Kemajuan Dion Cools Di Thailand Legakan Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberi komen jujur mengenai perpindahan pertahanan tengah negara, Dion Cools yang sudah pun melengkapkan perpindahan ke Thailand bersama Buriram United. Bekas bintang Club Brugge di Belgium ini telah pun melengkapkan perpindahan ke kelab gergasi Thailand tersebut awal tahun ini sekaligus menafikan spekulasi beliau akan kembali ke Malaysia. Namun begitu, […]
Info Siaran Langsung Kelantan United vs Kedah | Liga Super 2023

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super, Kelantan United dan Kedah Darul Aman bakal berlangsung dengan cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan bertemu hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV ini menyaksikan anak didik Tomas Trucha mahu bangkit dan memperoleh momentum terbaik selepas hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan bertemu Perak tempoh hari. […]
Mark Goulon Sudah Sihat, Perkuat Negeri Sembilan Layan Kunjungan Terengganu

Pertahanan kental Negeri Sembilan, Mark Goulon sudah pun sihat sepenuhnya sekaligus memberi tonik tambahan kepada pasukan menjelang pertemuan dengan Terengganu. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan antara aset terbaik yang dimiliki oleh K.Devan dalam memacu cabaran pasukan untuk mengharungi musim panjang kali ini. Beliau bagaimanapun tidak dapat diturunkan dalam pertemuan menentang JDT tempoh hari yang […]
“Negeri Tetap Negeri, Kelab No.1” – Faisal Halim

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh pasukannya susulan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Penang FC. Bintang berusia 25 tahun itu sekali lagi mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan. Beliau berjaya melakukan satu bantuan gol di Stadium Bandaraya apabila hantaran lintangnya singgah […]
Info Siaran Langsung Sri Pahang vs Sabah | Liga Super 2023

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super, Sri Pahang dan juga Sabah dan bakal berlangsung dengan cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan bertemu malam ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Pahang ini menyaksikan Tok Gajah mahu mengekalkan momentum terbaik selepas berjaya melakar kemenangan 2-1 ke atas anak didik Lim Teong Kim dalam pusingan pertama Piala […]
Info Siaran Langsung Penang vs Selangor | Liga Super 2023

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super, Penang dan juga Selangor dan bakal berlangsung dengan cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan bertemu hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Penang ini menyaksikan The Phanters mahu mengekalkan momentum terbaik selepas berjaya mengejutkan anak didik Nafuzi Zain dalam pusingan pertama Piala FA tempoh hari. Namun begitu, skuad kendalian […]
Zainal Abidin Jumpa Formula Sekat Dominasi JDT

Bekas ketua jurulatih Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan memberitahu bahawa hanya ada dua sahaja formula yang boleh menghentikan dominasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini. Seperti yang sedia maklum, anak didik Tano Solari masih tidak dapat ditandingi apabila mencatat kemenangan ke-4 bertutut-turut musim ini. Terbaru, mereka berjaya menewaskan The Red Warriors dengan keputusan […]
“Saya Tak Hebat Macam Arif Aiman” – Muhaimin Izzudin

Perancang tengah berbakat Kelantan FC, Muhaimin Izzudin tampil merendah diri tatkala persembahan beliau bersama pasukan mendapat perhatian ramai. Pemain muda berusia 21 tahun itu merupakan antara aset terbaik yang dimiliki oleh The Red Warriors termasuklah ketika membantu mereka menjadi naib juara Liga Premier musim lalu. Muhamin yang juga merupakan produk skuad projek FAM-MSN disambar oleh […]
Harimau Malaya Akan Berkampung Di Johor Minggu Depan

Skuad bola sepak kebangsaan kendalian Kim Pan-gon dijangka akan membuat persiapan seawal 18 Mac ini dengan para pemain yang terpilih akan berkampung di Johor sebelum melalui dua perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong. Perkara tersebut dikongsikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Noor Azman Rahman. Beliau memaklumkan Kim Pan-gon akan mengeluarkan senarai pemain yang […]
Info Siaran Langsung Terengganu vs PDRM | Liga Super 2023

Pertembungan antara pasukan Terengganu dan PDRM mencuri tumpuan menjelang aksi Liga Super 2023 musim ini. Anak didik Tomislav Steinbrückner mahu mengubati kekecewaan selepas beliau masih tidak berjaya memberi mata pertama kepada pasukannya. Bukan itu sahaja, kunjungan PDRM sudah tentu lebih bermakna setelah mereka berjaya mengejutkan Kedah Darul Aman dengan keputusan 1-0 tempoh hari. Terengganu yang […]
Kelantan Akhirnya Buat JDT & Syihan Hazmi Tertewas Buat Kali Pertama Musim 2023

Pasukan Liga Super, Kelantan FC akhirnya menjadi pasukan pertama yang berjaya merobek gawang gol Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2023. Anak didik Choi Moon-sik turun dalam misi besar di Stadium Sultan Ibrahim untuk memecah kebuntuan selepas skuad Harimau Selatan masih tidak bolos dalam tiga aksi pertama musim ini. Sungguhpun ketinggalan pada babak pertama 4-0 […]
Liga Super: JDT Lebarkan Rentetan Kemenangan Tewaskan Kelantan

Aksi Liga Super ke-4 melibatkan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kelantan FC menyaksikan JDT mudah untuk mengutip 3 mata. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan pasukan tuan rumah memperoleh gol pembukaan seawal minit ke-2 apabila dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Diogo Luis Santo yang melakukan tindakan susulan. Tidak […]
Laman Web Rasmi Kedah Papar Info Kelab Bola Sepak Amerika Syarikat?

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC sekali lagi mencuri tumpuan apabila laman web rasmi kelab itu dikatakan memaparkan info mengenai kelab liga Amerika Syarikat. Berdasarkan tinjauan terhadap laman web tersebut, ia sememangnya hanya berkongsikan info mengenai pasukan yang bertanding dalam saingan Major League Soccer (MLS). Paparan utama memperlihatkan kiraan masa (countdown) bagi pertemuan antara […]
Info Siaran Langsung JDT vs Kelantan | Liga Super 2023

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Kelantan FC bakal berlangsung dengan cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan bertemu hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ini menyaksikan anak didik Tano Solari mahu mengekalkan momentum terbaik selepas menang tiga aksi awal musim ini sambil membelasah Negeri Sembilan […]
Choi Moon-sik Sahkan Carli De Murga Tak Dapat Beraksi Berdepan JDT

Ketua jurulatih Kelantan FC, Choi Moon-sik mengesahkan bahawa pertahanan kental pasukan, Carli De Murga tidak dapat diturunkan berdepan JDT. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan antara aset penting buat pasukan pada musim ini apabila memainkan peranan yang cukup penting ketika membantu The Red Warriors mencatat kemenangan ke atas Penang FC. Beliau menggunakan pengalaman yang dimilikinya […]
JDT Berisiko Hilang Dua Tonggak Utama Berdepan Kelantan

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berkemungkinan tidak dapat menurunkan dua tonggak utama mereka menjelang pertemuan dengan Kelantan esok. Harimau Selatan sedang gah mendahului carta Liga Super ketika ini selepas membelasah Negeri Sembilan dengan keputusan 7-0 baru-baru ini. Berbekalkan momentum yang baik, kelebihan nyata bakal memihak kepada anak didik Tano Solari yang turun […]