Media Vietnam Kaitkan Park Hang-seo Calon Jurulatih Harimau Malaya

Media Vietnam kini mula mengaitkan nama Park Hang-seo sebagai calon Ketua Jurulatih Harimau Malaya. Hal ini susulan peletakan jawatan rakan senegara, Kim Pan-gon daripada tugasan kebangsaan beberapa hari lalu selepas dua tahun 6 bulan menggalas tugas. Laporan daripada Bongdaplus melaporkan bahawa Park Hang-seo berpotensi untuk menjadi antara calon paling baik menggantikan Kim Pan-gon bersama Malaysia. […]

Perbezaan Nilai Skuad JDT & Selangor Cecah RM34 Juta

Perbezaan nilai skuad terkini pasukan Johor Darul Tazim (JDT) dan Selangor FC kini mencecah RM34 Juta. Perkembangan terbaru kedua-dua pasukan handalan Malaysia ini mencuri tumpuan tatkala mereka bakal membawa cabaran negara ke kancah Asia. Skaud Harimau Selatan akan beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) manakala The Red Giants menjadi wakil tunggal Malaysia di Liga […]

Razman Roslan: Pemain Perlu Faham Corak Permainan Pau Marti

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan berpandangan barisan pemain Harimau Malaya perlu bersedia memahami corak permainan yang akan diterapkan Pau Marti Vicente. Isu perubahan corak permainan skuad negara timbul susulan tindakan jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon mengundur diri sebagai pengendali Malaysia. Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang media khas pada 16 Julai lalu. Pan-gon berbuat […]

Petar Segrt Terbuka Jadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Bekas pengendali Tajikistan, Petar Segrt secara terbuka menyatakan minat menggalas peranan jurulatih Harimau Malaya. Minat jurulatih Croatia itu timbul selepas jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon mengumumkan peletakan jawatannya sebagai jurulatih skuad kebangsaan Malaysia pada 16 Julai lalu. Keputusan jurulatih berusia 55 tahun itu dibuat atas sebab komitmen peribadi. Susulan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) […]

Skuad Muda Malaysia ‘Titik’ Singapura 5-0

Skuad muda B-19 tahun Malaysia melakar kemenangan bergaya selepas menewaskan Singapura dalam aksi kedua kempen Kejuaraan ASEAN B-19 2024. Anak buah Juan Torres Garrido turun dalam misi mencatat kemenangan kedua selepas meraih kemenangan 11-0 mengatasi Brunei dalam aksi pertama tempoh hari. Babak di separuh masa pertama menyaksikan Malaysia mendahului perlawanan dengan keputusan 3-0. Gol pembukaan […]

Kim Pan-gon Dapat Dua Tawaran Gergasi Asia

Bekas Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon akui mendapat dua tawaran gergasi Asia. Perkara ini dikongsikan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu dalam satu temu bual bersama Astro Arena baru-baru ini. Beliau memaklumkan bahawa telah menerima dua tawaran besar dari Asia namun masih belum membuat keputusan muktamad. “Saya fikir Ulsan telah menghantar satu kertas cadangan yang […]

Kim Pan-gon Lihat Jiwa Besar Dalam Diri Safawi Rasid

Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon melihat jiwa besar yang berada dalam diri Safawi Rasid. Jurulatih berusia 55 tahun itu tidak lagi bersama skuad kebangsaan selepas meletakkan jawatan baru-baru ini. Beliau dalam satu temu bual eksklusif bersama Astro Arena sempat berkongsi berkenaan sisi berbeza para pemainnya dalam kem kebangsaan. Memori indah itu jelas terpahat dalam […]

Siaran Langsung AFF B-19: Singapura vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi kedua peringkat kumpulan C AFF B-19 menyaksikan pertemuan Derbi Seberang Tambak di antara Malaysia dan Singapura pada Isnin. Skuad kendalian Juan Torres Garrido kini berada di tahap terbaik setelah membuka tirai kempen kejohanan dengan langkah kanan apabila membelasah Brunei dalam aksi pertama Jumaat lalu. Penyerang JDT IV, Abid Safaraz meledak hatrik pada aksi tersebut […]

