Manchester United Buru Penjaga Gol Asia

Selepas melepaskan penjaga gol David de Gea, ramai penyokong Manchester United ingin tahu siapa calon penjaga gol utama Red Devils selepas ini. Pasukan yang dibimbing Erik ten Hag itu memilih pendekatan lain dari yang lain dengan memburu penjaga gol Urawa Red Diamonds, Zion Suzuki. Menurut laporan akhbar Sponichi, United menghantar bidaan formal berjumlah £5 juta […]

Kelab Ronaldo Buru David de Gea

Selepas kontraknya tidak diperbaharui oleh Manchester United, penjaga gol David de Gea kini bergelar ejen bebas. Dan disebabkan statusnya itu, penjaga gol Sepanyol itu berpeluang untuk kembali bergandingan dengan Cristiano Ronaldo di kelab Saudi Pro League, Al-Nassr. Akhbar The Sun melaporkan Al-Alami sedang menimbang sama ada menawarkan kontrak kepada bekas penjaga gol Atletico Madrid itu. […]

Pertahanan Kebal ‘Musuh’ Malaysia Di Piala Asia Sertai Bayern Munich

Orang besi Korea Selatan, Kim Min-jae yang bakal beradu dengan barisan penyerang Malaysia di Piala Asia akan menyertai Bayern Munich. Ini selepas kelab Bavaria itu sudah memuktamadkan terma peribadi dengan orang besi Napoli itu. Kini, yang tinggal ialah Die Roten membayar penuh klausa perpindahannya berjumlah €60 juta (RM306 juta) dengan Napoli. Menurut wartawan sukan terkenal, […]

Bintang Manchester United Dalam Kocek Asnawi Mangkualam

Kapten timnas Indonesia, Asnawi Mangkualam memperkenalkan dirinya dengan cara terbaik kepada bintang Manchester United, Alejandro Garnacho. Pemain berusia 23 tahun itu menjadi pilihan Shin Tae-yong untuk mengemudi bahagian kanan pasukan telah beraksi dengan cukup memberangsangkan. Kelibat pemain Jeonnam Dragons ini jelas memberi masalah kepada jentera serangan La Albiceleste yang datang dari bahagian kanan padang. Beliau […]

FA Cup: Manchester City Muncul Juara, Tewaskan Manchester United

Hasrat Manchester City mengecapi treble musim ini semakin hampir menjadi realiti. Ini selepas City berjaya menjulang The FA Cup dengan menewaskan musuh setempat mereka dari Manchester, Manchester United 2-1 di Stadium Wembley hari ini. Separuh masa pertama menyaksikan Citizens terlebih dahulu membuka jaringan menerusi kapten Ilkay Gundogan. Dalam tempoh 13 saat, pemain tengah Jerman itu […]

Ten Hag Mahu Dapatkan Pesaing De Gea

Manchester United mengakhiri musim 2022-2023 dengan pencapaian tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Carabao Cup. Tetapi bagi pengurus Erik ten Hag, beliau tahu untuk United lebih berjaya musim hadapan, pasukan memerlukan seorang penjaga gol baru untuk bersaing dengan David de Gea. Hal ini disahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Ten Hag melihat dengan […]

Manchester United & Newcastle Mahu Dapatkan Khidmat ‘Musuh’ Harimau Malaya Di Piala Asia

Dengan tamatnya kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, fokus semua pasukan ialah memperkuat pasukan masing-masing untuk musim 2023-2024. Dan difahamkan Manchester United dan Newcastle United mahu mendapatkan bek tengah Napoli, Kim Min-jae. Berdasarkan ciapan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano di Twitter, nama bek tengah Korea Selatan itu kini dalam radar dua kelab EPL tersebut. […]

Luke Shaw Sasar Man Utd Juarai Liga Perdana & UCL

Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2022-2023 menyaksikan Man Utd bangkit semula termasuk kembali layak ke UCL musim hadapan. Dan bagi bek kiri England, Luke Shaw, dia percaya Red Devils akan kembali menjulang EPL dan UCL pada musim hadapan. Keyakinan ini disuarakan selepas kagum dengan impak yang dibawa pengurus mereka, Erik ten Hag. Pengurus Belanda itu […]

