib berbeza menimpa juara dan naib juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim lepas, Pahang Rangers dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi pertama musim 2024. Pahang Rangers mempamerkan kebangkitan menakjubkan dengan meraih keputusan seri 6-6 dengan Shah Alam City. Manakala Harimau Selatan pula berpesta gol 6-1 ke atas Gombak TOT United bagi […]
Bola Sepakan Bintang JDT Terkena Kepala Penyokong

Perlawanan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) membabitkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Gombak TOT United pada minggu lepas memberi kenangan berbeza buat seorang penyokong. Ini selepas bola yang disepak bintang import Harimau Selatan, Helio Neto terkena kepala seorang penyokong wanita semasa perlawanan berlangsung. Video insiden ini dimuatnaik seorang pengguna TikTok, CEO On Tour […]
“Apa Yang Dirancang Tak Menjadi” – Syahir Iqbal

Pemain Selangor FC Futsal, Syahir Iqbal sedikit kecewa tidak dapat menghadiahkan tiga mata di aksi pertama Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2024. Bintang muda Selangor itu berkata, kegagalan menyudahkan deretan peluang sambil gol pantas daripada Sabah membuatkan pasukannya hampa di akhir permainan. “Perlawanan hari ini memang nasib tidak menyebelahi kami, peluang kami banyak tapi kami […]
Felipe Leite: Selangor Pasukan Kuat Tapi Percaturan Kami Menjadi

Penyerang import skuad futsal Sabah, Felipe Leite melihat perancangan pasukan itu berjaya menjerat Selangor FC dalam aksi pertama Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL). Sabah meraih kemenangan 3-2 hari ini menerusi dua gol Leite pada minit keempat dan ke-23 serta Ahmad Azim Mohammad (minit ke-35). Merah Kuning membalas menerusi Syed Aizad Daniel Syed Nasir (minit ke-21) […]
Ini Bukan Hari Selangor

Selangor jelas kurang bernasib baik apabila tumpas kepada Sabah di aksi pertama Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2024. Menurut kapten Selangor FC Futsal, Fariq Mohammad, Selangor tidak menggunakan peluang sebaiknya untuk mencetak gol dan merasakan pasukannya tidak bernasib baik pada hari ini. ”Pada separuh masa pertama, banyak peluang yang tak diambil, mungkin ini bukan hari […]
MPFL: Sabah Cipta Kejutan Tundukkan Selangor

Selangor terpaksa menelan kepahitan setelah tumpas di aksi pertama Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2024 kepada Sabah. Aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara (KSN) Panasonic, Shah Alam menyaksikan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal oleh pemain import Sabah, Felipe Da Silva seawal minit keempat. Selangor lantas bangkit merencanakan serangan demi serangan namun ketangkasan penjaga […]
Ridzwan Bakri Nikmati Detik Terindah Bersama JDT

Pemain baru Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Ridzwan Bakri tidak dapat menyembunyikan kegembiraanya semalam. Ini kerana Pemain Paling Bernilai (MVP) Piala Futsal Malaysia 2023 itu bukan saja membantu JDT meraih kemenangan 6-1 ke atas Gombak TOT United. Malah, Ridzwan yang mesra disapa Iwan itu turut mencipta nama sebagai penjaring. Azri Rahman dan Muhammad Saad […]
MPFL: Qusmaini Noor Rusli Puji Ketangkasan Memukau Penjaga Gol JDT

Jurulatih Gombak TOT United FC, Qusmaini Noor Rusli mengakui kagum dengan prestasi penjaga gol Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Aiman Fikry Ramli semalam. Aksi pertama Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2024 menyaksikan JDT mengatasi cabaran TOT United 6-1 di Kompleks Sukan Negara (KSN) Panasonic. Gol JDT disumbang oleh hatrik Muhammad Saad Abdul Sani, […]
MPFL: JDT Berpesta Gol Atasi Gombak TOT United Pada Aksi Pembukaan

Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2024 dengan langkah kanan apabila menumbangkan tuan rumah, Gombak TOT United. JDT tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila rembatan kencang Azri Rahman meletakkan pasukannya mendahului seawal minit kedua. Seminit kemudian, Saad Abu Sani meletakkan naib juara MPFL 2023 selesa di depan menerusi […]
MPFL: Juara Bertahan, Pahang Rangers Pamer Kebangkitan Ajaib Berdepan Shah Alam City

Juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim lepas, Pahang Rangers mempamerkan kebangkitan dengan meraih keputusan seri 6-6 dengan Shah Alam City. Selepas meraih gelaran juara MPFL dan Piala Futsal Malaysia, Pahang Rangers dilihat mahu meneruskan pencapaian cemerlang mereka untuk musim 2024. Dan mereka tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Felipe de Souza pada […]
“Tawaran Memang Besar, Tapi Saya Tak Fikir Duit”

Pemain skuad futsal Selangor, Syahir Iqbal Khan masih mahu kekal bersama The Red Giants dan tidak berhasrat untuk meninggalkan pasukannya itu hanya kerana duit. Meskipun mendapat pelbagai tawaran, beliau berkata bahawa dirinya masih baru dalam arena futsal profesional dan mahu terus mengembangkan bakatnya bersama Selangor. “Sebab bagi Syahir, Syahir terlalu awal lagi dengan Selangor. Jadi, […]
Edgar Baldasso: Saya Harap Syahir Iqbal Khan Akan Kekal Di Selangor 20 Tahun Lagi

Pengendali skuad futsal Selangor FC, Edgar Baldasso berharap pemain berbakat, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan dapat terus kekal bersama pasukan itu. Pemain muda ini mula menarik perhatian ramai selepas mempamerkan prestasi bertenaga untuk Selangor dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2023. Atas sebab itu, tidak hairanlah bakat Syahir Iqbal Khan diintai oleh beberapa pasukan. […]
“Saya Mahu Angkat Martabat Pemain Tempatan” – Patt Sriwijit

Jurulatih skuad futsal Sabah, Patt Sriwijit mahu membantu menaikkan pemain-pemain futsal tempatan ke peringkat lebih tinggi menjelang saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2024. Beliau berkata ketika sidang media Majlis Pengenalan Pasukan dan Jersi Rasmi Skuad Futsal Sabah FA yang berlangsung di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya pada Khamis. Jurulatih kelahiran Thailand itu menjelaskan bahawa […]
JDT & Pahang Rangers Hangatkan Divisyen 1 MPFL

Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2024 bakal menyaksikan persaingan juara dan naib juara MPFL musim lepas, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Pahang Rangers. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai pasukan yang bakal bersaing dalam Divisyen 1 untuk musim 2024 hari ini. Selain JDT dan Pahang Rangers, Selangor FC, KL […]
Shah Alam City Umumkan Ketibaan Bintang Sensasi, Kelwin Soares

Shah Alam City tidak ketinggalan bagi melakukan persiapan rapi menjelang saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) yang bakal membuka tirai kurang sebulan lagi. Kelab futsal berpangkalan di Shah Alam itu baru sahaja memperkenalkan bintang Brazil, Kelwin Soares sebagai pemain baharu mereka di media sosial rasmi mereka. “Selamat datang Kelvin Soares”, tulis Shah Alam City di […]
JDT Sambar Khidmat Dua Bintang Pahang Rangers

Kelab Futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan bintang futsal negara, Ridzwan Bakri dan Mahadir Harahap sebagai rekrut terbaharu mereka. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi, JDT mengucapkan selamat datang kepada dua pemain tonggak Pahang Rangers tersebut. ”Rekrut terbaharu, selamat datang ke JDT Futsal Mahadir Harahap dan Ridzwan Bakri,” tulis JDT di kapsyen. Ridzwan dan […]