FIFA Puji Peningkatan Malaysia

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberi pujian terhadap peningkatan yang ditunjukkan oleh Malaysia. Harimau Malaya terus menapak dan menghampiri kelompok 120 terbaik dunia berdasarkan kemas kini terbaru ranking FIFA. Skuad kebangsaan ketika ini berjaya naik satu lagi anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-134 dunia berbanding 135 dunia sebelum ini. Malaysia mengumpul 1107 mata dan […]

Syamer Kutty Tidak Mahu Terlepas Ke Skuad Kebangsaan

Pemain tengah Penang FC, Syamer Kutty tidak mahu lagi terlepas daripada panggilan ke skuad kebangsaan. Bagi Syamer, panggilan ke skuad kebangsaan merupakan satu penghargaan. Dengan minit permainan yang tinggi, Syamer yakin ianya akan menambahkan lagi tahap permainan beliau di atas padang. “Sudah pasti ianya satu penghargaan bila dapat panggilan negara. Sekarang saya dapat banyak minit […]

Nidzam Jamil: Kalah 3-2 Lawan Terengganu Tak Teruk

Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil tetap positif dengan persembahan pasukannya sungguhpun tewas 3-2 di tangan Terengganu. Beliau yang ditemui selepas perlawanan di Gong Badak memaklumkan bahawa pasukannya sudah berusaha sebaik mungkin. Pengendali muda ini bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan aksi bertenaga anak buahnya untuk menghabiskan perjuangan 90 minit di laman lawan. Nidzam Jamil memuji […]

“Selepas 5 Tahun Di Malaysia, Saya Hadapi Banyak Keadaan Seperti Ini”

Selepas 5 tahun berada di Malaysia, pemain lincah Kedah Darul Aman, Sony Norde mengakui telah banyak menghadapi keadaan seperti ini. Perkara itu dijelaskan oleh beliau selepas tamat perlawanan antara Kedah dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) di Darul Aman. Pemain berusia 35 tahun itu menjadi kapten pasukan dan berkata secara terbuka bahawa beliau tidak berpuas […]

Hector Bidoglio: Semua Pasukan Di Malaysia Mahu Menang Lawan JDT

Persembahan juara bertahan Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) diberi cabaran sukar sebelum menumpaskan Kedah Darul Aman malam ini. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Darul Aman. Pertemuan aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman menyaksikan skuad Harimau Selatan merekodkan kemenangan 2-1. Katanya, anak buahnya […]

Skuad Muda Thailand Bangkit Tundukkan Singapura Saat Akhir

Skuad muda Thailand bermula langkah kanan dalam kejohanan AFF bawah 19 tahun apabila berjaya menundukkan cabaran Singapura untuk aksi pertama kumpulan C. Skuad muda Thailand dan juga Singapura turun dengan misi penting untuk meraih tiga mata pertama setelah Malaysia membelasah Brunei dengan jaringan 11-0. Sahoo Garv membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini apabila berjaya membolosi […]

Skuad Muda Malaysia ‘Baham’ Brunei 11-0

Skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) membuka kempen Kejuaraan ASEAN B-19 2024 dengan langkah kanan apabila membelasah Brunei 11-0 dalam aksi pertama Kumpulan C. Malaysia selaku juara bertahan edisi 2022 dilihat pasukan pilihan untuk perlawanan ini. Sementara Brunei pula berharap dapat mengekang anak buah Juan Torres Garrido daripada meraih kemenangan besar. Hajat Tabuan Muda tidak […]

Siaran Langsung Piala FA: Terengganu vs Selangor (Live Streaming)

Perlawanan separuh akhir Piala FA melibatkan pertembungan antara Terengganu dan juga Selangor FC. Ketua Jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner percaya bahawa sokongan padu dapat memberikan kelebihan buat pasukannya bertemu The Red Giants. “Pemain kami beraksi dengan baik ketika bertemu Sabah sebelum ini jadi sukar untuk diubah. “Saya percaya dengan sokongan penonton, kita boleh menang perlawanan esok,” […]

