Juan Torres Masih Berteka-Teki Tentang Skuad Terbaik Malaysia B-19

Pengendali skuad bawah 19 tahun Malaysia, Juan Torres Garrido masih belum memikirkan kesebelasan terbaik menjelang aksi pertama kumpulan C menentang Brunei pada Jumaat. Pasukan muda Malaysia menyenaraikan 23 pemain untuk dibawa ke Surabaya, Indonesia bagi membawa cabaran negara dalam kempen Asean U-19 Boys Championship yang membuka tirai pada 17 Julai lalu. Daripada senarai tersebut, pemain […]

Pengganti Kim Pan-gon? Ini Jawapan FAM

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),  Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi memaklumkan badan induk itu belum memikirkan usaha mencari pengganti Kim Pan-gon. Bekas pengendali Harimau Malaya itu mengumumkan perletakan jawatannya dalam satu sidang media khas yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 16 Julai lalu. Keputusan yang dibuat beliau mengejutkan ramai penggiat […]

Ranking FIFA: Kedudukan Malaysia Melonjak Tinggi

Ranking FIFA: Kedudukan Malaysia kini melonjak lagi berdasarkan kemas kini semasa. Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Harimau Malaya terus mencatatkan unjuran positif berdasarkan kemas kini semasa. Malaysia meraih mata penting dalam dua pertemuan terakhir apabila mengikat Kyrgyzstan, 1-1 sebelum membenam Chinese Taipei 3-1 di laman sendiri. Kejayaan itu menyaksikan pasukan yang […]

Perbandingan Terkini Nilai Pasaran Arif Aiman & Safawi Rasid

Perbandingan nilai pasaran dua tonggak penting negara, Arif Aiman dan Safawi Rasid mencuri perhatian peminat. Kedua-dua pemain ini sedang menjadi watak penting pasukan masing-masing terutamanya dalam kancah Liga Super musim 2024/25. Arif Aiman yang baru sahaja pulih daripada kecederaan kini menjadi watak penting buat Harimau Selatan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua kejohanan. JDT […]

Pemain JDT & Selangor Dominasi Senarai Akhir Malaysia B-19 Di Indonesia

Menjelang kempen Kejuaraan ASEAN Bawah 19 Tahun (B-19) 2024, pengendali Malaysia B-19, Juan Torres Garrido telah memuktamadkan senarai pemain yang akan beraksi di kejohanan itu. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 23 pemain yang akan menggalas cabaran skuad negara di Surabaya, Indonesia. Majoriti pemain yang dipanggil datang dari pasukan Johor Darul Ta’zim […]

Olimpik Paris: RTM Beri Khabar Gembira Buat Rakyat Malaysia

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mempunyai khabar gembira buat peminat sukan Malaysia. Ini kerana sempena Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, RTM dipilih sebagai penyiar rasmi kejohanan. “Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal membawakan temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 27 Julai ini! Tonton di aplikasi RTMKLIK. Ayuh! Tunjukkan sokongan anda kepada kontinjen […]

Harimau Malaya Selangkah Miliki Tonggak Kacukan ‘Gred A’ Buatan Real Madrid

Bekas penjaga gol Real Madrid, Diego Altube Suarez berpotensi menjadi penjaga gol baharu Harimau Malaya. Pemain berusia 24 tahun ini dilepaskan oleh kelabnya di La Liga 2, Albacete setelah kontraknya tamat pada 1 Julai 2024 yang lalu. Tonggak muda berketinggian 1.88 meter ini mula dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Malaysia , Johor Darul Ta’zim […]

Penjaga Gol Warisan Berdarah Sepanyol Dalam Perjalanan Sertai JDT?

