Persoalan Mengenai Pemain Kurang Minit Bermain Dipanggil Kim Pan-gon Terjawab

Persoalan mengenai keputusan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk memanggil para pemain yang kurang mendapat minit permainan pada musim ini terjawab. Menerusi satu analisis terperinci yang dilakukan oleh trio bekas bintang bola sepak tempatan iaitu Zainal Abidin Hassan, Razman Roslan dan juga Shukor Adan telah menjumpai ‘formula’ mengenai barisan pilihan Pan-gon kali ini. Baru-baru […]

Syihan Hazmi Berterima Kasih Kepada Megat Amir Faisal

Penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi sempat merakamkan ucapan terima kasihnya kepada Megat Amir Faisal. Umum mengetahui bahawa Megat merupakan jurulatih kepada penjaga gawang berusia 27 tahun ini ketika beliau beraksi buat Negeri Sembilan. Jurulatih berusia 44 tahun sebelum ini telah menzahirkan rasa bangga selepas melihat senarai pemain yang dipanggil ke […]

3 Pemain Baharu Jadi Tumpuan Bersama Harimau Malaya

Senarai 27 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan kebangsaan sudah pun diumumkan secara rasminya namun terdapat beberapa pemain yang mencuri tumpuan para penyokong. Kim Pan-gon dilihat mahu mencuba kombinasi baharu bersama Harimau Malaya dengan 8 muka baharu bakal memperkuatkan pasukan. Namun begitu, terdapat beberapa pemain yang bakal mencuri tumpuan para penyokong. Pemain kelahiran Malaysia-Finland […]

JDT Bakal Terima Seorang Lagi Pemain Naturalisasi?

Pauskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dikhabarkan akan menambah lagi kekuatan pasukan selepas seorang lagi pemain yang berstatus naturalisasi akan menyertai pasukan. Skuad kendalian Tano Solari ini kini dalam prestasi terbaik selepas berjaya mencatatkan 5 kemenangan berturut-turut dalam Liga Super. Mereka telah pun menerima seorang lagi pemain berstatus naturalisasi, Endrick Sos Santos yang kini cemerlang apabila […]

Safawi Rasid Dipilih Pemain Terbaik Mingguan Di Thailand

Pemain sayap pasukan Ratchaburi FC, Safawi Rasid dinobatkan selaku antara pemain terbaik bagi minggu ke-24 susulan persembahan yang cukup memukau semalam. Beliau sudah pun tampil dalam kebanyakan aksi The Dragons sekaligus memberi bayangan bahawa impak yang dibawa oleh kapten pasukan Malaysia ini ke dalam pasukan. Pemain berusia 25 tahun ini sekali lagi diberi kepercayaan untuk […]

Harapan Besar Kim Pan-gon Kepada Duo Naturalisasi Negara

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada duo naturalisasi negara, Paulo Josue dan juga Endrick Dos Santos bersama skuad kebangsaan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu dalam satu temubual menjelaskan bahawa kehadiran Endrick dan Paulo bakal memberi nilai tambah yang cukup penting kepada pasukan berdepan Turkmenistan dan juga Hong Kong. Prestasi […]

Faisal Halim & Rakan-Rakan Nampak Gembira Guna Fasiliti Milik JDT

Pemain sayap sensasi Selangor, Faisal Halim kelihatan bergitu bersemangat menjalani latihan pertama kem kebangsaan yang berlangsung di Padang Seri Gelam, Johor semalam. Anak didik Kim Pan-gon kini dalam persiapan awal menjelang aksi persahabatan menentang Turkmenistan dan juga Hong-Kong pada 23 dan 29 Mac ini. Berdasarkan hantaran yang dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), para pemain […]

Dua Pengadil Malaysia Cemerlang Adili Final Piala Asia U20

Adalah menjadi satu kebanggaan buat negara apabila pengadil, Nazmi Nasaruddin terpilih menjadi pengadil pada aksi final Piala Asia B-20 yang menemukan Iraq dan Uzbekistan. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Uzbekistan selepas menumpaskan Iraq 1-0. Selain Nazmi, seorang lagi pengadil dari Malaysia iaitu Zairul Khalil Tan juga turut terpilh menjadi penjaga garisan. Turut terlibat dalam […]

TMJ: Kita Juga Boleh Bermain Bunga Api Dalam Perlawanan Ke-5 Liga

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) terkejut dengan tindakan pasukan Selangor yang bermain bunga api pada perlawanan ke-5 Liga Super semalam. Pertembungan antara dua jaguh bola sepak tanah air di Kelana Jaya itu diserikan dengan pelbagai promosi yang menghangatkan lagi aksi tersebut. Mengulas lanjut, baginda […]

Kenapa Tukar Faisal Halim Keluar Terlalu Awal? Tan Cheng Hoe Ada Jawapannya

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mempunyai alasan tersendiri disebalik keputusannya mengeluarkan pemain sayap sensasi, Faisal Halim ketika bertemu JDT semalam. Pengendali berusia 55 tahun itu menerangkan keadaan sebenar yang terjadi kepada Faisal susulan keputusan itu dianggao sebagai satu tindakan yang pelik. Kelincahan pemain berusia 25 tahun itu jelas menjadi masalah buat anak didik […]

Óscar Arribas Anggap Corbin Ong Bukan ‘Masalah’ Di JDT

Pemain pertahanan kiri Johor Darul Ta’zim (JDT) Oscar Arribas menganggap persaingan sihat antara beliau dan juga La’vere Corbin Ong bukanlah satu masalah di JDT. Bintang kelahiran Sepanyol itu baru sahaja tiba pada musim ini sekaligus mewujudkan persaingan yang cukup sengit buat Corbin bagi mengisi posisi tersebut. Beliau mempunyai pandangan tersendiri mengenai pemain Harimau Malaya itu […]

Bukit Jalil Mula Jalani Proses Penukaran Rumput Zeon Zoysia

Hari ini secara rasmi, Stadium Nasional Bukit Jalil mula jalani proses penukaran rumput dari ‘cowgrass’ kepada Zeon Zoysia hasil sumbangan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ). “TMJ berangkat ke Majlis Perasmian Penggantian Rumput Stadium Nasional Bukit Jalil pada pagi 18 Mac 2023. Baginda telah menaja padang Zeon Zoysia stadium […]

Tano Solari Akui Ubah Posisi Arif Aiman Sebagai Penyerang ‘Baharu’ JDT

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari menjelaskan tentang peranan baharu pemain sayap pasukan, Arif Aiman Hanapi dalam sistem yang cuba diterapkannya. Beliau sejurus tamat perlawanan menjelaskan bahawa sememangnya terdapat perubahan posisi yang dilakukan terhadap bintang sensasi pasukan tersebut. Perubahan ini dikesan disebabkan pemain bertubuh kecil ini lebih kerap berada dalam kotak penalti pada […]

Liga Super: Selangor Dibantai JDT Di Halaman Sendiri

Aksi Liga Super ke-5 menyaksikan pertembungan antara pasukan Selangor dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) berlangsung dengan cukup sengit di Stadium MBPJ malam ini. Kedua-dua pasukan mengekalkan barisan pemain yang sama dan hanya membuat satu pertukaran pemain. Aksi bermula baik apabila tuan rumah melakukan asakan bertali arus namun masih tiada percubaan tepat dihasilkan. Anak didik […]

Info Siaran Langsung Selangor vs JDT | Liga Super 2023

Perlawanan tumpuan Liga Super ke-5 menyaksikan pertembungan antara dua seteru utama, Selangor dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini dalm misi meraih 3 mata. The Red Giants turun sudah tentu mahu memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri sambil menanti cabaran hebat oleh anak didik Tano Solari. JDT kini gah memimpin saingan dengan 12 mata […]

Info Siaran Langsung Kelantan vs KL City | Liga Super 2023

Perlawanan Liga Super ke-5 menyaksikan pertembungan antara dua seteru, Kelantan dan juga KL City FC yang kini dalm misi meraih 3 mata. The Red Warriors turun sudah tentu mahu memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri sambil menanti cabaran hebat oleh anak didik Bojan Hodak. Kelantan kini gah mahu bangkit daripada kedukaan aksi lalu sambil KL […]