Harimau Malaya Bakal Uji Taring Negara Piala Dunia

Harimau Malaya kini selangkah untuk menguji kekuatan negara Piala Dunia. Perlawanan ini juga bakal menjadi antara ujian awal buat skuad kendalian Pau Marti Vicente yang kini mengambil alih tugas bersama skuad kebangsaan. Beberapa perlawanan persahabatan difahamkan akan diadakan sebagai persiapan pasukan kebangsaan menjelang sepak mula Piala AFF 2024. Ujian sulung bekas pengendali Akademi Barcelona itu […]

Jurulatih Thailand Puji Kualiti Pemain Sayap Muda Malaysia

Jurulatih Thailand, Emerson Pereira memuji kualiti yang dimiliki oleh pemain sayap muda Malaysia. Skuad bawah 19 tahun negara kini sedang berjuang hebat di Surabaya, Indonesia dalam saingan ASEAN U-19 Boys Championship dengan mencatatkan 2 kemenangan besar ke atas Brunei dan Singapura. Pada aksi pertama, anak-anak buah Juan Torres garang membelasah Brunei 11-0 sebelum meraih tiga […]

Lee Zii Jia Berpeluang Raih 3 ‘Habuan’ Sekelip Mata

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia berpeluang mendapat tiga ganjaran lumayan seandainya berjaya meraih pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik 2024. Temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis menyaksikan Zii Jia menjadi sandaran pingat negara dalam acara badminton. Seandainya bekas juara All England 2021 itu berjaya merealisasikan impian meraih pingat emas, nama Zii […]

5 Calon Jurulatih Luar Negara Kemudi Harimau Malaya

5 calon jurulatih luar negara mula menjadi buah mulut penyokong Harimau Malaya ketika ini. Hal ini susulan pemergian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon selepas 2 tahun 6 bulan mengemudi skuad kebangsaan. Tugasan skuad kebangsaan kini digalas oleh pemangku Ketua Jurulatih, Pau Marti Vicente bagi mengharungi dua kejohanan iaitu Pestabola Merdeka 2024 dan Piala AFF 2024. Berikut […]

Keraian Pemain Muda Malaysia Di Indonesia Buat Ramai Sebak

Pemain skuad bawah 19 tahun Malaysia, Danish Hakimi membuatkan ramai sebak selepas beliau meraikan jaringan menentang Brunei dalam aksi sulung saingan Kumpulan C Piala AFF Bawah 19 Tahun di Indonesia. Dalam aksi tersebut, Danish Hakimi meledak pada minit ke-25 perlawanan yang mana ianya merupakan jaringan keempat buat skuad kendalian Juan Torres Garrido itu. Malaysia mengakhiri […]

Malaysia Ajak Russia Berentap Oktober Ini

Malaysia dikhabarkan telah mengajak Russia untuk berentap dalam satu aksi persahabatan pada Oktober ini. Skuad negara yang kini dibimbing oleh Pau Marti Vicente bagi menggantikan tugas Kim Pan-gon sedang merangka persiapan rapi bagi mengharungi beberapa kejohanan penting termasuklah Kelayakan Piala Asia 2027. ”Selain perbincangan mengenai perancangan Pestabola Merdeka 2024 dan Piala Mitsubishi Electric ASEAN, saya […]

KL City Terima RM1 Juta

Finalis Piala FA 2023, KL City FC kini difahamkan telah menerima RM1 Juta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). The City Boys kini hangat diperkatakan selepas difahamkan mengalami tunggakan gaji pada musim ini. Hal ini bermula apabila kapten pasukan, Paulo Josue tampil memaklumkan berkenaan situasinya yang dikatakan mengalami tunggakan 7 bulan gaji. Perkara ini bagaimanapun […]

Slot Kelab Malaysia Ke Asia Dalam Bahaya

Slot kelab-kelab Liga Malaysia ke pentas Asia kini berada di dalam bahaya selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sedang menyiasat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pengelola Liga Malaysia iaitu Malaysian Football League (MFL). Siasatan itu adalah ekoran daripada isu gaji yang kini mendapat perhatian AFC. Seandainya pelanggaran syarat pelesenan kelab berlaku, FAM dan MFL berdepan […]

Akhyar & Safawi Rasid Rehat Lawan JDT?

