Sofyan Amrabat Sanggup Jaga Gawang Demi Man United

Pemain tengah baru Man United, Sofyan Amrabat mengakui bersedia mengisi apa saja peranan termasuk penjaga gol bagi membantu pasukan. Ini selepas aksi Piala EFL hari ini menentang Crystal Palace menyaksikan Amrabat diturunkan di posisi bek kiri dan bukannya posisi pemain tengah. United kemudiannya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-0. Bagi pemain tengah Maghribi itu, beliau […]

Man United Catat 27 Peratus Penguasaan Bola Berdepan Pasukan Corot EPL

Biarpun berjaya meraih kemenangan ke atas Burnley pada Sabtu lepas, Man United hanya meraih 27% penguasaan bola dalam perlawanan tersebut. Peratusan ini dikongsikan oleh BR Football selepas perlawanan semalam. Sementara The Clarets pula memiliki penguasaan bola sebanyak 73%. Dari satu segi, peratusan penguasaan bola ini sudah dijangka memandangkan falsafah pengurus Burnley, Vincent Kompany mementingkan penguasaan […]

Marcus Rashford Terlibat Kemalangan

Bintang Manchester United, Marcus Rashford dilaporkan terlibat dalam kemalangan kereta setelah tamat perlawanan menentang Burnley. Rashford yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya mengalami kemalangan yang menyebabkan kereta Rolls Royce milik beliau remuk dibahagian belakang. Pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan namun hanya terkejut sejurus terlibat dengan kemalangan […]

EPL: Man United Jumpa Cara Menang, Tewaskan Burnley

Man United kembali temui rentak kemenangan dalam EPL apabila mengalahkan Burnley di Turf Moor awal pagi ini. Selepas tiga kali tewas termasuk di tangan Bayern Munich baru-baru ini, anak-anak buah Erik ten Hag amat memerlukan kemenangan untuk kembali menstabilkan kempen mereka. Justeru, tidak hairanlah United tampil garang pada babak pertama. Biarpun Burnley memiliki kelebihan sebagai […]

David De Gea Beri Bayangan Mahu Bersara

Bekas penjaga gol Manchester United, David de Gea sudah berkira-kira untuk menggantung but sekiranya masih gagal mendapatkan kelab baru. Akhbar The Guardian melaporkan penjaga gol berusia 32 tahun itu mahu mencari kelab yang memilihnya sebagai penjaga gol utama dan bukan sebagai penjaga gol sokongan. Penjaga gol Sepanyol itu hanya berminat menyertai kelab yang memburu trofi […]

Ole Solskjær Menyesal Bawa Cristiano Ronaldo Kembali Ke Man United

Bekas jurulatih Manchester United, Ole Solskjær mendedahkan bahawa beliau menyesal membawa masuk Cristiano Ronaldo ke Old Trafford. Beliau akui kedatangan Cristiano Ronaldo ke Manchester United bukanlah satu keputusan yang diingininya. “Membawa kembali Cristiano Ronaldo adalah satu keputusan yang sukar untuk ditolak dan saya rasa kami terpaksa menerimanya, tetapi ternyata salah. “Rasanya sangat tepat apabila dia […]

UCL: Manchester United Teruskan Rentak Kekalahan Kepada Bayern Munich

Gergasi EPL, Manchester United terus dirundung kekalahan apabila tewas kepada gergasi Bundesliga, Bayern Munich dalam aksi pertama Kumpulan A UCL semalam. Selepas dimalukan Brighton dalam aksi EPL minggu lepas, The Red Devils sedar mereka berdepan tugas sukar mencipta kemenangan di Allianz Arena. Kerapuhan pertahanan sejak awal musim dieksploitasi Die Roten dengan dua gol masing-masing disumbang […]

Bayern Munich Tempang Tanpa Thomas Tuchel

Bayern Munich terpaksa melupakan khidmat ketua jurulatih, Thomas Tuchel menjelang aksi pertama Liga Juara-Juara Eropah bertemu Manchester United awal pagi esok. Thomas Tuchel tidak dibenarkan berada ditepi padang untuk perlawanan tersebut ekoran menjalani penggantungan satu perlawanan tetapi beliau dibenarkan berada ditempat duduk penonton dan berkomunikasi menerusi staf kejurulatihan Bayern Munich sahaja. Ini ekoran layangan kad […]

