MPFL: Dominasi JDT Sukar Digugat, Tundukkan Terengganu 7-1

Pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) merakamkan kemenangan kelapan dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024 setelah tidak berdepan masalah untuk menumpaskan Terengganu pada Rabu. JDT bertandang ke Kuala Terengganu dengan momentum terbaik setelah meraih kemenangan bersih dalam kesemua tujuh perlawanan liga, berbeza dengan Terengganu yang kini berada di tangga kedua terbawah dengan hanya […]

JDT Umum Kemasukan Tonggak Brazil, Bruno Taffy

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain import baharu kelahiran Brazil, Bruno Taffy. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi JDT Futsal menyaksikan Bruno Taffy diperkenalkan secara rasmi sebagai tonggak import Harimau Selatan yang baharu bagi baki saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024. Di dalam video berkenaan, pemain berusia 34 tahun itu […]

Import Baru Selangor Beri Impak Kurang 24 Jam

Tonggak import baru skuad futsal Selangor FC, Gabriel Rosa sudah menunjukkan taringnya dalam Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024. Ini selepas pemain berusia 27 tahun itu membantu Selangor mengalahkan juara MPFL musim 2023, Pahang Rangers 6-5 dalam aksi terbaru Divisyen 1 pada 29 Jun lalu. Penyerang muda skuad futsal kebangsaan, Syahir Iqbal Khan […]

Gerard Casas Tinggalkan Pahang Rangers Mengejut Selepas 4 Tahun

Pengendali Pahang Rangers, Gerard Casas mengucapkan selamat tinggal buat pasukan bimbingannya itu setelah lebih empat tahun bersama. Menerusi satu kenyataan di laman Instagram Pahang Rangers, Casas mengumumkan bakal meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini dan berterima kasih buat para pemain, penyokong dan pihak pengurusan selama beliau berada di Malaysia. “Kepada penyokong setia PRFC dan keluarga […]

Bintang Brazil, Tonggak Georgia Dilaporkan Dalam Radar JDT & Selangor Futsal

Khabar angin mula bertiup kencang mengaitkan skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor bakal merekrut dua bintang futsal dunia dari Brazil dan Georgia. JDT Futsal yang mengumumkan perpisahan bersama pemain dari Brazil, Helio Neto minggu lalu kini difahamkan mencari pengganti bagi mengisi satu slot pemain import yang ditinggalkan oleh Neto itu. Menurut pemerhati bola […]

Saudara Karib Teerasil Dangda Perkasakan Skuad Futsal Kedah

Pasukan Kedah bakal diperkuat dengan kehadiran tonggak import yang juga saudara kepada bintang bola sepak Thailand, Teerasil Dangda bagi menghadapi saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) divisyen 2. Pemain import tersebut merupakan Nattawat Luksanato yang merupakan pemain futsal profesional di Thailand dan telah diumumkan sebagai salah seorang pemain import yang bakal menerajui skuad Kedah musim […]

Pengganti Helio Neto Di JDT Bukan Calang-Calang

Susulan pemergian pemain import Brazil, Helio Neto, skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dilihat sudah memiliki calon pengganti untuk pemain berkenaan. Semalam, ramai penyokong JDT terkejut apabila pemain berusia 32 tahun itu mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan berkenaan. Ini selepas Neto memaklumkan bahawa kontraknya bersama Harimau Selatan akan berakhir pada penghujung bulan ini. […]

Helio Neto Ucap Selamat Tinggal Kepada JDT

Pemain import pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT), Helio Neto mengumumkan perpisahannya bersama skuad Harimau Selatan. Pemain kelahiran Brazil itu menyertai JDT daripada salah satu pasukan pencabar musim lepas, Gombak TOT United pada awal Januari yang lalu. Setelah beraksi dalam tujuh perlawanan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL), jodoh pemain berusia 32 tahun itu bersama JDT […]

“JDT Merendah Diri Namun Mahu Juara” – Miguel Garcia

Pengendali skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) Juan Antonio Miguel Garcia tidak mahu anak-anak buahnya mendabik dada meskipun memiliki jurang mata yang jauh berbanding seteru utama mereka. Miguel Garcia yang ditemui selepas aksi MPFL berdepan KL City pada Ahad berkata perjalanan liga masih lagi panjang dan beliau mahukan anak-anak buahnya untuk kekal fokus dan hormati […]

MPFL: JDT Bangkit Belasah KL City

JDT meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) apabila bangkit dari ketinggalan untuk membelasah KL City pada Ahad. Selepas berjaya mencatatkan kemenangan bergaya ke atas seteru utama, Pahang Rangers minggu lalu, JDT berkunjung ke ibu kota untuk berdepan KL City yang merupakan pasukan tercorot liga. Skuad Harimau Selatan membariskan pemain-pemain terbaik yang […]

MPFL: Usaha Selangor Kejar JDT Terjejas

Usaha skuad futsal Selangor FC mengejar pendahulu Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sedikit terjejas. Ini selepas Selangor mengumumkan bahawa pemain import Brazil, Matheus Vasconcelos atau Ceara tidak bersama pasukan untuk baki kempen MPFL musim ini. Keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk masalah kecederaan dan […]

MPFL: JDT Mandi Peluh Tewaskan Pahang Rangers

Pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) bermaharajalela untuk menewaskan Pahang Rangers bagi aksi MPFL hari ini. Skuad kendalian Juan Antonio Miguel memulakan aksi dengan begitu cemerlang untuk mengawal permainan dengan 60 peratus pada babak pertama. Gol pembukaan berjaya disudahkan oleh Danial Dain dan juga Awaluddin Mat Nawi sebelum Filipe De Souza merapatkan kedudukan. Aksi babak […]

“Tiada Tekanan Berdepan JDT” – Gerard Casas

Pengendali Pahang Rangers, Gerard Casas tidak mahu anak-anak buahnya dibebani tekanan melampau menjelang pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu. Juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) musim lalu itu kini menduduki tangga kedua carta liga dengan 13 mata selepas lima perlawanan, dua mata ketinggalan di belakang pendahulu, JDT. Meskipun kedua-dua pasukan masih belum mencatatkan […]

MPFL: JDT Kekalkan Rekod Kemenangan, Tundukkan Sabah

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengekalkan rekod kemenangan 100% dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024/25 dengan menewaskan Sabah. JDT berharap dapat melebarkan rekod kemenangan dalam Divisyen 1 MPFL selepas menewaskan Selangor FC 4-2 dalam aksi terakhir mereka pada 16 Mac lalu. Sementara Sabah ingin melakar kemenangan ketiga selepas menewaskan KL City […]

Selangor Atur Dua Aksi Lawan Kelab Besar ASEAN

Sebagai persiapan untuk aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 yang seterusnya, Selangor FC mengatur dua aksi persahabatan menentang kelab gergasi ASEAN. Dua kelab yang menjadi pilihan skuad futsal Merah Kuning ialah kelab Black Steel FC dari Indonesia dan Black Pearl United (Thailand). Pengumuman dua aksi persahabatan ini dibuat pengurusan Selangor menerusi satu hantaran di […]

Bintang JDT Kembali Perkuat Pasukan Berdepan Sabah

Khabar baik diterima oleh kem futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila salah seorang bintang mereka kini dijangka kembali memperkuat pasukan dalam masa terdekat. Pemain yang dimaksudkan merupakan Ekmal Shahrin yang merupakan tonggak utama yang berperanan sebagai pivot pasukan JDT sejak musim 2023 yang lalu. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi JDT Futsal, kelibat pemain […]