Syafiq Ahmad Bawa Momentum Kedah Ke Harimau Malaya

Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad mahu membawa prestasinya bersama pasukan itu agar menyerlah untuk Harimau Malaya. Syafiq antara empat penyerang yang dibawa Pau Marti Vicente dalam senarai 26 pemain bagi menghadapi kempen Pestabola Merdeka 2024. Selain penyerang berusia 29 tahun itu, duo KL City FC, Paulo Josue dan Haqimi Azim serta […]

JDT Atur Aksi Menentang Kelab Thailand, Port

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengatur aksi persahabatan menentang kelab Thailand, Port FC pada bulan September. Perkara ini dinyatakan oleh Johor Southern Tigers mengenai dua aksi persahabatan yang bakal diharungi dalam masa terdekat. Aksi menentang Port dan pasukan kebangsaan Singapura ni penting buat JDT untuk menguji beberapa pemain baharu yang menyertai pasukan. […]

Ujian Berat Menanti Sabah

Ujian berat menanti Sabah FC bagi tiga aksi mendatang dalam saingan Liga Super 2024/25. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tidak berada dalam momentum terbaik apabila tewas tiga daripada 5 perlawanan terakhir. Kehilangan beberapa tonggak utama jelas merencatkan percaturan pasukan terutamanya pada bahagian serangan The Rhinos. Namun begitu, kepulangan tonggak penting seperti Saddil Ramdani, Gabriel […]

Endrick Mahu Fokus Aksi Penting Berdepan Filipina

Tonggak Harimau Malaya, Endrick Dos Santos mahu fokus untuk turun menentang Filipina dalam perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2024. Khidmat Endrick ditagih Pau Marti Vicente bagi membantu jentera tengah skuad Harimau Malaya dalam perlawanan pertama kejohanan Pestabola Merdeka berdepan Filipina. Menurut Endrick, para pemain kini gembira dan teruja untuk menjelang sepak mula aksi pertama Rabu hadapan. […]

Padang Stadium Darul Makmur Berubah Wajah

Padang Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang kini berubah wajah. Gelanggang keramat pasukan Sri Pahang itu tidak dapat digunakan susulan kerja-kerja penambahbaikan sedang dijalankan. Hal ini termasuklah penukaran padang dan sistem saliran yang sedang giat dijalankan ketika ini. Perkembangan terbaru oleh Perbadanan Stadium Darul Makmur mengemas kini kerja-kerja penukaran padang yang berlaku di Darul Makmur. Kerja-kerja […]

Janji Hamidin Kepada Penyokong Harimau Malaya

Keinginan untuk melihat kemajuan dan kejayaan Harimau Malaya terus membara dalam kalangan pemimpin tertinggi FAM. Perkara ini dizahirkan secara jelas oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang mahu mencari ramuan terbaik buat skuad kebangsaan. Pemergian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon selepas selepas dua tahun enam bulan bersama Harimau Malaya mengejutkan ramai […]

Malaysia Sah Bertemu New Zealand

Skuad kebangsaan Malaysia secara rasminya akan menguji kekuatan New Zealand Oktober ini. Perkara ini disahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bahawa skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti akan mengadakan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang pasukan ranking ke-94 dunia, New Zealand. Aksi tersebut dijangka berlangsung di Stadium North Harbour, Auckland pada Isnin, 14 Oktober 2024. Kali […]

Tan Cheng Hoe Ganti Pan-gon? Ini Respon FAM

Spekulasi mengenai masa depan Tan Cheng Hoe untuk menggantikan peranan Kim Pan-gon telah dijawab oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Skuad kendalian Pau Marti bakal turun beraksi di Pestabola Merdeka dan Hamidin memberi ruang buat pengendali Sepanyol itu membawa pasukan sehingga akhir 2024. Beliau bagaimanapun berjanji kepada penyokong Harimau Malaya untuk membawa pengganti lebih baik […]

Faisal Halim Rindu Beraksi Buat Harimau Malaya

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim mengakui rindu beraksi untuk Harimau Malaya. Nama pemain sayap Selangor FC itu disisihkan daripada senarai 26 pemain yang dipilih Pau Marti Vicente untuk menghadapi kempen Pestabola Merdeka 2024. Keputusan tersebut dibuat disebabkan Faisal baru kembali beraksi di atas padang – tiga bulan selepas menjadi mangsa serangan asid pada Mei lalu. […]

Wan Kuzain: Tunggu Masa

Pemain kelahiran Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal memberi bayangan awal bakal memperkuat Malaysia. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa beliau telah berhubung dengan Kuzain secara dekat. Beliau memberi bayangan bahawa pemain berusia 25 tahun itu bakal memperkuat Harimau Malaya dalam masa terdekat. “Sepatutnya Wan Kuzain dah menyertai […]

Faisal Halim Buat Kemunculan Pada Sesi Latihan Harimau Malaya

Harimau Malaya mendapat suntikan semangat pada hari pertama kem latihan apabila pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim membuat kemunculan. Faisal kembali membuat kemunculan di atas padang sebagai pemain gantian semasa menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 10 Ogos lalu – 3 bulan selepas menjadi mangsa serangan asid pada Mei lalu. Sejak itu, pemain sayap […]

Pau Marti Anggap Penghormatan Kemudi Malaysia

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti merasakan ini bagai satu penghormatan untuk berada di posisi ketua jurulatih Malaysia. Pau Marti yang mengambil alih tugas Kim Pan-gon selaku ketua jurulatih skuad negara bakal menghadapi tugasan pertamanya di kejohanan Pestabola Merdeka minggu hadapan. Seramai 26 pemain telah dipanggil oleh jurulatih kelahiran Sepanyol ini dengan kepulangan lapan tonggak utama […]

Park Hang-seo Dalam Radar Harimau Malaya

Bekas Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan berada dalam radar untuk memimpin Harimau Malaya. Perkara ini dikongsikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu sesi sidang media baru-baru ini. Katanya, pihak FAM berusaha keras untuk membawa masuk pengganti Kim Pan-gon namun memberi ruang buat pemangku Ketua Jurulatih, Pau Marti […]

Wan Kuzain Sarung Jersi Harimau Malaya

Hasrat peminat bola sepak Malaysia melihat Wan Kuzain Wan Kamal menyarung jersi Harimau Malaya akhirnya menjadi kenyataan. Ini selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan pemain tengah berusia 25 tahun itu sedia menyarung jersi skuad negara. Sebelum ini, Wan Kuzain beberapa kali pernah menyatakan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Malaya. […]

FAM Dihubungi Pemain Terkemuka Belanda, Mats Deijl

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa telah dihubungi oleh pemain terkemuka Belanda, Mats Deijl. Perkara ini disahkan oleh Presiden FAM, Darul Hamidin Mohd Amin dalam satu sesi sidang media hari ini. Katanya, beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti bahawa telah dihubungi oleh seorang pemain yang beraksi di Eridivisie iaitu liga utama […]

Hamidin Jelaskan Cerita Sebenar Kim Pan-gon Letak Jawatan

Cerita sebenar peletakan jawatan bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gom akhirnya terjawab. Perkara ini dijelaskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu sesi sidang media yang diadakan hari ini. Katanya, situasi bermula selepas pengendali kelahiran Korea Selatan itu pulang bercuti selepas tamat pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 […]