Piala MFL: Kelantan DN Tewas Mengejut Ke Atas Terengganu

Aksi saingan Piala MFL petang ini menyaksikan Kelantan DN tewas mengejut ke atas Terengganu dengan keputusan 0-4. Kelantan Darul Naim turun dengan misi mengekalkan rekod tanpa kalah bagi musim ini sementara Terengganu II dalam misi mencipta kemenangan ketiga selepas tewas dalam perlawanan sebelum ini. Separuh masa pertama menyaksikan Terengganu berkelebihan dengan dua jaringan yang dihasilkan oleh […]

Ini Fakta Penting Tentang Penambahan Kuota 10+2 Import MFL

Baru-baru ini, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pindaan manual Liga Malaysia (Liga M) 2024/25 berkenaan pendaftaran pemain import. Menerusi pindaan ini, MFL mengumumkan pasukan-pasukan yang terpilih boleh mendaftarkan 12 tonggak import. Di sebalik pindaan ini, ada beberapa fakta yang perlu diketahui tentang penambahan kuota import yang dibuat MFL. 1. Tidak Menjejaskan Peluang Pemain Tempatan Kuota […]

MFL Luluskan Kuota 12 Pemain Import

Malaysian Football League (MFL) mengumumkan mengenai Pindaan Manual Liga Malaysia 2024-2025 melibatkan pendaftaran maksimum 12 Pemain Asing. Perkara ini telah berjaya mencapai persetujuan bersama majoriti Rakan Kongsi Liga dan telah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) MFL. Kuota tambahan ini tidak akan menjejaskan peluang pemain-pemain tempatan untuk beraksi kerana dua pemain asing tambahan ini hanya […]

CEO MFL Harap Tak Ada Kelab Tarik Diri Pertengahan Jalan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi berharap tiada kelab Liga Super menarik diri semasa pertengahan musim. Harapan itu disuarakan beliau tatkala beberapa pasukan liga berkenaan berdepan masalah kewangan yang serius terutama isu tunggakan gaji. Isu ini kembali hangat diperkatakan peminat bola sepak apabila beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) […]

Kenyataan Rasmi Selangor FC

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC telah membuat kenyataan berhubung dengan pertukaran jadual menentang Terengganu. Baru-baru ini, Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung perubahan jadual aksi yang telah ditunda. Ia melibatkan juga pertembungan antara dua gergasi Liga Super, Selangor dan juga Terengganu yang dianjak aksinya lebih lewat. “Perlawanan LS11 Terengganu FC […]

MFL Jawab Perancangan Wujudkan Semula Liga Perdana

Pihak Malaysian Football League (MFL) memberi jawapan mengenai perancangan untuk kembali mewujudkan Liga Perdana pada musim akan datang. Ketua Pegawai Eksekuti (CEO) MFL, Giorgio Rossi dalam sesi temu bual telah ditanyakan mengenai perancangan untuk mengembalikan semula Liga Perdana atau liga divisyen kedua Malaysia. Menurut Rossi, sudah terlewat untuk mewujudkan kembali Liga Perdana pada musim 2025 […]

“Struktur JDT Jadi Panduan Terbaik Di Liga Malaysia” – CEO MFL

Pengurusan cemerlang yang dimiliki oleh Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima pujian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL. Perkara ini dinyatakan oleh CEO badan induk tersebut iaitu Giorgio Pompili Rossi ketika satu sesi ramah mesra hari ini. Beliau mengakui teruja untuk mengemudi MFL dan mahu menganalisis secara terperinci permasalahan utama liga sebelum melakukan […]

Giorgio Rossi Kongsi Pelan Jangka Panjang Liga Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Giorgio Rossi berkongsi pelan jangka panjang untuk saingan Liga Malaysia (Liga M). Perkongsian ini dibuat tatkala beberapa kelab Liga M berdepan masalah kewangan yang serius. Antara isu yang timbul sejak musim 2024/25 bermula ialah isu tunggakan gaji. Isu tunggakan gaji bukan saja mendorong sesetengah pemain untuk berhijrah […]