Pep Guardiola Gelakkan Manchester United

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola seolah-olah terkesima apabila diajukan soalan oleh wartawan mengenai perkembangan pasukan-pasukan besar yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL). Antara pasukan yang ditanyakan kepada Guardiola adalah Arsenal, Liverpool, Chelsea dan Manchester United. Namun begitu reaksi ketawa terlihat pada riak wajah Guardiola apabila ditanyakan mengenai musuh setempat, Manchester United. “Pasukan-pasukan besar kini […]

Brighton Malukan Manchester United Di Old Trafford

Manchester United dimalukan Brighton apabila tewas mengejut 1-3 kepada pasukan tersebut di Old Trafford. United menurunkan 2 pemain baharu, Sergio Reguilon dan Rasmis Hojlund dalam kesebelasan utama mereka bertemu Brighton dan bermula baik apabila mempunyai beberapa peluang awal menerusi Marcus Rashford. Namun United dikejutkan dengan gol pembukaan Brighton pada minit ke-20 permainan hasil jaringan bekas […]

Ibu Harry Maguire Tampil Bersuara

Ibu kepada bek tengah Manchester United, Harry Maguire tampil membidas komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau. Sejak beberapa musim lepas, prestasi Maguire dilihat terumbang-ambing baik bersama United mahupun England. Akibatnya, ini mengundang rasa tidak puas hati penyokong terhadap kualiti permainan beliau. Begitupun, sesetengah komen negatif yang dilemparkan baik penyokong mahupun penganalisis bola sepak dianggap melampaui […]

Manchester United Bakal Hilang Khidmat Andre Onana

Manchester United berdepan kemungkinan tidak dapat menggunakan penjaga gol utama mereka, Andre Onana sekitar Januari dan Februari tahun depan. Ini selepas penjaga gol Cameroon itu telah mengumumkan keluar dari persaraan dan bersedia membantu negara itu mendepani Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2024. Sportbible melaporkan Onana dijangka terlepas empat perlawanan EPL iaitu Tottenham Hotspur (13 Januari 2024), […]

Penyokong Manchester United Berang Lihat Jadon Sancho Bercuti

Jadon Sancho yang mempunyai waktu terluang setelah disisihkan daripada pasukan England ketika ini memilih untuk pergi bercuti di New York, Amerika Syarikat. Namun tindakan tersebut tidak digemari sekumpulan penyokong Manchester United setelah kenyataan kontroversi Jadon Sancho ke atas Erik Ten Hag tentang prestasi latihan beliau yang tidak cukup bagus. Di laman X, seorang pengguna telah […]

Manchester United Hilang Antony

Manchester United sekali lagi ditimpa masalah apabila pemain sayap lincah, Antony kini terpaksa direhatkan ekoran dakwaan menggunakan keganasan terhadap teman wanitanya. Antony bakal berehat sementara daripada aksi bola sepak untuk menangani dakwaan yang telah dibuat terhadapnya. “Saya telah bersetuju dengan Manchester United untuk mengambil tempoh berehat sepanjang saya menangani dakwaan ini. Saya mahu membersihkan nama […]

Antony Digugurkan Daripada Skuad Brazil

Pemain sayap Manchester United, Antony digugurkan daripada skuad kebangsaan Brazil susulan dakwaan terbaru mengatakan beliau telah mencederakan bekas teman wanitanya. Bekas teman wanita beliau, Gabriela Cavallin mendakwa Antony mengugut bakal mencederakannya semasa hamil dan merosakkan implan payu daranya. Selain itu, Cavallin juga mendakwa bekas penyerang Ajax Amsterdam itu memotong jarinya dengan kaca. Susulan semua dakwaan […]

EPL: Arsenal Bedil Manchester United Pada Minit Akhir

Arsenal berjaya menewaskan Manchester United 3-1 di Stadium Emirates dalam aksi yang penuh debaran pada minit-minit akhir. Manchester United membuka jaringan pada minit ke-27 perlawanan menerusi Marcus Rashford yang merembat kencang ke arah kiri gawang gol Arsenal setelah menerima hantaran daripada Christian Eriksen. Tidak sampai seminit, Arsenal menyamakan kedudukan hasil jaringan Martin Odegaard yang menyempurnakan […]