Import Baharu Selangor Tak Sabar Uji Kekuatan Sebenar JDT

Pemain import baharu Selangor FC, Richmond Boakye-Yiadom teruja untuk bertemu dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Bintang berusia 30 tahun ini merupakan pemain import baharu yang dibawa masuk bagi memantapkan lagi jentera serangan The Red Giants bagi baki saingan musim ini. Bekas bintang Juventus ini menyatakan rasa gembira apabila dapat menyertai Selangor […]

FAM Belum Ada Sasaran Malaysia Di Piala Asia

Selepas berjaya layak ke Piala Asia 2023, ramai penyokong tidak sabar melihat Malaysia bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik benua berkenaan. Dengan kejohanan bakal berlangsung pada awal tahun hadapan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum menetapkan sebarang sasaran buat Harimau Malaya. Pendekatan ini dibuat lebih-lebih lagi dengan mengambil kira Harimau Malaya berada dalam Kumpulan E bersama Jordan, […]

Safawi Rasid Tarik Perhatian FIFA

Gol yang dijaringkan oleh pemain oleh pemain sayap negara, Safawi Rasid telah pun meraih perhatian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Bintang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi watak penting buat pasukan negara berdepan Kepulauan Solomon tatkala Malaysia meraih kemenangan besar 4-1. Pemain berusia 26 tahun itu masuk sebagai pemain gantian memainkan peranan yang cukup penting […]

Dua Kelab Liga Super Berebut Norshamil

Dua pasukan Pantai Timur difahamkan mahukan khidmat Norshamil Abd Ghani bagi jendela perpindahan kedua. Menerusi perkongsian oleh Astro Arena, penyerang kelahiran Melaka itu ditagih oleh beberapa pasukan namun Sri Pahang difahamkan mendahului saingn untuk mendapatkan pemain ini. Hasrat tersebut bagaimanapun mungkin terpaksa dilupakan selepas pihak pengurusan Kelantan difahamkan masih mahu pemain ini kekal. Beliau menjadi […]

Romel Morales ‘Cabar’ Azman Adnan

Penyerang sensasi Kuala Lumpur City FC, Romel Morales memiliki persamaan yang signifikan selain berpeluang untuk memecahkan rekod yang dipegang oleh bekas peledak berbisa negara, Azman Adnan. Azman pernah menyarung jersi Kuala Lumpur ketika zaman kegemilangannya dikenali sebagai antara penyerang berbisa di Malaysia. Beliau juga tersenarai sebagai salah seorang penyerang prolifik bersama The City Boys suatu […]

“Corak Permainan Terbuka Menentang JDT Hanya Makan Diri” – Bojan Hodak

Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak akan memastikan pasukannya tidak bermain secara terbuka (open play) ketika bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT). The City Boys melangkah ke pentas akhir Piala FA selepas menewaskan Terengganu FC menerusi sepakan penalti. Ini juga menyaksikan pasukannya akan bertemu dengan skuad Harimau Selatan yang menumbangkan Selangor di Stadium […]

Amerika Syarikat Bantu Malaysia ‘Rampas’ Ranking FIFA Terbaik Dekad Ini

Amerika Syarikat bantu Malaysia ‘rampas’ ranking FIFA terbaik dekad ini selepas kali terakhir melakukannya 17 tahun lalu pada tahun 2006 di mana Malaysia pada ketika itu pernah berada di kedudukan ke-124 dunia. Malaysia kembali di kedudukan terbaik berbanding ranking FIFA rasmi sebelum ini di kedudukan 137 selepas negara dari Kepualaun Carribean, St Kitts and Nevis […]

Pertahanan Kebal ‘Musuh’ Malaysia Di Piala Asia Sertai Bayern Munich

Orang besi Korea Selatan, Kim Min-jae yang bakal beradu dengan barisan penyerang Malaysia di Piala Asia akan menyertai Bayern Munich. Ini selepas kelab Bavaria itu sudah memuktamadkan terma peribadi dengan orang besi Napoli itu. Kini, yang tinggal ialah Die Roten membayar penuh klausa perpindahannya berjumlah €60 juta (RM306 juta) dengan Napoli. Menurut wartawan sukan terkenal, […]

