MFL Umum Harga Tiket Final Piala FA

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan harga tiket final Piala FA di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC yang dijadualkan berlangsung pada 24 Ogos depan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dengan harga serendah RM50, penyokong sudah boleh menikmati secara langsung pertembungan hebat kedua-dua pasukan gergasi tanah air ini. “MFL menyediakan empat kategori tiket […]

KL City Didenda RM50,000, Lesen AFC Dibatalkan

Finalis Piala AFC 2022, KL City FC menerima tamparan hebat apabila didenda RM50,000 dan lesen AFC dibatalkan. Perkara ini diumumkan oleh First Instance Body (FIB) berkenaan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas kelab Ibu Kota tersebut. “Selepas selesai siasatan terhadap Kuala Lumpur City FC (KL City FC) seperti yang diumumkan oleh Jawatankuasa‬ First‬ Instance‬ Body‬ […]

KL City Terima RM1 Juta

Finalis Piala FA 2023, KL City FC kini difahamkan telah menerima RM1 Juta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). The City Boys kini hangat diperkatakan selepas difahamkan mengalami tunggakan gaji pada musim ini. Hal ini bermula apabila kapten pasukan, Paulo Josue tampil memaklumkan berkenaan situasinya yang dikatakan mengalami tunggakan 7 bulan gaji. Perkara ini bagaimanapun […]

FFP MFL Semak Laporan Kewangan 13 Kelab Liga Super

13 kelab Liga Super diminta menghantar laporan kewangan kepada unit Financial Fair Play (FFP) Malaysian Football League (MFL). Menerusi satu kenyataan oleh MFL, Unit FFP MFL telah menganjurkan satu lagi bengkel FFP pada 10 Julai 2024 bagi memberi lebih pemahaman mengenai pelaksanaannya kepada semua kelab Liga Super. “Sebelum ini taklimat pelaksanaan FFP MFL melibatkan Ketua […]

MFL Kemas Kini Jadual Separuh Akhir Piala FA

Malaysian Football League (MFL) telah mengemas kini jadual aksi separuh akhir Piala FA 2024. Menerusi satu hantaran di laman sosial MFL, terdapat perubahan yang dilakukan bagi aksi separuh akhir yang bakal berlangsung kurang dua minggu dari sekarang. Hal ini selepas mengambil kira Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 yang akan berlangsung pada 20 Julai 2024.  “Malaysian Football […]

Selangor Upah Peguam, Pertimbang Heret Kes Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

Pengurusan Selangor FC mempertimbang untuk mengheret kes hukuman mereka yang dijatuhkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Maklumat ini dikongsikan oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini. Beliau menyatakan skuad The Red Giants telah mengupah peguam dan […]

Stuart Ramalingam Jawab Status Masa Depannya Bersama MFL

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Datuk Stuart Ramalingam menjawab mengenai masa depannya bersama badan pengelola liga tersebut. Umum mengetahui bahawa berita mengenai pengunduran diri beliau mula tular dalam kalangan peminat di laman sosial sejak kebelakangan ini. Beliau dalam satu kenyataan kepada MFL sendiri memaklumkan mengenai kedudukannya selaku CEO MFL ketika ini. “Ramai […]

Penyokong Selangor Terima Khabar Gembira Berdepan JDT

Penyokong Selangor menerima khabar gembira daripada Malaysian Football League (MFL) bagi aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). Umum mengetahui bahawa MFL telah mengenakan 4 hukuman kepada Gergasi Merah susulan penarikan diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih tempoh hari. Perkara itu bagaimanapun telah dipertimbangkan semula dengan beberapa hukuman telah pun dibatalkan oleh MFL. Ahli Lembaga Pengarah Malaysian […]

Pokok Tumbang, Ribut Kencang Jadi Dugaan Aksi Kuching City & Selangor

Aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 membabitkan Kuching City FC dan Selangor FC pada 29 Jun diuji dengan cuaca buruk. Aksi suku akhir pertama ini dilihat medan bagi kedua-dua pasukan untuk mendapatkan bekalan gol sebelum aksi suku akhir kedua pada 6 Julai ini di Stadium MBPJ. Meskipun begitu, berdasarkan satu hantaran yang disiarkan oleh […]

Sanusi: Satu Malaysia Dalam Diam Bersama Merah Kuning

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menganggap satu Malaysia dalam diam bersama Merah Kuning. Perkara itu dinyatakan olehnya menerusi satu hantatan di laman sosialnya dengan menyatakan bahawa Selangor FC tidak bersendirian ketika ini. “Percayakan saya, mereka tidak bersendirian ketika ini. Sanusi Md Nor mengulang semula hantaran individu yang dikenali sebagai Mohd Ezli […]

Tunku Ismail: Mempersembahkan Kepada Anda Tokong Sebenar Bola Sepak Malaysia

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menzahirkan pandangan terkini tentang senario bola sepak negara. Baginda dalam satu kenyataan seperti yang ditulis oleh Johor Southern Tigers menyentuh tentang isu kelab yang tidak membayar gaji dan menarik diri sesuka hati. “Selepas ini yang mana kelab tidak membayar gaji, […]

Selangor Kekal Kemukakan Rayuan Kepada MFL

Pengurusan Selangor FC memutuskan untuk kekal memfailkan rayuan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Pada 25 Jun lepas, Selangor dikenakan hukuman oleh MFL selepas memilih menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih 2024 pada Mei lepas. Merah Kuning bukan saja dikenakan potongan tiga mata dan denda sebanyak RM100,000. Malah, kelab itu perlu membayar kos ganti […]

MFL Hormati Titah Sultan Selangor

Malaysian Fooball League (MFL) menghormati dan menunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. MFL dalam satu kenyataan menyebut bahawa Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 24 Jun 2024 ke atas Selangor FC. Perkara ini susulan ketidakhadiran kelab tersebut […]

MFL ‘Ganti’ Denda RM100 Ribu Selangor

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyemak semula empat hukuman yang dijatuhkan kepada Selangor FC pada 25 Jun lalu. Awal Mei lalu menyaksikan Selangor menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) atas faktor keselamatan. Keputusan itu dibuat susulan insiden simbahan asid yang menimpa pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim pada 5 Mei […]

MFL Batalkan Dua Denda Selangor

Malaysian Football League (MFL) telah membatalkan dua denda terhadap pasukan Selangor FC. Menerusi satu kenyataan oleh MFL, pengelola liga tersebut melakukan pertimbangan semula sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. “Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) hari ini telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula […]

Kerajaan Negeri Buka Tabung Bantu Selangor

Kerajaan negeri Selangor menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah melancarkan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC. Kempen yang bermula dari 26 Jun hingga 2 Julai itu diumumkan oleh EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi. Pada 25 Jun lalu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menjatuhkan hukuman ke atas Selangor selepas menarik diri daripada […]