“Perubahan Liga Malaysia Perlukan Masa” – Giorgio Rossi

Perubahan yang mahu dibawa ke Liga Malaysia memerlukan masa. Perkara ini disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu MFL, Giorgio Pompili Rossi atau lebih dikenali sebagai Jojo. Beliau berbesar hati menyahut cabaran baharu untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan tahap Liga Malaysia terus kompetitif. “Saya tahu bahawa saya merupakan CEO pertama dari luar negara. Bagi […]

MFL Penuhi Hajat Kelantan

Malaysian Football League (MFL) telah pun menunaikan hasrat besar yang dikemukakan oleh Kelantan Darul Naim. Baru-baru ini, Presiden Kelantan DN, Yb Rozi Muhamad memberitahu bahawa pasukan telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menggunakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai venue tuan rumah. Permintaan ini dilakukan bagi perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 22 September 2024. […]

Jadual 4 Aksi Liga Super Dipinda

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan pindaan membabitkan empat perlawanan Liga Super. Aksi membabitkan Terengganu FC dan Selangor FC yang sepatutnya berlangsung pada 21 September kini berlangsung pada 28 September. Selain aksi menentang Merah Kuning, tarikh aksi Sang Penyu dengan PDRM FC turut diubah. Kedua-dua pasukan yang sepatutnya berentap pada 29 September kini bakal bertemu […]

MFL Pinda Jadual Liga Super

Malaysian Football League (MFL) telah meminda jadual aksi Liga Super 2024/25. Umum mengetahui bahawa Liga Super berehat seketika untuk memberi ruang kepada aksi pentas antarabangsa. Saingan bola sepak Malaysia ini bakal kembali bersambung dengan terdapat perubahan pada jadual sepak mula perlawanan. Kemas kini terbaru menyaksikan terdapat 6 perlawanan yang bakal dimainkan bagi aksi Liga Super […]

Jasa Besar Stuart Ramalingam Sentiasa Dikenang

Rakan kongsi Liga Malaysia (Liga M) tidak akan melupakan jasa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam. Stuart tidak lagi bersama MFL selepas beliau tidak menyambung kontraknya yang tamat pada 31 Ogos lalu. Susulan itu, MFL mengumumkan bekas delegasi La Liga ke Malaysia, Giorgio Pompili Rossi sebagai CEO yang […]

Giorgio Rossi Dilantik CEO MFL

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kini mendapat sentuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu iaitu Giorgio Rossi. Pemilik nama sebenar Giogio Pompili Rossi ini merupakan individu yang tidak asing dalam kancah bola sepak Malaysia selepas menjadi wakil La Liga Global Network Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya seawal tahun 2013 dengan menyertai agensi komersial Kelab Serie A sebelum […]

Liga Super Bakal Terima Sentuhan Pakar LaLiga?

Liga Super Malaysia difahamkan bakal menerima sentuhan pakar LaLiga tidak lama lagi. Seorang individu penting difahamkan bakal mengisi jawatan penting untuk memacu kecemerlangan bola sepak Malaysia. Beliau juga memiliki pengalaman luas dan menjalinkan kerjasama dengan Liga Super sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk memantapkan kualiti saingan di Malaysia. Individu yang berasal dari Eropah ini difahamkan […]

8 Kelab Liga Super Lengkap Laporan FFP FIB

8 kelab Liga Super berjaya melangkapkan laporan FFP FIB Fasa Pertama Musim 2024/25. Financial Fair Play First Instance Body (FFP FIB) telah melakukan pemeriksaan terhadap laporan kewangan yang diserahkan oleh semua kelab Liga Super sebelum tarikh akhir 16 Julai 2024. Pemeriksaan serahan laporan kewangan kelab Liga Super adalah proses fasa pertama dalam pengenalan peraturan FFP […]