Bajet Sukan SEA 2027 Cecah RM700 Juta

Penganjuran Sukan SEA 2027 di Malaysia dilaporkan menelan bajet sehingga mencecah RM700 juta. Malaysia sebelum ini sah menerima tawaran untuk menjadi tuan rumah bagi temasya ini dengan usaha sama dari tiga buah negeri untuk menganjurkan bersama. “Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan keputusan kerajaan menerima tawaran Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah temasya […]
Tajikistan Ke Malaysia Dengan Berita Baik

Tajikistan datang ke Malaysia dengan membawa berita baik menjelang aksi Pestabola Merdeka 2024. Juara bertahan Pestabola Merdeka itu sebelum ini terpaksa menelan hakikat apabila kehilangan watak penting iaitu Ketua Jurulatih, Petar Segrt yang meletak jawatan. Pasukan Asia Tengah itu juga merekodkan pencapaian baik di Piala Asia 2023 apabila mara hingga ke peringkat suku akhir sebelum […]
Tom Saintfiet Tinggalkan Filipina Sebelum Hadapi Malaysia

Bekas ketua jurulatih Filipina, Tom Saintfiet mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan seminggu sebelum menghadapi Malaysia. Pengumuman ini dibuat oleh Pengarah Skuad Kebangsaan Filipina, Freddy Gonzalez pada Rabu yang memaklumkan Saintfiet telah meninggalkan peranan ketua jurulatih serta merta. “Tom Saintfiet akan meninggalkan peranannya sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan lelaki Filipina berkuat kuasa serta-merta,” ujar […]
Sorakan Nama Forestieri Bergema di Stadium Vicarage Road

Sorakan nama pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri bergema di Stadium Vicarage Road baru-baru ini. Pemain berusia 34 tahun itu dikesan berada di England dan berkunjung ke kelab lamanya iaitu Watford FC ketika aksi EPL menentang Playmouth Argyle. Tonggak kelahiran Itali itu menerima sambutan hangat daripada penyokong bekas kelabnya bersama seorang lagi lagenda kelab, […]
JDT Pintas Pohang Steelers, Kini Kelab Ke-8 Terbaik Asia

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencipta rekod baharu apabila muncul kelab ke-8 terbaik di Asia. Skuad Harimau Selatan masih segar dengan kejayaan menjulang Piala FA 2024 terus mengukuhkan langkah dalam kelompok 10 kelab elit di Asia. Prestasi cemerlang pasukan kendalian Hector Bidoglio diserikan lagi apabila kemas kini terbaru oleh laman Opta Analyst menunjukkan peningkatan […]
China Lantik Jurulatih Eropah Hadapi Skuad Muda Malaysia

Persatuan Bola Sepak China (CFA) mengorak langkah dengan melantik jurulatih Sepanyol, Antonio Puche sebagai pengendali skuad China Bawah 21 Tahun (B-21). Perlantikan jurulatih berusia 52 tahun itu diumumkan CFA menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi badan induk itu pada 16 Ogos lalu. Puche bukan asing dengan arena bola sepak China. Berdasarkan semakan di […]
Singapura Uji Taring JDT September Ini?

Pasukan kebangsaan Singapura dilaporkan berminat untuk menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) September ini. Perkara ini dilaporkan oleh wartawan Singapura, Deepanraj Gaanesan mengenai perancangan pasukan tersebut untuk mengatur beberapa aksi persahabatan. Katanya, Singapura mahu memanfaatkan masa rehat antarabangsa bulan September ini untuk mengatur beberapa aksi pemanas badan berdepan pasukan tempatan dan luar negara. “Pasukan Singapura, BG […]
Media Australia Puji JDT & Shane Lowry

