Harimau Malaya Bakal Bertemu Pasukan Ke-69 Dunia?

Harimau Malaya kini berpeluang untuk beraksi menentang pasukan gergasi dunia selepas beberapa siri perjumpaan yang diadakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin. Menerusi satu kenyataan oleh FAM, Hamidin sedang merangka dan berbincang tentang kemungkinan untuk mengadakan aksi persahabatan menentang lawan yang lebih kuat bagi Malaysia. Beliau membincangkan tiga elemen utama […]
“Pemain Malaysia Berpeluang Beraksi Di Liga Jepun, Korea & Arab Saudi” – Hamidin

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa Malaysia bakal menghantar pemain berpotensi beraksi di luar negara bakal jadi kenyataan. Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan bahawa terdapat pelbagai usaha yang sedang digembleng bagi memacu kemajuan bola sepak Malaysia. Beliau yang kini ke Kigali, Rwanda bagi membincangkan tiga elemen utama dalam […]
Lim Teong Kim Bertikam Lidah Dengan Penyokong Perak

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim dikesan bertikam lidah dengan para penyokong susulan kekalahan kepada Sri Pahang FC di laman sendiri. Pengendali berusia 59 tahun itu dilihat bergelut untuk mencari formula bersama skuad yang dibarisi ramai muda selepas hanya mencatatkan satu kemenangan setakat ini. The Bos Gaurus juga sebelum ini telah pun ditundukkan oleh […]
TMJ Muat Naik ‘Senarai Ultimate’ Harimau Malaya

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggemparkan arena bola sepak tanah air menerusi hantaran yang memaparkan senarai pemain Harimau Malaya yang dipanggil ke kem latihan kebangsaan Mac ini. Seperti yang sedia maklum, anak didik Kim Pan-gon bakal menghadapi dua aksi persahabatan menentang Turkmenistan dan juga Hong-Kong. Walau […]
Strategi Kim Pan-gon & E. Elavarasan Persiap Harimau Muda Bakal Buahkan Hasil

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan senarai nama 26 pemain skuad muda negara di bawah kendalian pengendali bawah 22 tahun kebangsaan, E. Elavarasan. 26 pemain ini akan mula melapor diri pada 18 Mac kelak dan akan menjalani kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya. Menjelang kejohanan Piala Merlion 2023 yang bakal berlangsung […]
Rekaan Jersi Baharu Selangor Tertiris

Jersi ketiga pasukan Selangor hari ini menjadi bualan para penyokong apabila ia ditiriskan oleh bintang pasukan sendiri. Berdasarkan makluman awal, jersi Selangor sudah pun dilancarkan pada awal musim yang berwarna merah dan juga hijau. Keunikan yang terdapat pada setiap rekaan jersi pasukan ini telah pun mendapat liputan yang cukup meluas sehingga ke Eropah. Namun begitu, […]
Bergson & Leandro Velazquez Kembali

Dua pemain bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan Leandro Velazquez kembali memperkuatkan pasukan menjelang pertemuan dengan Selangor esok. Anak didik Tano Solari jelas berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya merakam 4 kemenangan berturut-turut dalam aksi Liga Super musim ini. JDT bagaimanapun terpaksa membayar harga yang cukup tinggi apabila kehilangan Bergson berdepan KL […]
Info Siaran Langsung Negeri Sembilan vs Terengganu | Liga Super 2023

Pertembungan antara pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu mencuri tumpuan menjelang aksi Liga Super 2023 malam ini. Anak didik Tomislav Steinbrückner mahu meneruskan rentak cemerlang selepas berjaya memberi tiga mata pertama kepada pasukannya ketika menewaskan PDRM tempoh hari. Bukan itu sahaja, kunjungan ke Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi sudah tentu lebih bermakna untuk memanfaatkan prestasi Negeri […]
“JDT Ada Pemain Bagus, Selangor Pun Sama” – Noor Al-Rawabdeh

Pemain tengah pasukan Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh mengakui cabaran hebat bakal dihadapi oleh pasukannya apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) esok. Bintang kelahiran Jordan itu merupakan antara pemain utama di bawah kendalian Tan Cheng Hoe apabila sudah pun diturunkan dalam semua perlawanan setakat ini. Mengulas lanjut, pemain berusia 25 tahun itu berasa teruja untuk […]
B. Sathianathan Ada Pandangan Berbeza Mengenai Pemilihan Kim Pan-gon

Bekas ketua jurulatih Sarawak United, B. Sathianathan ada sisi berbeza melihat kepada pemilihan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkenaan senarai 27 orang pemain ke kem latihan kebangsaan Mac ini. Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu membuat keputusan untuk memanggil semula 18 tonggak skuad kebangsaan sebelum ini sambil 8 muka baharu dilihat membentuk kombinasi yang cukup […]
Luqman Hakim Meledak Lagi Di Iceland

Penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin terus membuktikan kalibernya di Iceland apabila berjaya menjaringkan satu gol semalam. Pemain berusia 22 tahun itu secara rasminya telah melengkapkan perpindahan ke FK Njardvik secara pinjaman selama satu musim. Beliau berpuas hati dapat berhijrah ke sana dengan minit permainan menjadi sasaran utama bekas penyerang bawah 17 tahun negara ini. […]
Penyokong Teruja Nantikan Debut Nooa Laine Bersama Harimau Malaya

Perancang tengah kelahiran Malaysia-Finland, Nooa Laine telah pun dipanggil dalam senarai 27 orang pemain yang akan menjalani latihan kem kebangsaan di Johor minggu ini. Malaysia akan berdepan dua perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 berdepan Turkmenistan dan Hong-Kong di Stadium Sultan Ibrahim. Berdasarkan senarai pemain yang dimumkan, terdapat 8 orang pemain baharu yang dipanggil untuk membawa […]
TMJ Ingin Terlibat Perkasakan Bola Sepak Wanita

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim tidak menolak kemungkinan bahawa baginda akan turut terlibat dalam memperkasakan bola sepak wanita di Malaysia. Kelab kesayangannya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sudah dikenali dan gah berdiri di persada bola sepak Asia dan juga Eropah setelah beberapa kejayaan […]
Penyokong Sabah Hadiahkan Sambutan Hari Jadi Luar Biasa Buat Dominic Tan

Tonggak pertahanan tengah Sabah FC, Dominic Tan semakin disayangi di sana apabila para penyokong memberi sambutan hari jadi luar biasa buatnya. Pemain berusia 26 tahun itu pulang ke Malaysia setelah berkelana di Thailand bersama Police Tero jelas berada dalam kelas tersendiri setelah membantu pasukan layak ke pentas Asia musim ini. Bekas pemain Johor Darul Ta’zim […]
Malaysia Berpeluang Perbaiki Ranking Tahap Tinggi Tahun Ini

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon akan memulakan kem latihan pusat pada 18 Mac kelak. Hari ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 27 pemain yang terpilih menyertai kem kebangsaan. Skuad kali ini mempunyai masa kira-kira seminggu sebagai persediaan bagi membentuk keserasian pasukan sebelum berdepan dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1. Aksi […]
8 Muka Baharu Perkuat Kem Harimau Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan senarai 27 pemain yang dipanggil ketua jurulatih, Kim Pan-gon ke kem latihan pusat Harimau Malaya. Seramai lapan muka baharu daripada pelbagai posisi iaitu Damien Lim, Sikh Izhan Nazrel, Fayadh Zulkifli Amin, Daniel Ting, Paulo Josue, Endrick Dos Santos, Feroz Baharudin dan Nooa Laine telah terpilih untuk menyertai […]