“Ada Pembayaran, Pasukan Bertolak Ke Johor Esok” -Zulhelmi

Pasukan KL Rovers dijangka akan berlepas ke Johor bagi menghadapi cabaran JDT bagi aksi pusingan 16 Piala Malaysia 2024. Pasukan yang beraksi dalam kancah Liga A1 itu pada awalnya dikaitkan dengan penarikan diri susulan masalah luar padang yang melanda pasukan ketika ini. Laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam pada awalnya memaklumkan tentang situasi […]
MFL Sedia Bantu Harimau Malaya Hadapi ASEAN Cup

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bersedia membantu persiapan Harimau Malaya menghadapi ASEAN Cup 2024 yang membuka tirainya pada 8 Disember ini. Sebelum ini, ramai peminat bola sepak negara tertanya-tanya sama ada saingan Liga Malaysia (Liga M) akan diteruskan atau tidak semasa kejohanan berlangsung. Ini kerana sekiranya saingan liga diteruskan pada Disember ini, ini akan menyukarkan […]
Piala MFL: Terengganu Tamatkan Rekod Kebal PDRM

Terengganu FC II kembali mendapat rentak kemenangan apabila menewaskan PDRM dalam aksi terbaru Piala MFL di Stadium UiTM, Shah Alam. Skuad muda Penyu mahu bangkit selepas tewas mengejut kepada Negeri Sembilan FC pada 4 November lalu. Manakala Sang Saka Biru pula mahu melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada tiga perlawanan. Nnabuike Chijioke Chukwu terus menjadi […]
Amri Yahyah ‘Pulang’ Beraksi Di Sabah

Lagenda bola sepak Malaysia, Amri Yahyah bakal pulang beraksi di Sabah. Undian Piala Malaysia 2024 itu menyaksikan tonggak berusia 43 tahun itu masih meneruskan langkahnya dalam kancah bola sepak di Malaysia. Beliau kini beraksi bersama kelab Liga A1 Semi Pro bersama PT Antlers dan bakal menghangatkan saingan Piala Malaysia kali ini. Berdasarkan undian yang dijalankan […]
Misi Besar Giorgio Rossi Bersama MFL

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Giorgio Rossi berharap dapat menjernihkan kembali imej sukan bola sepak Malaysia. Hasrat itu dizahirkan beliau selepas melihat pelbagai isu yang melanda sukan nombor satu negara itu termasuk membabitkan Liga Malaysia (Liga M). “Sudah tentu bila kita menyokong sukan bola sepak, semua orang bercakap tentang bola sepak. […]
Piala MFL: Negeri Sembilan Tumbangkan Terengganu Di Tampin

Usaha Terengganu FC II memburu kelompok dua teratas Piala MFL terbantut apabila tewas kepada Negeri Sembilan FC di Stadium Mini Tampin. Skuad Peteh yang dibimbing Haris Safwan Kamal berharap dapat menambah satu lagi kemenangan selepas menewaskan Sabah FC II 3-0. Sementara skuad Sang Rusa yang dibimbing Ishak Kunju Mohamad pula mahu kembali mendapat kemenangan selepas […]
PSM & MFL Jalin Kerjasama, Jadi Stadium Rasmi Liga Malaysia

Liga Malaysia (Liga M) terus mendapat suntikan penaja apabila menerima tajaan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sebagai stadium rasmi liga berkenaan. Kerjasama ini diumumkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan PSM dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi badan pengendali liga itu. Kerjasama ini dimeterai membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Giorgio Pompili Rossi dan CEO […]
MFL ‘Tadah Tangan’ Bantu Kedah

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi memaklumkan pengendali liga itu bersedia membantu Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Sejak awal musim 2024/25, Kedah bergelut dengan masalah kewangan terutama isu tunggakan gaji. Situasi ini menyebabkan pemain pasukan berkenaan beberapa kali tidak turun menjalani latihan sebagai tanda protes terhadap apa yang […]
MFL Nafi KL City Hantar Surat Rayuan Hukuman Pemotongan 6 Mata

Malaysian Football League (MFL) menafikan bahawa pihak pengurusan Kuala Lumpur City FC telah menghantar surat rayuan berkenaan pemotongan 6 mata kepada badan induk tersebut. MFL dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa KL City FC telah menghantar surat susulan pada 12 Ogos lalu berhubung keputusan hukuman pemotongan 6 mata yang bertarikh 5 Ogos 2024 kepada MFL. […]
10 November Tarikh Baharu Aksi Perak vs JDT

Penyokong Perak FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) akhirnya mengetahui bila aksi Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan itu bakal berlangsung. Sebelum ini, penyokong kedua-dua pasukan hampa apabila aksi liga yang sepatutnya berlangsung pada 5 Oktober lepas terpaksa ditangguhkan buat kali kedua. Keputusan penangguhan perlawanan dibuat susulan cuaca hujan lebat dan keadaan padang Stadium […]
Muhaimin Izuddin Hero Kelantan DN Curi Mata JDT II

Pemain baru Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Muhaimin Izuddin mencuri tumpuan dalam aksi terbaru Piala MFL pada 6 Oktober lalu. Muhaimin yang menyertai Sang Kijang Emas secara pinjaman dari Penang FC membantu pasukan itu mengikat Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II 3-3. Kelantan DN mendahului seawal minit kelapan menerusi Zuasyraf Zulkiefle. Kelebihan pelawat […]
Piala MFL: Penang Hentikan Rentak Kemenangan Terengganu

Hajat Terengganu FC II untuk terus memburu kelompok empat teratas Piala MFL lebur apabila sekadar seri 2-2 dengan Penang FC II di Stadium Bandaraya. Terengganu II mahu meneruskan momentum kemenangan selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 4-0 pada 23 September lalu. Manakala Penang II pula ingin kembali meraih tiga mata selepas diikat 2-2 […]
MFL Denda & Beri Amaran Buat Kelantan DN

Pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dikenakan hukuman denda RM5,000 dan amaran pertama oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Ini selepas pasukan itu melakukan kesalahan mempromosikan penyiaran perlawanan di platform bukan penyiar rasmi liga di laman media sosial rasmi mereka pada 27 September lalu. Ini merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan MFL berhubung isu […]
Kemas Kini Jadual Liga Super Bantu Persediaan Kelab Lebih Baik

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan kemas kini jadual Liga Super 2024/25 bagi bulan Oktober dan November. Hal ini melibatkan perlawanan minggu 14 sehingga minggu 16 yang akan bermula pada 25 Oktober 2024 sehingga 30 November. MFL dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa jadual perlawanan bagi bulan Oktober dan November ini dikeluarkan lebih awal bagi […]
3 Kelab Liga Super Dihukum

3 kelab Liga Super telah pun didenda oleh Badan bebas Financial Fair Play First Instance Body (FFP FIB). FFP FIB telah selesai melakukan pemeriksaan terhadap laporan kewangan fasa kedua yang diserahkan oleh kesemua kelab di Liga Super musim 2024/25. Berdasarkan penelitian terhadap semua kelab Liga Super, terdapat sepuluh (10) kelab telah berjaya menyerahkan laporan kewangan […]
Kenyataan Rasmi Terengganu FC

Terengganu FC telah membuat kenyataan rasmi berhubung dua aksi Liga Super yang telah dipinda. Malaysia Football League sebelum ini telah melakukan pindaan tarikh dua perlawanan aksi Liga Super melibatkan Terengganu FC iaitu menentang Selangor dan juga PDRM FC. “Sebelum ini pihak Selangor FC telah memohon pindaan tarikh dari pada jadual asal 21 September 2024 ke […]