Jurang Ranking Malaysia & Indonesia Makin Hampir

Jurang ranking Malaysia dan juga Indonesia kini semakin hampir. Dua negara Asia Tenggara ini bersaing sengit untuk memintas kedudukan satu sama lain berdasarkan kemas kini semasa ranking FIFA. Sang Garuda berjaya mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 manakala Harimau Malaya terpaksa berpuas hati untuk menamatkan saingan pada pusingan kedua. Pencapaian Malaysia bagaimanapun kekal […]

Siaran Langsung Piala FA: Kedah Darul Aman vs JDT (Live Streaming)

Pertembungan aksi separuh akhir Piala FA 2024 bakal melibatkan pertemuan antara Kedah Darul Aman dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT). Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain memaklumkan bahawa beliau kini dapat menghembus nafas lega selepas keseluruhan pemain yang bebas daripada kecederaan untuk menghadapi tentangan sengit kelab gergasi Liga Super itu. Pengendali JDT, Hector Bidoglio […]

3 Penjaga Gol Malaysia Piala Asia B-23 2018 Hadapi Nasib Berbeza

Tiga bekas penjaga gol skuad Malaysia Bawah 23 Tahun pada kejohanan Piala Asia B-23 2018 alami nasib berbeza dalam saingan Liga Super musim 2024/2025. Pada Piala Asia B-23 edisi 2018, Malaysia yang pada ketika itu dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee telah membawa tiga penjaga gol iaitu Haziq Nadzli, Ifwat Akmal dan Syihan Hazmi. Penampilan […]

Siaran Langsung AFF B-19: Malaysia vs Brunei (Live Streaming)

Perlawanan pertama Piala AFF B-19 melibatkan pertembungan antara Malaysia dan Brunei. Skuad kendalian Juan Torres Garrido dalam misi untuk meraih 3 mata penting selain mempertahankan kejuaraan di Indonesia. Beliau bagaimanapun optimis untuk memastikan anak buahnya memperagakan aksi terbaik pada aksi pembukaan menentang Brunei. “Belum ada lagi (bayangan kesebelasan utama), semua pemain kini dalam keadaan terbaik […]

AFC Pahat Nama Baik Kim Pan-gon Bersama Malaysia

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah memahat nama baik Bekas Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu secara rasminya tidak lagi bersama Harimau Malaya apabila melepaskan jawatan selepas dua tahun 6 bulan. Beliau meninggalkan legasi hebat setelah membantu skuad negara melonjak hingga menghampiri kelompok 120 dunia. AFC telah meninggalkan pesanan akhir berkenaan […]

Paulo Josue: Pemergian Pan-gon Kehilangan Besar Buat Malaysia

Kapten KL City FC, Paulo Josue mengakui sedih apabila mendapat berita Kim Pan-gon meletakkan jawatan sebagai jurulatih Harimau Malaya. Jurulatih Korea Selatan itu mencipta kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas yang diadakan pada 16 Julai lalu. Susulan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pembantu Pan-gon dari Sepanyol, Pau Marti Vicente […]

Piala FA: Syafiq Ahmad Hanya Jadi Penonton Lawan JDT

Penyerang berbisa Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad hanya beraksi sebagai penonton ketika melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain berusia 29 tahun itu menyertai Sang Kenari sebagai tonggak pinjaman daripada skuad Harimau Selatan bagi musim 2024/25. Beliau bagaimanapun difahamkan akan hanya duduk di bangku simpanan berdepan majikannya bagi aksi separuh akhir Piala FA 2024. […]

Kim Pan-gon Letak Jawatan, FAM Tak Kenakan Penalti

Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak perlu bimbang dengan isu pampasan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Isu pampasan timbul apabila Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi mendedahkan jurulatih berusia 55 tahun itu berkemungkinan perlu membayar pampasan lebih RM3 juta kepada badan induk itu. Ini disebabkan peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih […]