Keadaan Soh Wooi Yik Resahkan Kem Badminton Malaysia

Situasi kecederaan pemain beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik tampak menggusarkan kem badminton Malaysia. Wooi Yik yang berpasangan bersama Aaron Chia telah mengumumkan penarikan diri dari Japan Open akibat kecederaan yang dialami oleh pemain berusia 26 tahun itu. Kecederaan yang menimpa Wooi Yik di kaki kanan berlaku ketika aksi suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 […]

Pemain JDT & Selangor Ketuai Cabaran Ke Kelayakan Piala Asia B-20

Pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor FC membentuk teras pasukan Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) yang akan bersaing di pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 23 orang pemain yang dipanggil jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Juan Torres Garrido untuk menyertai kem latihan Harimau Malaya […]

Tonggak Kacukan Australia, Kaveen Waran Terima Panggilan Malaysia

Tonggak kacukan Australia, Kaveen Waran telah menambat hati untuk dipanggil bersama skuad muda Malaysia. Pemain berusia 16 tahun itu berjaya mengetuk pintu hati pengendali skuad Malaysia B-19, Juan Torres Garrido apabila berada dalam senarai bersedia. Hal ini susulan skuad muda negara dipanggil ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-19 bermula Jumaat, 30 Ogos 2024 […]

JDT Terima Kunjungan Kelab England, Barnsley

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalu-alukan kedatangan tiga individu penting terutamanya Pengarah kelab England, Barnsley FC. Perkara ini diumumkan oleh laman Johor Southern Tigers apabila JDT telah menerima kunjungan Tim Cahill, bekas pemain kebangsaan Australia dan Dennis Wise, bekas pemain kebangsaan England. Kunjungan itu turut disertai oleh Pengarah & Pemegang Saham Barnsley FC, […]

Sabah Dapat Berita Baik

Pemain sayap lincah, Saddil Ramdani memberikan khabar gembira kepada Sabah FC. Tonggak berusia 25 tahun itu terpaksa diketepikan dalam beberapa perlawanan susulan kecederaan sekaligus menjejaskan rentak pasukan. Kehilangan rakan sepasukan yang beraksi pada posisi serangan juga menyebabkan The Rhinos tewas dalam beberapa aksi terakhir. Tamparan hebat diterima apabila tersingkir pada pusingan suku akhir Piala FA […]

Palestin Tiba Di Malaysia

Pasukan kebangsaan Palestin telah tiba di Malaysia seperti yang dijadualkan. Pasukan kendalian Makram Dabboub bakal membawa cabaran Palestin untuk mengharungi kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. Mereka diundi dalam Kumpulan B bersama beberapa pasukan seperti Korea Selatan, Iraq, Jordan, Oman, Palestin dan Kuwait. Aksi pembukaan menemukan Korea Selatan dan Palestin pada Khamis, 5 September […]

Malaysia Bakal Uji Pasukan Muda Uzbekistan?

Skuad Malaysia Bawah 22 Tahun (B-22) bakal mengharungi kejohanan antarabangsa pada September ini. ASEAN Football melaporkan Persatuan Bola Sepak China (CFA) bakal menganjurkan CFA Team International Friendly Tournament dari 2 hingga 10 September di Changsha, China. Kejohanan ini bakal menampilkan empat pasukan B-22 iaitu tuan rumah China, Malaysia, Vietnam dan Uzbekistan. Kejohanan ini bukan saja […]

Situasi Alex Agyarkwa Resahkan Selangor

Situasi terbaru perancang tengah, Alex Agyarkwa meresahkan kem Selangor FC. Tonggak berusia 24 tahun itu beraksi dalam kesebelasan utama Gergasi Merah pada aksi final Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). Beliau bagaimanapun tidak dapat meneruskan permainan hingga wisel penamat selepas terpaksa diusung keluar akibat kecederaan. Ketiadaan beliau jelas memberikan kesan kepada jentera tengah Selangor […]

Pakar Nutrisi, Vanesa Rotondi Tinggalkan JDT

Pakar nutrisi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Vanesa Rotondi telah memilih untuk meninggalkan pasukan selepas menjulang Piala FA 2024/25. Individu penting di balik tabir skuad Harimau Selatan itu telah mengesahkan perpisahannya bersama JDT menerusi satu hantaran di laman sosialnya hari ini. Pemilik nama sebenar Vanesa Soledad Rotondi telah menjadi pilihan untuk menggalas tugas yang berkaitan […]

4 Pemain Terengganu Bawa Nama Malaysia

4 pemain Terengganu kini menjadi pilihan utama untuk membawa nama Malaysia. Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti telah mengumumkan barisan 26 pemain Harimau Malaya untuk dibawa ke Pestabola Merdeka 2024. Terdapat beberapa perubahan terutamanya dengan kepulangan 8 pemain utama memberikan tonik tambahan berdepan Filipina pada 4 September ini. Pengendali kelahiran Sepanyol itu membuat keputusan untuk menyenaraikan […]

Media Arab Bocorkan Perpindahan Penyerang Palestin Ke Kelantan

Media Arab membocorkan berita perpindahan penyerang Palestin ke Kelantan Darul Naim. Skuad Kijang Emas melalui tempoh sukar dalam saingan musim 2024/25 apabila menghuni tangga tercorot Liga Super selepas 8 perlawanan. Kelantan DN merekodkan hanya satu kemenangan dan 7 kekalahan selain hilang dua tonggak utama iaitu Chadrack Muzungu dan juga Valdumar yang membawa haluan baharu. Usaha […]

Tunku Ismail: JDT Tak Buat Drama & Janji Kosong

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor yakin JDT bukanlah pasukan yang banyak berkata-kata sebaliknya membuktikan di atas padang. Skuad kendalian Hector Bidoglio mencipta sensasi apabila menumpaskan Selangor FC dengan keputusan 6-1 semalam. Kemenangan besar itu membantu skuad Harimau Selatan untuk mencipta hatrik […]

Japan Open: Sze Fei-Izzuddin Bawa Pulang RM275,000

Beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani ceria apabila meraih gelaran juara Japan Open 2024. Kejayaan itu digapai beregu nombor 12 dunia itu dengan menewaskan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Min-hyuk dan Seung-jae. Ini kerana juara India Open 2024 itu […]

8 Pemain Eropah Ketuai Cabaran Filipina

Filipina bakal menghadapi kejohanan Pestabola Merdeka 2024 dengan sokongan lapan pemain yang berpangkalan di Eropah. Lapan pemain tersebut ialah Adrian Ugelvik, Paul Tabinas, Matthew Baldisimo, Michael Baldisimo, Zico Bailey, Dylan Demuynck dan Bjorn Kristensen. Mereka tersenarai dalam senarai 23 pemain yang dipilih Tom Saintfiet untuk aksi Pestabola Merdeka 2024. Selain mereka, majoriti pemain Filipina yang […]

“Kenapa Komen? Menang Sahaja” – Tunku Ismail

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan respon berharga selepas mencipta kejayaan hatrik Piala FA. Baginda dalam satu kenyataan di laman sosial berkongsi kegembiraan atas kejayaan skuad Harimau Selatan menumpaskan Selangor di pentas akhir. Kemenangan 6-1 ke atas Gergasi Merah itu membolehkan JDT melakar hatrik […]

Tunku Ismail: Tiada Komen

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuka mulut selepas mencipta kejayaan hatrik Piala FA. Baginda dalam satu kenyataan di laman sosial berbesar hati melihat kejayaan skuad Harimau Selatan apabila menumbangkan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). DYAM Tunku Ismail berada di SNBJ bagi menyaksikan […]