Jordan Mintah Jawab Tuduhan Tomislav Steinbrückner

Penyerang import Terengganu FC, Jordan Mintah menafikan kenyataan yang dilemparkan oleh ketua jurulatih pasukan, Tomislav Steinbrückner susulan kekalahan kepada KL City semalam. Aksi separuh akhir itu menyaksikan Terengganu beraksi di halaman sendiri gagal memanfaatkan peluang untuk mencatat kemenangan. Skuad Peteh ditunjukkan jalan keluar apabila tewas menerusi sepakan penalti setelah perlawanan terikat 0-0 sepanjang 120 minit […]
Siaran Langsung: JDT vs Selangor, Kesebelasan Utama & Info Live Streaming Piala FA

Aksi separuh akhir Piala FA melibatkan pertembungan antara dua pasukan gergasi Malaysia, Johor darul Ta’zim (JDT) berdepan Selangor FC terus mencuri tumpuan. Anak didik Tano Solari turun di gelanggang sendiri dengan rekod bersih apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan bagi musim ini. The Red Giants juga tampil dengan prestasi yang cukup memukau pada musim ini apabila […]
Analisis Perbandingan Rekod Jaringan Penggempur JDT & Selangor

Pertembungan separuh akhir yang melibatkan dua pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menghangatkan perebutan ke pentas akhir Piala FA. Kedua-dua pasukan memiliki rekod yang amat baik pada musim ini dengan anak didik Tano Solari mengekalkan rekod kebal dalam Liga Super apabila merakamkan 14 kemenangan berturut-turut. The Red Giants juga tidak kurang hebatnya […]
Liridon Krasniqi Kini Kembali

Perancang tengah Terengganu FC, Liridon Krasniqi mempamerkan persembahan yang cukup mengujakan sungguhpun hasrat pasukannya layak ke pentas akhir terlerai. Pemain kelahiran Kosovo itu diturunkan dalam kesebelasan utama skuad Peteh dan membentuk gandingan yang baik bersama Habib Haroon dan Engku Shakir. Bekas bintang Kedah ini mempamerkan persembahan yang cukup meyakinkan segelah melalui beberapa perlawanan yang kurang […]
Terengganu vs KL City: KL City Mara Ke Final Piala FA

Pertembungan separuh akhir Piala FA antara pasukan Terengganu dan KL City berlangsung dengan cukup sengit di Gong Badak. Kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik sambil asakan awal dilakukan untuk mencari gol pembukaan permainan. Anak didik Tomislav Steinbrückner lebih selesan mengawal permainan memperoleh peluang terbaik di hadapan gawang yang terbuka luas namun Sony Norde gagal menyudahkan […]
Mesir Bakal Jadi Lawan Malaysia September Ini?

Malaysia dikhabarkan berpeluang bertemu dengan gergasi Timur Tengah, Mesir bagi aksi persahabatan antarabangsa tier 1 pada bulan September ini. Aksi pasukan kebangsaan sering menjadi tumpuan tatkala Malaysia kini melonjak satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-137 dunia. Sebagai persediaan ke Piala Asia, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon menempuh pelbagai cabaran termasuklah dua kemenangan […]
Siaran Langsung: Terengganu vs KL City, Kesebelasan Utama & Info Live Streaming Piala FA

Pertembungan aksi separuh akhir antara pasukan Terengganu FC menentang KL City FC meraih tumpuan para peminat tatkala satu pasukan akan mara ke pentas akhir. Skuad kendalian Tomislav Steinbrückner sudah pasti mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri sambil The City Boys turun dengan kekuatan terbaik untuk melakar kejutan di Gong Badak. Rekod baik skuad Peteh […]
Ranking FIFA: Malaysia Naik Satu Anak Tangga, Kini Ke-137 Dunia

Malaysia kini mencatatkan kemajuan yang cukup memberangsangkan apabila ranking pasukan negara dikhabarkan naik lagi setelah aksi bulan Jun berakhir. Malaysia memperoleh mata maksimum ranking FIFA dalam tetingkap kali ini selepas berjaya memenangi kedua-dua aksi perlawanan persahabatan berdepan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea. Anak buah Kim Pan-gon mencatatkan kemenangan terhadap Kepulauan Solomon sekaligus memberikan Malaysia […]
Kemuncak Pertembungan Faisal Halim & Arif Aiman Tentukan Nasib JDT-Selangor