Media Australia menghamburkan pujian kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Shane Lowry. Skuad Harimau Selatan berjaya meraih hatrik Piala FA dan menjadi satu-satunya pasukan yang mencipta sejarah tersebut. Shane memainkan peranan penting tatkala JDT melakar kemenangan besar 6-0 ke atas Selangor dalam aksi epik di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Pemain berusia 35 tahun […]
Dua Tenaga Pakar Barcelona Perkasa Harimau Malaya

Dua tenaga pakar terkemuka dunia iaitu Fisio dan juga doktor FC Barcelona kini memperkasakan skuad Harimau Malaya. Kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti yang akan bermula pada Khamis, bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2024 bakal mendapat sentuhan dua individu yang pernah berkhidmat bersama kelab terkemuka Sepanyol, FC Barcelona. Individu yang dimaksudkan ialah Edu […]
Ng Tze Yong Rehat Panjang

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal buat kejohanan yang berbaki pada tahun ini. Tze Yong yang bergelut dengan kecederaan yang dialami olehnya ketika di Petronas Malaysia Open sekitar Januari lalu telah menjalani beberapa siri pembedahan sebelum ini. Menurut Pakar Perubatan Institut Sukan Negara (ISN), Dr. Jasmiza Khuzairi, perkembangan positif […]
Fernando Forestieri Di Watford

Penyerang berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri dikesan berada di Watford. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan pemain Harimau Selatan sejak tahun 2022 namun kurang beraksi musim ini akibat kecederaan. Beliau bagaimanapun mencuri perhatian peminat bola sepak tanah air apabila dikesan berada di Watford yang juga merupakan bekas kelabnya. Tonggak kelahiran Itali ini beraksi […]
Giliran Safee Sali Tarik Perhatian FIFA

Bekas pemain kebangsaan, Safee Sali telah mendapat perhatian daripada laman Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Dalam satu hantaran di media sosial rasmi FIFA World Cup baru-baru ini, gambar Safee telah dimuat naik dengan caption yang mengimbau kembali zaman kegemilangan Safee bersama Harimau Malaya. “Safee Sali antara penyerang prolifik yang pernah skuad Harimau Malaya ada,” […]
Pemain Kacukan Itali Perkuat Malaysia

Pemain kacukan Itali kini berpeluang untui menunjukkan kemampuan sebenar apabila dipanggil ke kem Malaysia. Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 26 orang pemain yang dipanggil oleh Ketua Jurulatih, Juan Torres Garrido. Skuad muda negara akan memulakan kem latihan bermula Jumaat, 30 Ogos 2024 sebagai persiapan menjelang Kelayakan Piala Asia B-20 2025 […]
Malaysia B-19 Sertai Kejohanan 4 Penjuru Di China

Skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) mula mengatur persiapan pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 dengan menyertai kejohanan empat penjuru di China. Kejohanan tersebut ialah CFA Team International Friendly Tournament yang bakal berlangsung dari 4 hingga 10 September ini. Kejohanan ini menampilkan tiga lagi pasukan Asia B-21 iaitu tuan rumah China, Vietnam dan Uzbekistan. Selain […]
“Malaysia Rumah Pertama Palestin” – Mohamed Rashid

Pemain Palestin menganggap Malaysia sebagai rumah pertama mereka sejak kali pertama menjejakkan kaki ke sini. Perkara ini dinyatakan oleh tonggak utama pasukan, Mohamed Rashid ketika menjalani latihan pertama di Malaysia. Beliau bersama rakan sepasukan tiba di Ibu Kota susulan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan bantuan dari segi fasiliti dan kemudahan untuk Palestin. Hal ini […]
Palestin Ambil Aura Di Malaysia Hadapi Korea Selatan

Pasukan kebangsaan Palestin sudah memulakan langkah untuk menghadapi aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad Palestin tiba di Malaysia pada 26 Ogos 2024 dan diberikan kemudahan latihan yang diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Latihan hari pertama dimulakan dengan begitu positif oleh kem Palestin yang bertempat di Stadium Cheras. Skuad kendalian Makram Dabboub bagaimanapun […]