“Kami Gagal” – Mo Salah

Kemenangan 4-1 Manchester United ke atas Chelsea bukan sekadar mengesahkan kelayakan Red Devils ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan. Tetapi itu juga bermakna Liverpool bakal beraksi di Liga Europa – sesuatu yang mengecewakan ayam tambatan mereka dari Mesir, Mo Salah. Selepas merekodkan tujuh kemenangan berturut-turut sebelum ini, Reds yang dibimbing Jurgen Klopp dilihat ada […]

EPL: Hasrat Liverpool Ke UCL Berkecai, Seri Dengan Aston Villa

Peluang tipis Liverpool untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan tidak kesampaian hari ini. Ini selepas anak-anak buah Jurgen Klopp diikat Aston Villa 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield hari ini. Memandangkan perlawanan hari ini merupakan perlawanan terakhir di tempat sendiri untuk musim 2022-2023, Reds pastinya mahu meraih satu lagi […]

Dua Pertahanan Kebal Tinggalkan Manchester United

Selepas berhadapan dengan masalah kecederaan berpanjangan, akhirnya pertahanan Manchester United, Phil Jones dilaporkan akan meninggalkan kelab tersebut secara percuma selepas tamat kontrak pada penghujung Jun depan. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan bola sepak terkenal dunia, Fabrizio Romano di laman twitter rasmi milik beliau. Bekas pemain antarabangsa England itu telah menjadi pemain yang hampir dilupakan […]

Bintang Korea Selatan Jadi Buruan Manchester United

Pertahanan Manchester United yang goyah kebelakangan ini merungsingkan ramai penyokong terutama dalam pemburuan kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL). Justeru, tidak hairanlah Red Devils dikhabarkan sedang memburu bek tengah Korea Selatan, Kim Min-jae dari Napoli. Menurut laporan akhbar Daily Express, United dilaporkan bersedia membayar £53 juta (RM297.5 juta) untuk mendapatkan pemain pertahanan berusia 26 […]

Jordi Amat Anggap Pengalaman ‘Ratah’ Manchester United Amat Berharga

Sebelum beraksi dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat beraksi dengan banyak pasukan Eropah termasuk Swansea City. Justeru, tidak hairanlah salah satu memori paling berharga bagi Amat ialah membantu Swansea mengalahkan Manchester United sebanyak dua kali pada 2014 dan 2015. Ia satu memori indah kerana jika dibandingkan United dengan The Swans, mereka merupakan pasukan bukan […]

Manchester United Sudah Jumpa Pengganti Messi Yang Sebenar

Dengan tetingkap perpindahan musim panas bakal bermula tidak lama lagi, kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah mula mengintai pemain-pemain berpotensi. Tetapi bagi Manchester United, terdapat seorang pemain muda di mana bakatnya persis Lionel Messi sekaligus berpotensi membarisi kesebelasan utama Red Devils pada masa akan datang. Pemain yang dimaksudkan ialah Shea Lacey yang beraksi untuk skuad […]

Jurulatih Brighton Anggap Man United Tak Layak Ke Final

Kekalahan Brighton & Hove Albion kepada Man United semalam dalam aksi separuh akhir The Emirates FA Cup amat pahit untuk diterima termasuk pengurus mereka, Roberto De Zerbi. Jadi, tidak hairanlah pengurus Itali itu melabel Red Devils sebagai pasukan yang tak sepatutnya layak ke pentas final. De Zerbi merujuk kepada beberapa statistik perlawanan semalam. Dalam aksi […]

FA Cup: Lindelof Wira Penalti Manchester United, Tewaskan Brighton

Manchester United terpaksa bekerja keras menewaskan Brighton and Hove Albion menerusi penentuan sepakan penalti sebelum melayakkan diri ke final FA Cup. Ini bakal menjadikan aksi final lebih istimewa kerana mereka bakal menentang musuh setempat, Manchester City. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan bermula dengan berhati-hati untuk memburu gol pembukaan. Tetapi United lebih banyak menguji penjaga gol […]