Pertarungan dua pemain utama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor, Arif Aiman dan Faisal Halim bakal menjadi tumpuan tidak lama lagi. Dua pasukan ini bakal bertemu di Stadium Sultan Ibrahim bagi saingan Piala FA untuk menempah slot ke pentas akhir. Mereka kini berada pada kemuncak prestasi apabila tampil cemerlang bersama skuad kebangsaan baru-baru ini. Arif […]
Malaysia Dijadual Bertemu Negara Di Tangga Ke-81 Dunia

Selepas mencipta kemenangan ke atas Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea, Malaysia terus mempergiat persiapan ke Piala Asia. Dan untuk kalendar antarabangsa FIFA pada September ini, Harimau Malaya dijangka akan bertemu dengan China. Hal ini dilaporkan oleh ASEAN Football dengan Harimau Malaya bakal beraksi sebagai pasukan pelawat. Ini dilihat sebagai persiapan penyesuaian diri skuad kebangsaan […]
Bekas Penyerang Berbisa Selangor Tinggalkan KL City FC

Kuala Lumpur City FC, Herlison Caion secara rasminya meninggalkan pasukan serta-merta. Penyerang kelahiran Brazil itu merupakan tunjang utama di bahagian serangan ketika bersama pasukan Selangor. Pemain berusia 32 tahun bagaimanapun tidak dapat menambat hati pengendali pasukan, Bojan Hodak apabila sering berada di bangku simpanan. Beliau tetap diberi peluang untuk membuktikan kemampuan sebenarnya apabila seringkali masuk […]
Kelantan FC Terima Padah, Dilarang Bawa Masuk Pemain Baharu

Pasukan Liga Super, Kelantan FC menerima hukuman apabila pasukan tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang perpindahan pemain pada jendela perpindahan kedua. Perkara ini disahkan oleh Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali menerusi satu surat yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berdasarkan keputusan jawatankuasa tatatertib badan induk tersebut. Kelantan dikatakan gagal melunaskan tunggakan gaji […]
Malaysia Tarik Diri Sertai Sukan Asia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa pihaknya tidak akan menghantar skuad bola sepak negara bagi menyertai Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China tahun ini. Menerusi satu kenyataan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini telah menjelaskan keputusan itu dibuat atas sebab yang sudah pun dibincangkan. Hal ini susulan skuad bawah 23 (B-23) tahun […]
Gelagat Akhyar Rashid Tumbang Berdepan Papua New Guinea Curi Perhatian

Gelagat pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid yang terbaring berdepan Papua New Guinea mencuri perhatian ramai. Pemain berusia 24 tahun itu menjadi pilihan utama untuk mengemudi jentera serangan Malaysia bersama-sama Paulo Josue dan juga Safawi Rasid banyak memberi masalah kepada lawan. Gerakan lincah pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini memaksa para pemain Kepulauan Solomon untuk […]
Arif Aiman Tak Mahu Ambil Mudah Persediaan Ke Piala Asia

Kemenangan 10-0 yang dilakar Malaysia ke atas Papua New Guinea beberapa hari lepas banyak disumbang oleh pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Arif Aiman Hanapi. Tetapi pemain muda berusia 21 tahun itu melihat ini sebagai persiapan ke Piala Asia. Empat gol yang dijaringkan Arif Aiman dalam perlawanan itu menjadikannya penjaring termuda yang menjaringkan empat […]
Piala Asia B-17: Skuad Muda Malaysia Tundukkan Laos

Skuad B-17 Malaysia terpaksa bekerja keras sebelum berjaya mengalahkan B-17 Laos 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan A, Piala Asia B-17 hari ini. Kemenangan ini sedikit sebanyak menebus maruah anak-anak buah Osmera Omaro selepas gagal layak ke suku akhir kejohanan berkenaan. Separuh masa pertama menyaksikan Anak Harimau cuba mendominasi pihak lawan. Tetapi kesilapan pertahanan negara memudahkan […]