Duo serangan Terengganu FC, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid difahamkan hanya berehat ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain pinjaman skuad Harimau Selatan ini memperagakan aksi terbaik untuk membantu skuad peteh musim ini. Gandingan serasi ini juga telah memastikan Terengganu tidak tewas dalam mana-mana perlawanan setakat ini. Dua pemain ini bagaimanapun difahamkan tidak dapat diturunkan […]

Jurulatih Thailand Yakin Dapat Tewaskan Malaysia

Jurulatih Thailand Bawah 19 Tahun (B-19), Emerson Pereira percaya anak buahnya mampu menewaskan musuh tradisi mereka, Malaysia. Selepas dua perlawanan Kumpulan C Kejuaraan ASEAN B-19 2024, Malaysia dan Thailand mengumpul enam mata. Kelebihan jaringan besar yang dimiliki anak buah Juan Torres Garrido memastikan mereka mendahului kumpulan ketika ini. Harimau Muda merekodkan 16 jaringan dalam dua […]

Perbezaan Ranking Lee Zii Jia & Dua Lawan Di Olimpik Jadi Bualan

Perbezaan ranking dunia membabitkan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan dua lawannya di peringkat kumpulan Sukan Olimpik 2024 menjadi bualan ramai. Peringkat kumpulan untuk acara perseorangan lelaki menemukan Zii Jia dengan wakil Sepanyol, Pablo Abian dan jaguh Sri Lanka, Viren Nettasinghe. Perbezaan ranking ketiga-tiga pemain ini yang menjadi bualan. Ini kerana Zii Jia […]

AFF B-19: Malaysia Layak Awal, Rekod Jaringan Terlalu Besar

Aksi AFF B-19 menyaksikan Malaysia berjaya layak awal dengan rekod jaringan yang terlalu besar. Persembahan cemerlang yang dipamerkan oleh anak didik Juan Torres Garrido telah membuahkan hasil untuk membantu skuad muda negara menempah tiket ke separuh akhir. Kemenangan 11-0 ke atas Brunei memberikan motivasi tambahan kepada skuad muda negara sebelum mengatasi Singapura dengan keputusan 5-0 […]

Azam Azih Terima Penghargaan Tertinggi Kim Pan-gon

Perancang tengah negara, Azam Azih menerima penghargaan tertinggi daripada Bekas Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu tidak lagi bersama skuad kebangsaan selepas dua tahun 6 bulan menggalas tugas. Beliau dalam satu temu bual eksklusif bersama Astro Arena telah memberikan beberapa nama pemain yang dirasakan memiliki kriteria tersendiri. Pan-gon memuji kualiti kaki […]

Hamidin Jawab Kontrak Asal Kim Pan-gon Bersama Harimau Malaya

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memjawab tempoh kontak asal Kim Pan-gon bersama Harimau Malaya. Umum mengetahui bahawa pengendali kelahiran Korea Selatan ini tidak lagi bersama pasukan kebangsaan selepas meletakkan jawatannya. Ketiadaan beliau jelas mendukacitakan Hamidin yang mahu melihat pengendali berusia 55 tahun ini kekal mengemudi Malaysia. “Saya ingin mengucapkan terima […]

Terengganu Cabar Rekod Hebat JDT

Finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC kini berupaya mencabar rekod hebat Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner merekodkan kemenangan ke-6 musim ini selepas menundukkan Selangor FC dengan keputusan 3-2. Kemenangan di laman sendiri itu membolehkan skuad Peteh memiliki peluang terbaik untuk melangkah ke final Piala FA 2024. Pencapaian membanggakan ini membolehkan Terengganu menjadi […]

Thailand Bakal Uji Kekebalan Malaysia Di Indonesia

Skuad Bawah 19 tahun Malaysia bakal diuji dengan lawan yang lebih hebat dalam saingan Kejohanan Asean AFF B-19 apabila bakal bertemu Thailand, Khamis ini (25 Julai). Skuad kendalian Juan Torres Garrido itu menunjukkan kualiti permainan terbaik dalam dua aksi awal Kumpulan C apabila menewaskan Brunei dan Singapura dengan jaringan yang besar. Lebih meyakinkan, skuad muda […]