Pau Marti Sedih Dengan Pemergian Kim Pan-gon

Pemangku jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui sedih melihat Kim Pan-gon meninggalkan pasukan itu. Jurulatih Korea Selatan itu mencipta kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai jurulatih Harimau Malaya pada 16 Julai lalu. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya. FAM bersetuju untuk memendekkan tempoh kontrak jurulatih berusia 55 tahun […]

Hamidin Terkilan Dengan Kim Pan-gon

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin terkilan dengan keputusan Kim Pan-gon. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu memutuskan untuk meninggalkan skuad Harimau Malaya selepas hampir dua tahun 6 bulan mengemudi pasukan. Hamidin sempat merakamkan ucapan penghargaan tertinggi kepada Pan-gon sepanjang perkhidmatannya. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pan Gon kerana sepanjang dua […]

India Tak ‘Layan’ Park Hang-seo

India dikesan tidak melayan permohonan jurulatih terkemuka Asia, Park Hang-seo. Pengendali berpengalaman itu kini tidak melatih mana-mana pasukan setelah meninggalkan posisinya bersama Vietnam setahun yang lalu. Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu dimaklumkan telah menghantar permohonan untuk melatih pasukan kebangsaan India setelah pemergian pengendali, Igor Stimac. Beliau dicanang hebat untuk melatih India tatkala pasukan itu mengalami […]

Kim Pan-gon Akui Sukar Tinggalkan Malaysia

Bekas pengendali skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon mengakui keputusan meninggalkan pasukan itu sebagai satu keputusan yang sukar. Pada 16 Julai lalu, jurulatih Korea Selatan itu mencipta kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengendali Harimau Malaya. Keputusan itu diumumkan dalam satu sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya. Keputusan Pan-gon itu mengejutkan ramai pihak terutama pemain-pemain […]

Kim Pan-gon Tak Mahu Malaysia Jadi Seperti Vietnam

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon tidak mahu Malaysia menjadi seperti Vietnam Beliau berkongsikan perkara itu dalam satu sesi sidang media eksklusif bersama Astro Arena baru-baru ini. Baru-baru ini, pengendali kelahiran Korea Selatan itu membuat keputusan mengejutkan apabila meletak jawatan sebagai pengendali Harimau Malaya selepas dua tahun 6 bulan. Faktor peribadi dikatakan menjadi punca bekas pengendali […]

Liga A1: PT Athletic Kalahkan Manjung City Dengan Jaringan Besar

Aksi minggu 6 Liga A1 menyaksikan PT Athletic berjaya mencatatkan kemenangan besar ketika bertemu Manjung City FC. Tiada perubahan besar dalam skuad kendalian Nazrulerwan Makmor apabila mengekalkan kesebelasan terbaik ketika beraksi di laman sendiri. Manjung City pula melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama dengan nama-nama seperti Shahrul Naim, Al-Fateh, Muhammad Sobri dan Syamin Baharuddin kekal […]

Ranking FIFA: Kepulauan Solomon Punca Malaysia Dan Indonesia Naik Anak Tangga

Biarpun tiada perlawanan antarabangsa buat Malaysia dan Indonesia sepanjang bulan Julai, namun kemaskini ranking terbaru FIFA menyaksikan Kepulauan Solomon menjadi punca Malaysia dan Indonesia naik satu anak tangga. Malaysia dan Indonesia dipastikan naik satu anak tangga ranking FIFA selepas Kepulauan Solomon yang sebelum ini menduduki ranking ke-133 ditolak sebanyak 35.96 mata selepas mencatatkan dua kekalahan […]

Pemain Korea Selatan Hampiri Perpindahan Ke JDT

Seorang pemain Korea Selatan difahamkan bakal melengkapkan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT). Pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor difahamkan bakal melakukan rombakan besar-besaran menjelang jendela perpindahan kedua. Pasukan selatan tanah air itu dikaitkan dengan perpindahan beberapa nama besar termasuklah tonggak import dan juga tempatan. Perkara ini dimaklumkan […]