Bahrain Lantik Jurulatih Baharu Sebelum Ke Piala Asia

Bahrain dilaporkan melakukan persediaan yang cukup ampuh sebelum ke Piala Asia apabila mempertimbangkan pelantikan jurulatih baharu. Bahrain diundi dalam satu kumpulan bersama Malaysia dengan dua lagi pasukan bakal menjadi cabaran besar iaitu Jordan dan juga Korea Selatan. Pasukan yang dibimbing oleh pengendali kelahiran Portugal, Helio Sousa ini bagaimanapun difahamkan akan menerima kehadiran jurulatih baharu dari […]

Cubaan Sri Pahang Sambar Bekas Bintang Negeri Sembilan Tak Kesampaian

Pasukan Liga Super, Sri Pahang difahamkan berusaha untuk memantapkan jentera serangan pasukan bagi separuh kedua Liga Super. Skuad bimbingan Fandi Ahmad terpaksa melupakan khidmat Lucas Silva namun kecederaan pemain itu menyaksikan beliau gagak kembali ke prestasi terbaiknya. Menerusi satu perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, beliau memaklumkan bahawa Tok Gajah mempunyai dua calon untuk […]

R. Kogileswaran Bakal Sertai Sebuah Kelab Pantai Timur?

Sebuah kelab yang berpangkalan di Pantai Timur difahamkan menunjukkan minat untuk membawa pulang pemain sayap Malaysia, Kogileswaran Raj. Pemain berusia 25 tahun itu kini beraksi dengan kelab liga kedua Korea, Chungbuk Cheongju FC namun bergelut untuk merebut tempat. Kelibat beliau kali terakhir disaksikan pada bulan Mac lalu sebelum terus disisih oleh barisan kejurulatihan kelab. Kudrat […]

“Bermain Di Malaysia Tak Semudah Yang Disangka” – Saddil Ramdani

Pemain sayap sensasi Indonesia, Saddil Ramdani yakin bahawa beraksi di Malaysia tidak semudah yang dirasakan kebanyakan orang. Beliau memberi penjelasan di ruangan Instagram Storynya tatkala keluhannya menggambarkan isi hatinya yang sudah lama terbuku. Pemain berusia 25 tahun itu sudah memasuki tahun ketiganya di Malaysia apabila sebelum ini pernah bersama Sri Pahang sebelum berhijrah ke Sabah […]

Kapten Kelantan Pula Angkat Kaki Tinggalkan Pasukan

Kapten Kelantan FC, Mario Arques menjadi individu seterusnya yang meninggalkan pasukan atas persetujuan bersama. Menerusi satu kenyataan oleh TRW Kelantan FC, pemain berusia 28 tahun itu sah bakal menyusul langkah rakan sepasukan untuk keluar meninggalkan pasukan. The Red Warriors kini menghadapi krisis dalam pasukan sehingga menyaksikan ramai bintang utama pasukan ‘angkat kaki’. Kelantan sempat merakamkan […]

Lim Teong Kim Tuntut Tunggakan Gaji Dari Perak

Bekas ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim melakukan tuntutan terhadap bekas majikannya berhubung tunggakan gaji yang masih belum dilangsaikan. Pengendali berusia 59 tahun itu dibawa masuk oleh The Bos Gaurus namun tidak bertahan lama susukan prestasi yang kurang memberangsangkan pada separuh musim pertama Liga Super. Sungguhpun beraksi dengan baik, ia masih tidak dapat menjamin […]

Hatrik 38 Minit Arif Aiman Lengkapkan Malam Gemilang JDT

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sekali lagi mempamerkan karakter sebenar apabila membawa pasukannya melangkah ke pentas akhir Piala FA. Bintang berusia 21 tahun itu sekali lagi diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan nyata memberikan masalah yang besar buat The Red Giants. Gandingan serasi bersama Diogo dan juga Forestieri menyukarkan misi Selangor […]

JDT vs Selangor: Hatrik Arif Aiman Bawa JDT Ke Final Piala FA

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menempah tiket ke pentas akhir Piala FA apabila menewaskan Selangor dengan keputusan 4-0. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam misi mencatatkan kemenangan penting untuk melayakkan diri ke pentas akhir mengiringi KL City FC. Selangor lebih rancak melakukan serangan awal terutamanya menerusi sepakan penjuru namun tidak membuahkan hasil. JDT hanya memerlukan […]