Penjaga gol warisan berdarah Sepanyol difahamkan dalam perjalanan untuk menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT). Desas-desus mengenai watak baharu skuad Harimau Selatan ini dikongsikan oleh pemerhati bebas bola sepak Malaysia, Juan Budiman. Beliau dalam satu kenyataan di laman X memaklumkan bahawa terdapat beberapa muka baharu bakal dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua Ogos ini. Antara pemain […]

Hamidin & Pau Marti Adakan Perbincangan Penting Di Sepanyol

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Hamidin Mohd Amin mengadakan pertemuan penting bersama pemangku ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti di Sepanyol. Pau Marti kini menjawat jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan bagi menggantikan tempat Kim Pan-gon yang mengumumkan perpisahannya pada Rabu. “Kepada penyokong bola sepak Malaysia, hari ini saya ada mesej yang […]

Kim Pan-gon Perlu Bayar Lebih RM3 Juta Kepada FAM

Bekas Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon difahamkan perlu membayar lebih RM3 Juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Hal ini susulan peletakan jawatannya dalam tempoh singkat sekaligus meninggalkan posisinya selaku Ketua Jurulatih Harimau Malaya. Pengendali berusia 55 tahun itu telah berkhidmat bersama skuad kebangsaan selama 2 tahun 6 bulan sebelum memutuskan untuk tidak lagi bersama […]

“Ada Cubaan Tukar CEO KL City Tanpa Keperluan”

Ada cubaan yang sedang dilakukan untuk menukar CEO KL City tanpa keperluan ketika ini. Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad memaklumkan bahawa terdapat usaha untuk menukar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City. Beliau ketika ditemui di sebuah tempat di Kuala Lumpur hari ini memaklumkan bahawa terdapat campur tangan dalam pasukan […]

Khalid Samad: Pendapatan DBKL RM2.38 Bilion, Apa Salahnya Beri 0.5% Kepada KL City

Pendapatan tinggi DBKL mencecah RM2.38 Bilion membuatkan harapan untuk melihat dana itu disalurkan kepada KL City namun kini masih tertangguh. Perkara ini dijelaskan oleh Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad ketika ditemui media di Kuala Lumpur. Katanya, pemain KL City masih tidak menerima gaji sungguhpun telah menewaskan Selangor dengan keputusan […]

Ucapan Menyentuh Hati Dion Cools Kepada Kim Pan-gon

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools menyatakan penghargaan buat bekas pengendali pasukan itu, Kim Pan-gon. Jurulatih berusia 55 tahun itu mencipta kejutan dengan mengumumkan perletakan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Malaysia dalam satu sidang media pada 16 Julai lalu. Susulan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Pau Marti Vicente sebagai pemangku jurulatih dan dibantu […]

Kim Pan-gon Jawab Maksud ‘Bahaya’ Dalam Ucapannya

Bekas Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menjelaskan maksud bahaya yang cuba disampaikannya ketika sesi sidang media baru-baru ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu akhirnya meletakkan jawatan selepas dua tahun 6 bulan bersama Harimau Malaya. Ucapannya ketika sesi perpisahan baru-baru ini mengundang tanda tanya selepas beliau memaklumkan sukar untuk menjelaskan beberapa perkara kerana bahaya. Situasi ini […]

Dion Cools Pilih Kekal Di Buriram United

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools sah kekal bersama juara Thai League 1 musim 2023/24, Buriram United. Sebelum ini, ramai tertanya-tanya tentang status bekas pemain pertahanan FC Brugge itu bersama Thunder Castle. Ini selepas semakan yang dibuat kepada tempoh kontrak Cools mendapati ia berakhir pada 30 Jun lalu. Ini membawa kepada spekulasi pemain berdarah Sarawak-Belgium […]

Tunku Ismail: Dia Dalam Perjalanan Minum Kopi Dengan Saya Di St Regis

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memaklumkan perkembangan terbaru mengenai Kim Pan-gon. Baginda dalam satu kenyataan di laman X memberi jawapan balas kepada @RimauXI mengenai perancangan untuk bertemu dengan pengendali kelahiran Korea Selatan itu. @RimauXI berhasrat untuk bertemu dengan jurulatih berusia 55 […]