Manchester United Tidak Dibenarkan Beli Pemain Baharu

Manchester United kini tidak dibenarkan membeli pemain baharu sehingga mereka menjual beberapa pemain terlebih dahulu ekoran peraturan kewangan kelab (FFP). Ini menjadi masalah utama United dalam memuktamadkan perpindahan Sofyan Amrabat apabila United hanya boleh membelanjakan £15 juta berdasarkan situasi semasa kewangan kelab menurut laporan Sport Bible. Manchester United berkemungkinan akan didenda ataupun digantung oleh UEFA […]
EPL: Man Utd Bangkit Tewaskan Nottingham Forest

Kelab gergasi EPL, Man Utd menghela nafas lega sebaik wisel penamat ditiup apabila berjaya menewaskan Nottingham Forest di Old Trafford hari ini. Selepas tewas 2-0 di tangan Tottenham Hotspur minggu lepas, The Red Devils berharap dapat meraih tiga mata ke atas Forest di gelanggang keramat mereka. Bagaimanapun, United sekali lagi bermula sumbang apabila Taiwo Awoniyi […]
Raphael Varane Luah Kekecewaan Terhadap FA England

Pemain pertahanan Manchester United, Raphael Varane telah meluahkan kekecewaannya terhadap Persatuan Bola Sepak England (FA England) berkenaan isu jadual padat dan perubahan masa tambahan. Varane menyatakan bahawa para pengurus dan pemain telah berkongsi kebimbangan sejak sekian lama tentang perlawanan yang terlalu banyak dan jadual padat yang boleh memberi kesan kepada aspek fizikal dan mental pemain. […]
Aksi Andre Onana ‘Lemas’ Di Gawang Manchester United

Penjaga gol yang baru ditandatangani Manchester United, Andre Onana menerima satu tamparan hebat apabila dibolosi dengan gol dari jarak jauh. Gol tersebut telah terhasil dalam aksi persahabatan di antara Manchester United dan RC Lens semalam. Jaringan yang dijaringkan oleh pemain berpengalaman RC Lens, Florian Sotoca itu dilakukan pada minit ke-23 ketika barisan pertahanan dilihat agak […]
Manchester United Rasmi Bawa Pesaing Terhebat Erling Haaland Di EPL

Manchester United secara rasminya telah mengumumkan penyerang berbakat Denmark, Rasmus Højlund selaku pemain baharu mereka bagi musim 2023/2024. Rasmus Højlund dibawa masuk dari Atalanta dengan tag harga €75 juta. Kehadiran Rasmus Højlund pastinya bakal memberi saingan sengit kepada Erling Haaland yang merupakan pemain kelab seteru utama mereka iaitu Manchester City. Musim lalu, Erling Haaland berjaya […]
Penjaga Gol Baru Manchester United Semakin Tertekan

Penjaga gol Manchester United, Andre Onana berjaya membuat penampilan keduanya bersama Manchester United selepas secara rasmi diumumkan sebagai pemain The Red Devils. Aksi pra-musim bertemu Borussia Dortmund pada kelmarin menyaksikan Manchester United tewas dengan keputusan 3-2. Pengendali pasukan, Erik Ten Hag membawa masuk Andre Onana pada babak kedua permainan bagi menggantikan Tom Heaton. Sebaik sahaja […]
Manchester United Akhirnya Bawa Masuk Penyerang Baharu

Kebuntuan Manchester United mencari seorang penyerang tengah kini terlerai apabila berjaya membawa masuk penyerang muda berusia 20 tahun, Rasmus Højlund. Atalanta akhirnya bersetuju untuk menjual pemain kelahiran Denmark itu setelah melalui proses rundingan yang panjang. Menurut Fabrizio Romano, Rasmus Højlund bakal mengikat kontrak selama 5 tahun dan Manchester United akan membayar €75 juta kepada Atalanta. […]
Rasmus Hojlund Lebih Hebat Berbanding Erling Haaland

Sasaran Manchester United, Rasmus Hojlund dilihat mampu mengatasi pelbagai rekod yang dicipta penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland disebabkan beberapa faktor. Dengan usianya baru mencecah 20 tahun, beliau sudah mencipta hatrik bersama pasukan kebangsaan Denmark. Sementara Haaland pula mencipta sensasi dengan menyumbat dua gol untuk kelab lamanya, Borussia Dortmund pada usia sama. Akhbar Daily Mail […]
Bekas Bintang Man Utd Akui Main Bola Sepak Sebab Duit Semata-Mata

Bekas penyerang Man Utd, Odion Ighalo membidas barisan bintang Eropah termasuk legenda Portugal, Cristiano Ronaldo kerana bermain bola sepak atas sebab duit. Sportskeeda melaporkan Ighalo berpandangan sedemikian kerana ini berdasarkan pengalaman beliau sendiri beraksi di Arab Saudi. “Semasa anda muda, ya, anda bermain kerana minat. Pada ketika itu, anda tak kisah pun tentang duit. “Tapi […]
Debut Onana Bersama Man Utd Berakhir Dengan Tragedi

Kelab gergasi England, Man Utd mengalami kekalahan pra-musim kedua di Amerika Syarikat apabila tunduk 2-0 kepada pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid di Stadium NRG, Houston hari ini. United ingin bangkit selepas melihat skuad muda mereka dimalukan 3-1 oleh kelab baru League Two, Wrexham semalam. Bagaimanapun, anak-anak buah Erik ten Hag bermula dengan langkah kiri apabila […]
Wrexham Jinakkan Ubi Muda Manchester United

Pendatang baru League Two, Wrexham mencipta kejutan dengan menewaskan skuad bawah 21 tahun (B-21) Manchester United 3-1 dalam aksi pra-musim di Stadium Snapdragon, San Diego hari ini. Red Dragons yang lebih berpengalaman berbanding lawan mereka itu berada di hadapan menerusi tandukan bekas penyerang West Ham, Elliot Lee pada minit ke-29. Skuad muda Red Devils yang […]
Al Nassr Mahu Borong Pemain ‘Buangan’ Manchester United

Kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr bakal membawa seorang lagi pemain Manchester United beraksi di Saudi Pro League. Akhbar Daily Mirror melaporkan bek tengah Red Devils, Eric Bailly kini menjadi sasaran perpindahan The Knights of Najd bernilai £20 juta (RM117 juta). Bek tengah berusia 29 tahun itu disisihkan pengurus United, Erik ten Hag dan dipinjamkan ke kelab […]
Bekas Pertahanan Manchester United Sertai Al-Nassr

Bek kiri Manchester United dan Brazil, Alex Telles semakin hampir menyertai Cristiano Ronaldo di Al-Nassr. Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan persetujuan lisan telah dicapai antara Red Devils dan Al-Alami berkenaan perpindahan tersebut. Ia dijangka dimuktamadkan selepas kedua-dua pihak meneliti semua maklumat yang dipersetujui. Al-Nassr berharap dapat memperkenalkan Telles bersama seorang lagi pemain baru mereka […]
Dilucutkan Sebagai Kapten, Harry Maguire Luahkan Perasaan Sedih

Bek tengah England, Harry Maguire mengumumkan bahawa beliau bukan lagi kapten Manchester United. Pengumuman tersebut dibuat selepas Erik ten Hag memutuskan untuk melantik seorang kapten baru menjelang musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bermula pada bulan hadapan. “Selepas berbincang dengan pengurus hari ini, beliau memberitahu saya bahawa beliau akan menukar kapten. Beliau menyatakan sebab-sebabnya […]
Bekas Pemain Buruan Manchester United Sepak Penalti Ke Langit

Bekas sasaran Manchester United, James Ward-Prowse merasa malu apabila sepakan penalti yang diambilnya melambung ke langit. Peristiwa itu berlaku dalam perlawanan persahabatan pra-musim membabitkan Southampton dan kelab Turki, Goztepe semalam. Dengan keputusan 1-0 memihak kepada tuan rumah pada babak pertama, The Saints mendapat peluang menyamakan kedudukan pada babak kedua selepas Sekou Mara dijatuhkan dalam kotak […]
David De Gea Tinggalkan Manchester United

Penjaga gol kelahiran Sepanyol, David De Gea akhirnya meninggalkan Manchester United setelah 12 tahun bersama kelab tersebut. Menurut Fabrizio Romano, Manchester United kini mahukan Andre Onana selaku penjaga gol utama bagi saingan musim hadapan. De Gea yang menyertai Manchester United pada tahun 2011 telah merekodkan 664 penampilan secara keseluruhan bersama kelab dan turut pernah memenangi […]